CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

DAFI HIJRAH KE INDONESIA SEBAB TIDAK LAKU?


Dafi Sudah Sedia Terima Kontroversi Media Indonesia

Penyanyi Dafi, 24, sudah bersedia untuk berhadapan dengan kontroversi daripada media Indonesia sejak mengembangkan karier seninya pada awal Januari lalu di negara itu.
Dafi atau nama sebenarnya Gadaffi Ismail Sabri berkata, walaupun bimbang dengan sikap media Indonesia yang lebih ekstrem dalam mencari bahan-bahan gosip, dia menerimanya dengan hati terbuka.
Dafi Sedia Pindah Ke Indonesia Untuk Kembangkan Bakat
Dafi Sedia Pindah Ke Indonesia Untuk Kembangkan Bakat
"Setakat ini saya buat kerja macam biasa, cuma mental saya perlu bersedia dengan lebih awal sebelum menerima tempias gosip daripada media Indonesia.
"Difahamkan mereka lebih ekstrem dalam mencari bahan berita, tidak seperti di sini (Malaysia).
"Apa-apa pun saya menerimanya dengan hati terbuka kerana kerjaya seorang anak seni dan kontroversi merupakan satu gabungan pakej yang perlu diambil sebelum ingin meneruskan karier seperti ini," katanya.
Dafi Pendatang Baru Di Indonesia
Bagaimanapun, tambah Dafi, dia bersyukur kerana pihak media di sana menerimanya sebagai pendatang baru yang sedang membina tapak di industri hiburan negara tersebut.
Dalam pada itu, Dafi turut mengakui bahawa dia sedang cuba untuk meningkatkan taraf kualitinya dalam nyanyian dan pada masa sama mengasah bakat sebagai seorang pengacara dan pelakon yang baru diceburinya itu.
"Saya percaya, untuk menjadi seorang artis yang mampu bertahan lama, kita perlu meningkatkan kualiti kerja yang diceburi kerana jika tidak, lama-lama peminat akan bosan.
"Begitu juga dengan saya di mana perlu meningkatkan kualiti nyanyian dan bidang- bidang lain agar peminat semakin bertambah dan kalau boleh saya mahu bertahan dalam industri hiburan ini sehingga akhir hayat, Insya-Allah," ujarnya yang bakal muncul dengan sebuah single lagu baru berjudul Bila cinta Tiada Lagi.
Dafi mengikat kontrak selama setahun sebagai artis eksklusif stesen televisyen Trans Corp dan merupakan hos rancangan Selebritas Siang di Indonesia. -MStar



VIDEO DAFI LIVE DI INDONESIA

Mohdrohaizad.com - Mampukah Dafi mengegarkan Indonesia dengan bakatnya? Siapa tahu mungkin Dafi akan lebih berjaya disana. Ada yang katakan Dafi berhijrah ke Indonesia sebab tidak laku. Betul ke? Entahlah.. disebabkan Dafi kurang popular di Malaysia, sebab tu ada yang khabarkan begitu. Apa-apa pun kami para peminat seni akan mendoakan kejayaan Dafi ya.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

DAFI HIJRAH KE INDONESIA SEBAB TIDAK LAKU? By Mohd Rohaizad. Published: 8.6.12
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...