CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

INGIN MENJADI PENGEDAR BISKUT YANA SAMSUDIN?


 Yana Super Cookish – Ingin Menjadi Pengedar Biskut Yana Samsudin?

Demikian kata pelakon popular, Yana Samsudin, 29 tahun, ketika mengulas berhubung desas-desus terbaru mendakwa dia sudah bertunang dengan anak kepada seorang tokoh korporat.

Dakwaan itu timbul berikutan tersebar gambar Yana atau nama sebenarnya, Norliana Samsudin bersama lelaki terbabit di satu majlis anjuran sebuah syarikat korporat di Shah Alam, baru-baru ini.

Sumber yang memberitahu turut mendakwa Yana sudah bertunang dengan jejaka berkulit putih itu dan dijangka melangsungkan pernikahan hujung tahun ini. Namun kata Yana:


“Belum ada sesiapa pun datang merisik atau menghantar tanda pada keluarga saya. Saya sendiri pun tak tahu bagaimana cerita itu timbul.” - Yana


YANA bersama jejaka yang dimaksudkan ketika menghadiri satu majlis anjuran syarikat korporat di Shah Alam, baru-baru ini.

Yana bagaimanapun mengakui memang hadir di majlis itu, tetapi menafikan memiliki hubungan istimewa dengan jejaka terbabit.
“Saya antara artis yang diundang untuk memeriahkan majlis berkenaan. Saya sendiri tidak tahu menahu mana orang dapat cerita saya ada hubungan dengan lelaki dalam gambar itu.

“Kami tidak ada apa-apa hubu­ngan istimewa seperti yang digosipkan orang itu. Saya juga tidak ada apa-apa lagi nak komen mengenai perkara itu,” katanya.

Bagaimanapun, kata pemenang Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-23 ini, dia berjanji tidak akan merahsiakan hari bahagianya dengan pihak media bila tiba masanya nanti.

“Insya-Allah, kalau ada apa-apa cerita saya nak bertunang atau berkahwin, pasti saya mengundang pihak media untuk merakamkan detik bersejarah itu nanti,” katanya.

Sebelum ini, Yana hangat digosipkan bercinta dengan adik aktor popular Farid Kamil iaitu Fadzil Zahari.

Namun, Yana menegaskan mereka tidak pernah berbincang soal kahwin walaupun sudah memperkenalkan dengan ahli keluarganya di Yong Peng, Johor dan berkawan rapat, sejak empat tahun lalu.


Masih selesa bersama MIG Talent

Selepas memenangi anugerah Pelakon Filem Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH 2012, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-23 dan Heroin Terhebat, Anugerah Blokbuster 2012, Yana antara yang disebut-sebut bakal mengikut jejak artis MIG Talent lain untuk meninggal­kan pengurusan berkenaan tidak lama lagi.

Namun, Yana pantas menafikannya kerana mengakui dia masih selesa bernaung di bawah MIG Talent sejak lima tahun lalu.

“Walaupun artis MIG Talent, saya masih boleh berlakon dalam produksi lain. Antaranya, saya baru selesai penggambaran Telemovie Raya berjudul Abang Long VS Kak Yong terbitan produksi Excellent Pictures milik Ahmad Idham.

“Selain itu, telefilem Malaikat Di Pintu terbitan A Aida Production. Tidak ketinggalan, saya baru selesai penggambaran telemovie Ramadan Raya,” katanya.

Jika artis lain berehat, Yana pula sibuk berniaga biskut raya Yana Super Cookish di USJ 1, Subang Jaya sepanjang Ramadan nanti.

“Selain menjalani ibadah puasa dan menghadiri majlis berbuka puasa dengan anak yatim, saya turut berniaga biskut raya yang sudah diceburi sejak tiga tahun lalu.

“Saya memang minat berniaga dan pada mulanya, saya hanya menjual kerepek pisang buatan nenek dan ibu saudara. Sebelum ini, saya buka gerai biskut raya di Gombak dan pada tahun ini, saya akan berniaga biskut raya di Subang Jaya dan beberapa tempat lagi yang masih dalam perbincangan.

“Ada lapan jenis biskut raya yang dekat dengan jenama saya seperti Choco Kak Yong, Strawberry Lolita, Stylo Chip dan banyak lagi,” kata­nya.

Lebih bermakna, Yana turut memberi peluang kepada ahli kelab peminatnya, Yana Super Friend (YSF) untuk menjual kuih rayanya itu.

“Saya ingin membantu mereka berniaga dan mencari duit poket untuk hari raya. Pada masa sama, mereka juga dapat merasa biskut raya kegemaran saya setiap tahun pada hari raya.

“Mereka yang berminat menjadi pengedar biskut raya saya Yana Super Cookish boleh hubu­ngi talian 011 31515221 atau email ke admin@yanasuperfriend.com,” katanya. - Kosmo


VIDEO YANA SAMSUDIN RAI PEMINAT SETIANYA

mohdrohaizad.com - Bagi para peminat yang berminat untuk menjadi pengedar biskut Yana Samsudin bolehlah hubungi nombor yang tertera ataupun email kepada admin Yana Super Friend.  Dah nak puasa, boleh la buat bisnes sikit2 ya. Berkenaan dengan gosip tu admin berdoa semoga Yana jumpa jodoh yang terbaik buatnya. :)

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

INGIN MENJADI PENGEDAR BISKUT YANA SAMSUDIN? By Mohd Rohaizad. Published: 26.6.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...