CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Memuatkan ...

RAS ADIBA RADZI KENA SAMAN RM3.2 JUTA


Ras Adiba Disaman RM3.2 Juta

Seorang pengarah syarikat mengemukakan saman menuntut ganti rugi RM3.2 juta terhadap personaliti televisyen, (Gambar) Ras Adiba Mohd Radzi kerana didakwa melanggar kontrak perjanjian penjualan saham pada 2006.

Menerusi laporan akhbar Harian Metro hari ini, Nik Fauzi Nik Hussein, pengarah syarikat Inki Plas Holding Sdn Bhd memfailkan writ saman tersebut pada 3 Mei lepas menerusi Tetuan K. C Tang & Co di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Sehubungan itu, Mahkamah Tinggi menetapkan 27 Jun depan untuk pengurusan kes di hadapan Pendaftar Norhanum Hassan. Ras Adiba diwakili peguam Datuk Mohd Haziq Pillay manakala Nik Fauzi diwakili peguam Mohammad Shafie Afendi.

Ras Adiba Mohd Radzi Kena Saman Sebab Langgar Kontrak
Ras Adiba Mohd Radzi Kena Saman Sebab Langgar Kontrak

Haziq memberitahu pemberita bahawa Norhanum menetapkan 27 Jun untuk pengurusan kes.

Menerusi pernyataan tuntutan, Nik Fauzi mendakwa beliau mempunyai pegangan saham di dalam syarikat Inki Plas Holding Sdn Bhd sebanyak 65 peratus dan bersetuju menjual kesemua saham tersebut kepada Ras Adiba.

Nik Fauzi berkata pada 24 Julai 2006, beliau dan Ras Adiba telah memeterai perjanjian penjualan saham dan ia disetemkan pada 2 Ogos 2006.

Ras Adiba Dipertanggungjawabkan Atas Kegagalan Syarikat?

Dakwanya, Ras Adiba mempunyai kuasa dan kawalan terhadap pengstrukturan syarikat dan ia menjadi tujuan Ras Adiba membeli saham tersebut.

Nik Fauzi berkata Ras Adiba bagaimanapun telah mengabaikan dan gagal membantu mengukuhkan syarikat hingga menyebabkan ia berdepan dengan masalah kewangan.

Dakwanya lagi, Ras Adiba sepatutnya membayar liabiliti syarikat berjumlah RM3.2 juta tetapi gagal berbuat demikian dan memungkiri perjanjian.

Selain ganti rugi berjumlah RM3,288,172 beliau turut menuntut deklarasi bahawa defendan telah memungkiri Perjanjian Penjualan Saham bertarikh 24 Julai 2006, faedah pada kadar empat peratus setahun, kos dan relif lain. -Portal Murai




VIDEO RAS ADIBA RADZI LIVE - SESEKALI

Mohdrohaizad.com - Kisah kontroversi terbaru mengenai selebriti Malaysia, Ras Adiba Mohd Radzi telah dikenakan tindakan saman sebanyak RM3.2 juta disebabkan mungkir janji dalam kontrak sehingga menyebabkan syarikat mengalami masalah kewangan. Kesian pulak kat Kak Ras Adiba, dah la lumpuh pastu tiba-tiba tak pasal-pasal kena saman, apa-apa pun kisah penuh secara detail belum diperolehi.. sama-sama kita nantikan sebelum membuat sebarang penilaian.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

RAS ADIBA RADZI KENA SAMAN RM3.2 JUTA By Mohd Rohaizad. Published: 8.6.12
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...