CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

LAN KRISTAL DAPAT BABY GIRL -TAHNIAH!


Lan (Kristal) Dapat Anak Perempuan

Vokalis kumpulan Kristal, Lan mendapat anak perempuan selepas isterinya, (Gambar) Nur Sheila Hassim, selamat bersalin di Pusat Perubatan Naluri Wangsa Maju, dekat sini kira-kira pukul 5.29 petang, Rabu.
Lan Kristal atau nama sebenarnya (Gambar) Razlan Mohamed Yosof berkata, anak keduanya yang diberikan nama Nur Amna Qeesyara itu dilahirkan secara normal dengan berat 2.9 kilogram.
Gambar Lan Kristal Bersama Isterinya Nur Sheila Lahirkan Anak Perempuan
Gambar Lan Kristal Bersama Isterinya Nur Sheila Lahirkan Anak Perempuan
"Walaupun ia adalah anak kedua saya, perasaan berdebar tetap ada lebih-lebih lagi dua minggu sebelum bersalin kandungan isteri menjadi songsang.
"Saya risau apabila doktor kata Sheila mungkin perlu dibedah, bagaimanapun dia diberi rehat secukupnya dua hari sebelum bersalin dan syukurlah kandungannya normal," katanya yang dihubungi mStar Online di sini, Rabu.
Tambah Lan, dia mungkin akan mengadakan kenduri doa selamat, namun perancangan itu masih lagi belum dibincangkan dengan isteri dan keluarga.
"Saya belum fikir apa-apa lagi, cuma yang penting isteri dan anak selamat.
"Isteri saya juga akan menjalani proses berpantang mengikut cara tradisional di rumah kami di Puchong dengan bantuan ibunya," ujar Lan.
Lan dan Sheila telah mendirikan rumah tangga pada 9 Disember 2009 dan memiliki seorang anak perempuan bernama Nur Amna Qaleesya yang kini berusia setahun 10 bulan. -MStar
VIDEO LAN KRISTAL LIVE - LUAHAN HATI



Mohdrohaizad.com - Tahniah kami ucapkan kepada Lan Kristal dan isterinya Nur Sheila kerana dengan selamatnya lahirkan anak prempuan. Kami para peminat seni sentiasa doakan Lan Kristal sekeluarga berada dalam keadaan sihat dan sejahtera. Teruskan berjuang dalam industri seni Malaysia!

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

LAN KRISTAL DAPAT BABY GIRL -TAHNIAH! By Mohd Rohaizad. Published: 6.6.12
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...