CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

KISAH CINTA SHILA AMZAH - AWI RAFAEL SEBELUM SHARNAAZ AHMAD


Kisah Cinta Shila Amzah | Awi Rafael Sebelum Sharnaaz Ahmad

Kisah lama mengenai Shila Amzah bercinta dengan Awi Rafael telah dibongkarkan oleh Spy Murai iaitu Murai Batu. Apa motifnya? Sila baca dibawah sampai habis dan hayatinya dengan penuh perasaan terutamanya yang mempunyai perasaan sayang dan cinta terhadap mereka berdua.. hehehe.. Bagi penulis tentulah Shila Amzah. (Penulis kata dekat diri sendiri)

Menurut Sumber Murai Batu

Amboi, ramai nampaknya yang tidak puas hati dengan Murai Batu apabila Murai Batu menulis artikel pada Hanez Tiada, Awi Rafael-Shila Amzah Ada Chance Bersama.

Sebab, diaorang ingat Murai Batu sengaja buat cerita untuk laga-lagakan Shila Amzah dengan Awi Rafael. Ish..ish..ish... Murai Batu pun takde masa nak buat kerja-kerja untuk melagakan orang ni ya.


Shila Amzah Bercinta Dengan Awi Rafael

Adakah Shila Amzah Serasi Bersama Awi Rafael?

Tapi, kisah percintaan Shila Amzah dengan Awi Rafael ini bukanlah sesuatu yang baru di kalangan segelintir orang di dalam industri muzik. Yang tak tahu cuma orang di luar sana saja.

Untuk pengetahuan semua, Shila Amzah pernah menjalinkan hubungan cinta dengan Awi Rafael sebelum dia berjumpa dengan Sharnaaz Ahmad lagi. Haaa.. Tapi percintaan mereka tidak berjaya dihidu oleh sesiapa kerana ketika itu Shila Amzah pun masih low-profile. Begitu juga dengan Awi Rafael.

Kalau korang semua nak tahu, Sharnaaz Ahmad sendiri pun pernah melahirkan cemburu terhadap Awi Rafael sewaktu Shila Amzah menyertai pertandingan Mania dulu.

Kisah Cinta Awi Rafael dan Shila Amzah Terkubur

Waktu itu, Awi Rafael dengan Shila Amzah memang sudah tiada apa-apa lagi dan Shila pula sudah bercouple dengan Sharnaaz.

Selama ni, Murai Batu simpankan saja rahsia ni. Tapi, sejak Shila Amzah kembali single dan begitu juga dengan Awi Rafael, barulah Murai Batu kongsikan perkara ini pada korang semua. Pandaikan Murai Batu simpan rahsia?

Apapun, baik Awi Rafael dengan Shila Amzah masing-masing pun tengah sibuk membina kerjaya nyanyian masing-masing. Kita doakan yang terbaik saja untuk mereka ya! - Murai

VIDEO SHILA AMZAH & SHARNAAZ AHMAD TINGGAL KENANGAN

mohdrohaizad.com - Begitulah khabarnya, si Murai Batu bukan cuba untuk melaga-lagakan Shila Amzah dan Awi Rafael tetapi untuk menghangatkan kisah cinta lama mereka. Mungkinkah ada yang tersiratnya, Murai Batu juga tidak menyukai si Sharnaaz sebenarnya? Kisah negatif mengenai si Sharnaaz memang agak gempak jugalah sebelum ini. Bagi penulis, kalau dah tidak respek mak bapak dan nakkan anak saja baik rejek awal-awal. Tak gitu Murai Batu? Apapun terima kasih sebab bongkarkan kisah lama Shila Amzah dan Awi Rafael. Penulis doakan semoga Shila Amzah dan Sharnaaz Ahmad bertemu jodoh dengan pasangan yang sesuai untuk mereka berdua.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

KISAH CINTA SHILA AMZAH - AWI RAFAEL SEBELUM SHARNAAZ AHMAD By Mohd Rohaizad. Published: 27.6.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...