CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

MISLINA MUSTAFFA - BUKU HIDUP GELANDANGAN


Lima Bulan Mislina Mustaffa Hidup Gelandangan

Dalam mencari kehidupan yang berbeza daripada biasa, pelakon Mislina Mustaffa membuat keputusan untuk hidup gelandangan selama setahun.
Mislina berkata, sudah lebih lima bulan dia bergelandangan dan keputusan itu dibuat kerana dia ingin menghasilkan sebuah buku berkisarkan tentang kehidupan golongan yang tiada rumah berjudul Homeless By Choice.
Mislina Mustafa Sanggup Hidup Sebagai Gelandangan
"Hidup saya kini hanya berbekalkan sebuah beg galas yang diisi empat helai baju, sebuah komputer riba dan beberapa keperluan sahaja. Dan saya akan 'menjelajah' dari satu tempat ke satu tempat lain di seluruh Malaysia.
"Menerusi projek Homeless By Choice juga, saya dapat merasai sendiri kesusahan kelompok masyarakat yang hidup tanpa rumah. Bagaimanapun, ia tidaklah sesukar yang disangka.
"Dan semua pengalaman yang dilalui akan saya masukkan dalam Homeless By Choiceyang mungkin akan dikeluarkan pada tahun hadapan," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Ahad.
Pengalaman Sebagai Gelandangan di Malaysia
Tambah Mislina, pengalaman bergelandangan turut mengajarnya bahawa kehidupan di luar tidaklah sekejam mana seperti yang kerap digambarkan menerusi berita di televisyen mengenai jenayah yang telah berlaku.
Malah, kehidupan seperti itu membuka mata dan fikirannya bahawa gelandangan lebih menyeronokkan berbanding dengan kehidupan biasa dimana kebanyakan wanita memiliki matlamat tersendiri seperti ingin memiliki rumah, berkahwin dan berkeluarga.
"Biarlah orang kata saya tidak betul. Tetapi saya ingin mencuba lain daripada yang lain, bukan meletakkan sasaran biasa seperti bekerja keras membayar hutang rumah, kereta dan sebagainya. Bagi saya itu membebankan.
"Berbeza dengan hidup saya sekarang ini, rasa seperti bebas dan lebih mengenali masyarakat Malaysia dimana mereka ini sering dinilai oleh segelintir pihak yang bersifat prejudis," ujarnya.
Pelakon Jiwa Taiko
Beritahu pelakon filem Jiwa Taiko ini lagi, dia akan menetap di sesebuah lokasi sekiranya mempunyai komitmen dengan kerja lakonan dan akan menyambung perjalanan sebagai seorang gelandangan seperti biasa.
"Buat masa ini, saya sibuk dengan latihan teater Shakespear di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang yang akan dipentaskan pada Julai ini.
"Kemudian saya akan mengarah sebuah lagi teater M Butterfly pada hujung tahun ini. Dan setelah projek selesai, saya akan menyambung misi untuk bergelandangan seperti biasa," tutur pelakon kelahiran Perak ini. -Mstar.
MISLINA MUSTAFFA SOKONG BERSIH 3.0?





Mohdrohaizad.com - Hidup sebagai gelandangan bukanlah satu pilihan bagi sesetengah golongan di bandar-bandar besar. Sesetengah mereka tiada pilihan kerana kos sara hidup di bandar menyukarkan mereka memiliki rumah. Yalah, gaji ciput..

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

MISLINA MUSTAFFA - BUKU HIDUP GELANDANGAN By Mohd Rohaizad. Published: 4.6.12
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...