CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

KISAH BENAR AARON AZIZ GENGSTER SINGAPURA – SEMASA REMAJA



Tahukah Anda: Kisah Benar Aaron Aziz Pernah Menyertai Kumpulan Gengster Singapura – Semasa Remaja
Kisah benar abang Aaron Aziz kita ini sebenarnya memang seorang gengster dari Singapura suatu ketika dulu semasa remaja. Kisah ini diakui sendiri untuk berkongsi bersama peminat, agak-agak abang Aaron Aziz buat kerja apa semasa masuk jadi gengster dulu? Cuba teka sendiri ya.. Gaya samseng Aaron Aziz nampak real kalau para peminat perasan, tak percaya? Cuba tengok berulang kali dalam filem-filem aksinya.

Pendedahan Aaron Aziz Melakukan Aktiviti Tidak Bermoral

Pelakon Aaron Aziz mendedahkan dia pernah melakukan aktiviti tidak bermoral pada zaman remajanya dengan menyertai satu kumpulan gengster di Singapura.
Aaron atau nama sebenarnya Aaron Mustapha Aziz, 37 tahun, berkata, dia sering dianggap lelaki ganas sehingga ditakuti ramai orang namun pengalaman bergaul dengan golongan itu telah banyak mengajar dia untuk mengenali masyarakat di sekeliling.
Kisah Benar Artis Aaron Aziz Gengster Singapore Singapure
Gambar Aaron Aziz Gaya Seorang Gengster Sebenar
"Biasalah zaman muda dahulu. Perasaan ingin tahu melebihi segala-galanya dan semua benda kita mahu cuba dan lihat.
"Tetapi berkawan dengan orang jahat tidak semestinya kita akan jadi jahat. Pada pendapat saya berkawan dengan mereka mengajar saya jadi bijak dalam mengenali orang di sekeliling saya," katanya.
Aaron ditemui pada sesi temu bual eksklusif di restoran Bait di sini pada Khamis. bersempena pelancaran program biografinya yang akan disiarkan menerusi saluran E! Entertainment.
Aaron, pelakon dari Singapura itu merupakan artis pertama di Asia yang berpeluang muncul dalam program itu berjudul i E! Special: Aaron Aziz
Kisah Benar Aaron Aziz Menyertai Kumpulan Gengster Dikongsi Bersama Peminat
Kisahnya terlibat dalam kumpulan gengster juga akan dikongsi dengan para peminat menerusi program itu yang akan disiarkan pada 7 Julai depan selama satu jam menerusi saluran Astro, 712.
Dalam pada itu, Aaron juga akan berkongsi rahsia peribadinya dalam program tersebut, terutamanya mengenai kisah-kisahnya pada zaman kanak-kanak dan remaja.
"Tak silap saya ada dalam 30 peratus rahsia saya didedahkan kepada umum. Jujurnya saya tak sangka diberi peluang untuk menceritakan hal peribadi dan karier dalam sebuah program biografi khas di saluran hiburan popular dunia.
"Saya menyifatkan ia sebagai satu penghormatan dan penghargaan buat diri. Sebenarnya kru produksi saluran itu cuba mencari apa-apa kontroversi untuk dipaparkan dalam program itu.
"Apabila saya kata tidak banyak kontroversi yang ada, mereka terkejut. Malah tidak sangka perwatakan saya sangat santai ketika ditemu bual. Mereka kata saya ini seorang yang rendah diri," ujarnya.
Aaron Aziz Sambut Hari Raya Aidilfitri Bersama Astro Ria
Dalam perkembangan lain, Aaron bakal muncul menerusi program Raya Sampai Pengsan bersama Nabil Ahmad pada sambutan Aidilfitri nanti di Astro Ria.
Selain itu dia juga kini sibuk dengan penggambaran drama Tentang Hati (untuk saluran RTM) bergandingan dengan aktres Fasha Sandha dan bakal memulakan penggambaran filem Adam dan Hawa pada September depan. - MStar





VIDEO ABANG AARON AZIZ LARI 5 PUSINGAN DALAM STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL

mohdrohaizad.com - Aaron Aziz telah membongkarkan kisah benarnya menyertai salah satu kumpulan gengster dari Singapore. Ganas tak abang Aaron Aziz kita ni? Kebanyakan peminat nampak Aaron Aziz lebih kepada watak romantik dan santai tetapi sebalik sisinya.. Siapa sangka sebenarnya abang Aaron Aziz memang seorang gengster suatu ketika dulu semasa dia remaja. Ada artis berani kongsi kisah benar mereka macam abang Aaron Aziz? - Penulis gengster kampung jer.. Ala ala Sarip Dol.. Hehehe (Perasan jer)

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

KISAH BENAR AARON AZIZ GENGSTER SINGAPURA – SEMASA REMAJA By Mohd Rohaizad. Published: 28.6.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...