CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

BENJY BERGARI TUMBUK JURUGAMBAR ELAK DIRAKAM GAMBARNYA


Kesian: Benjy Tumbuk Jurugambar Elak Dirakam Gambarnya Bergari Sebab Kes Dadahnya Yang Tidak Berkesudahan

Gambar Benjy digari, ya digari tetapi Benjy sangat marah apabila gambarnya diambil. Ada jurugambar yang kena penumbuk free daripada Benjy yang malu akibat ditangkap memiliki dadah jenis Syabu. Kes dadah tak habis lagi, kena pula kes tumbuk orang yang menjalankan tugas. Tahu pula malu si Benjy ni. Nak cover muka dah tak boleh sebab semua orang kenal siapa si Benjy ni.


Artis Benjy Tumbuk Jurugambar Malu Gambar Diambil Bergari

Benjy Enggan Dirakam Gambarnya Dalam Keadaan Bergari

Menyedari kisah penahanannya akibat menyalahguna dadah telah menarik perhatian ramai, pelakon Benjy telah bertindak mengasari jurugambar bagi mengelak gambarnya dirakam dalam keadaan bergari di Mahkamah Majistret Ampang, semalam. 

Memetik laporan Utusan Online, pada mulanya Benjy cuba menutup wajah dan menghalang jurugambar daripada merakam gambarnya ketika keluar dari bilik mahkamah sebelum tiba-tiba bertukar agresif.

Benjy kemudiannya menumbuk kepala seorang jurugambar sebuah syarikat akhbar dan turut menepis beberapa kamera jurugambar lain.

Anak Azean Irdawaty Tidak Serik Dengan Dadah

Sebelum ini, anak pelakon Azean Irdawaty ini ditahan dalam satu serbuan di sebuah kondominium di Bukit Antarbangsa dan polis telah menjumpai 4.7 gram dadah dalam sebuah bilik, bagaimanapun tiada sebarang dadah ditemui pada badan Benjy dan rakan-rakannya.

Difahamkan, dia ditahan selepas ujian air kencing yang dijalankan mendapati dia positif dadah jenis syabu.

Pada Mac 2010, Benjy telah didakwa atas tuduhan memiliki 0.24 gram syabu di No. A-6-5 Menara Duta 2, Jalan 1/38B melalui Jalan Segambut tetapi awal tahun lalu, mahkamah mendapati pelakon itu tidak bersalah dan dibebaskan tanpa syarat. - MediaHiburan




VIDEO KES DADAH BENJY YANG LEPAS PUN TAK HABIS LAGI

mohdrohaizad.com - Artis bermasalah Benjy sukar merubah dirinya yang ketagihan dadah. Akibat terlalu malu bergari, jurugambar yang cuba mengambil gambarnya akan ditumbuk. Masih tidak mengaku bersalah ke Benjy? Kalau tak kesian kat diri sendiri pun, kesian la kepada keluarga yang banyak mengeluarkan air mata untuk anda wahai Benjy. Kami mendoakan semoga si Benjy ni insaf dan kembali bersih dari najis dadah. Susah kan bila dah mula ketagihan dadah? Oleh itu, jangan lupa ada yang mencuba-cuba untuk menyalahguna dadah walaupun hanya sekali untuk suka-suka.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

BENJY BERGARI TUMBUK JURUGAMBAR ELAK DIRAKAM GAMBARNYA By Mohd Rohaizad. Published: 28.6.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...