CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

AMY SEARCH SAKIT JANTUNG? | KENA MASUK IJN


Amy Search Dimasukkan Ke Institut Jantung Negara (IJN)?

Berdasarkan gambar yang penulis lihat, Amy Search masih lagi dalam keadaan baik cuma dipantau oleh doktor. Mungkin ini merupakan inisiatif awal diambil oleh Amy Search untuk mengawal penyakit jantung. Ye la, orang kita ni kalau tak kritikal memang malas hendak ke hospital. Dah parah nak mati baru sedar. Tak gitu? Baik.. Sila baca sumber penulis dibawah.. 

Amy Search Sakit Institut Jantung Negara

Menurut Sumber Spy Murai

Terkejut juga Murai Batu bila ada rakan Murai Batu bertanyakan mengenai kesahihan penyanyi lagenda, Amy Search yang dikatakan telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), baru-baru ini.

Yelah, bila Murai Batu dengar jer dia dimasukkan ke IJN tu maknanya seriuslah penyakitnya bukan? Sakit jantung ni bukan boleh dibuat main-main. Tapi rupa-rupanya, bila Murai Batu siasat punya siasat Amy Search ke sana bukanlah sebab kerana diserang penyakit jantung. Sebaliknya, dia ke sana atas urusan untuk membuat check-up jantungnya.

Lega sedikit bila dapat tahu begitu. Malah, Amy Search sendiri turut berkongsi gambar kertas X-Ray yang menunjukkan jantungnya sedang berada dalam keadaan baik dan sihat menerusi laman sosial media, Instagram. Selain bergambar dengan nurse yang cantik-cantik di IJN itu, Amy turut berkongsi sekeping gambar dia bersama dengan seorang doktor yang dipercayai bertanggungjawab membuat pemeriksaan ke atas dirinya.

Di dalam gambar itu, Amy memberitahu, dia kini bebas daripada penyakit jantung dan boleh menjalani kehidupan seperti biasa. 

Berikut merupakan entri yang telah ditulis di dalam gambar Amy bersama doctor berkenaan: 

"This my Dr Shaiful Azmi Yahya at IJN. Dia cakap no medicine & u r free to jump around,".

Baguslah kalau begitu, kami dari Murai memang mendoakan kesihatan yang baik buat Amy supaya dapat menjalani kehidupan seperti biasa selepas ini tanpa dihinggap sebarang penyakit yang kronik.

Gambar-Gambar Amy Search Di Institut Jantung Negara (IJN)

Amy Search Institut Jantung Negara Doktor Azmi IJN

Amy Search, Institut Jantung Negara, Staff IJN

Xray Amy Search, Institut Jantung Negara, IJN



VIDEO NYANYIAN MEDLEY AMY SEARCH DI ABPBH 2013

mohdrohaizad.com - Penulis berharap Amy Search berada dalam keadaan sihat walafiat selalu. Walaupun dah berusia, Amy Search kena kurangkan aktiviti-aktiviti yang lasak, yela usia pun dah lanjut. kena berhati-hati juga, mana dengan kes anaknya si Nabila, memang sakit jantung kalau penulis jadi Amy Search pun. Kepada Murai Batu, thanks a lot. P/s: Sampai sekarang penulis masih nyanyi lagu kumpulan Search.


Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

AMY SEARCH SAKIT JANTUNG? | KENA MASUK IJN By Mohd Rohaizad. Published: 29.6.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...