CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

HARRIS ALIF - LAGU KISAH YANG TERINDAH


Kisah Yang Terindah Taruhan Harris Alif

Juara Idola Kecil musim ketiga, (Gamabr) Harris Alif,13, akhirnya muncul dengan single pertama berirama pop, berjudul Kisah Yang Terindah yang telah dilancarkan di pusat membeli belah The Mines pada 25 Mei lalu.

Pada majlis pelancaran single tersebut, Harris menghiburkan ttetamu dan peminat dengan lagu-lagu cover Rindu Setengah Mati dari D' Masiv, You're My Everything dari Santa Esmeralda, dan Sedetik Lebih dari Anuar Zain, sebelum mempersembahkan lagunya, Kisah Yang Terindah.

BIODATA HARRIS ALIF - PROFILE SENI
BIODATA HARRIS ALIF - PROFILE SENI

Penyanyi di bawah naungan Universal Music Malaysia itu bakal mengadakan siri jelajah untuk mempromosikan single Kisah Yang Terindah, di lokasi sekitar Semenanjung Malaysia.

Siri jelajah itu akan diisi dengan persembahan khas daripada Harris dan sesi bertemu peminat.

Selain itu, pihak pengurusan Harris iaitu Streetz Crib Sdn. Bhd. akan mengadakan sesi ujibakat untuk memberi peluang kepada bakat-bakat baru untuk bersinar.

Streetz Crib Sdn. Bhd. akan mencungkil dan manggilap bakat-bakat baru rakyat Malaysia yang berpotensi untuk memberikan keistimewaan kepada industri seni tanah air.

Bukan sahaja menyerlah sebagai penyanyi, malah bakat Harris juga terserlah dalam lakonan dan pengacaraan.
Harris terlibat dalam bidang pengacaraan beberapa buah rancangan televisyen seperti Berita Adik di 9 dan The VSQUAD.

Adik Harris ALif Berlakon Drama

Harris turut memperlihatkan bakat lakonannya dalam drama Sunat 21 dan Maafkan Kami yang disiarkan di RTM dengan memegang watak utama.

Di samping itu, anak kelahiran Pulau Pinang itu turut menyumbangkan suara latar sebagai salah satu watak utama dalam filem Bola Kampung The Movie, dari mana Harris juga telah dipilih sebagai duta untuk filem animasi tersebut.

Tahun ini juga Harris telah menjayakan watak sampingan dalam filem Aku Kau dan Dia, terbitan Tayangan Unggul Sdn Bhd. yang akan ditayangkan di panggung wayang seluruh negara bermula 28 Jun ini.

Dalam pada itu, Harris juga berjaya memikat hati syarikat korporat lain apabila dipilih sebagai duta Exabytes, D&D Beauty House, Staedler Malaysia untuk Erra Art Club, dan Power of Ten Cent untuk Korea Gobal Peace. -Portal Murai




VIDEO HARRIS ALIF - MAJLIS PERLANCARAN SINGLE TERBARU "KISAH YANG TERINDAH"

Mohdrohaizad.com - Kecik-kecik dah pandai nyanyi, lepas tu keluar single lagu plak. Tahniah kami ucapkan kepada adik Harris Alif yang keluar dengan album "Kisah Yang Terindah". Selaku juara idola kecil musim ke-tiga, mungkin adik Harris Alif bakal menjadi pelapis para penyanyi senior suatu hari nanti.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

HARRIS ALIF - LAGU KISAH YANG TERINDAH By Mohd Rohaizad. Published: 8.6.12
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...