CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

KONTROVERSI KEMENANGAN SYURA MASTERCHEF SELEBRITI | TIDAK LAYAK?


Kontroversi Spekulasi Mengenai Kemenangan Syura Dalam Final MasterChef Selebriti Dikatakan Tidak Layak?

Syura atau nama sebenar Zuraidah Badron, 27 tahun, berkata dia akan mengambil kursus kulinari bagi mendalami pelbagai teknik masakan terlebih dahulu.

"Saya terkilan menangis apabila membaca komen peminat di laman sosial yang mempertikaikan kemenangan saya dalam program ini.
"Saya ingin buktikan kepada masyarakat yang kemenangan ini adalah kerana saya benar-benar boleh memasak. Insya-Allah memang saya berniat untuk membuka restoran suatu hari nanti," katanya.

Syura Juara MasterChef Selebriti Musim Kedua Tahun 2013
Syura Juara MasterChef Selebriti Musim Kedua Tahun 2013
Dalam rakaman rancangan itu yang disiarkan pada malam Selasa lalu, Syura berjaya menewaskan saingannya iaitu pengacara Celina Khor.
Kemenangan itu melayakkan Syura menerima wang tunai RM60,500 yang akan disumbangkan kepada badan kebajikan yang diwakilinya iaitu Breast Cancer Welfare Association of Federal Territory
Jelas Syura, disebabkan spekulasi dan pertikaian tentang kemenangan tersebut, ia menguatkan lagi azamnya untuk membuktikan bahawa dia menceburkan bidang masakan bukan sekadar suka-suka.
Sementara itu, Syura berkata dia berazam untuk membawa ibunya Samsiah Mohamad, 52, menunaikan umrah dalam masa terdekat ini.
Syura Tunai Umrah Bersama Ibu
"Selepas saya masuk ke peringkat 10 terbaik, saya sudah bernazar untuk bawa ibu menunaikan umrah jika saya menang program ini.
"Tapi tunggu dia sihat sedikit kerana dia kini masih dalam rawatan kerana mengalami ketumbuhan di paru-paru," katanya.
Sementara itu, Syura menganggap kemenangan ini menjadi pembuka laluan kepadanya untuk kembali aktif dalam industri hiburan selepas lama menyepi.
"Saya memang dalam rangka untuk kembali aktif menyanyi dan saya sebenarnya baru sahaja berpindah ke Kuala Lumpur.
"Sebelum ini saya menetap di Johor Bahru kerana mengikut suami yang bertugas sebagai guru, tapi atas rayuan kepada Kementerian Pendidikan permohonan suami diluluskan untuk mengajar di Kuala Lumpur," katanya.
Syura mendirikan rumah tangga dengan Mohd. Fadhly Mohd. Yassin, 32, dan memiliki tiga orang cahaya mata iaitu Nurul Dania Irdani, 6, Nurul Qaisara Sofea, 4, dan Muhammad Irfan Aryan yang berusia 18 bulan.
Astro Nafi Bocorkan Keputusan Pemenang Juara MasterChef Selebriti
Sementara itu dalam perkembangan berkaitan Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad Ramli menafikan pihak produksi telah membocorkan keputusan pemenang sebelum rakaman kemuncaknya disiarkan pada malam Selasa lalu.
"Ia bukan keputusan bocor tapi ia hanyalah spekulasi sahaja, bukan hanya Syura yang dijangka pemenang tetapi ada juga segelintir yang menyatakan Celina yang bergelar juara.
"Pada saya itu adalah perkara biasa pada setiap program yang dibuat secara rakaman, kerana peminat masing-masing mahu selebriti mereka menjadi juara," katanya.
Dalam pada itu Raqim berkata pihaknya akan lebih berhati-hati dan memperketatkan lagi kawalan dalam program rakaman rancangan itu pada masa hadapan.
Program sebanyak 40 episod itu disertai 19 selebriti tanah air dengan masing-masing diuji daripada aspek kebolehan memasak, kreativiti serta ketahanan fizikal dan mental di dapur.
Barisan Peserta MasterChef Selebriti Musim Kedua Tahun 2013
Barisan Peserta MasterChef Selebriti Musim Kedua Tahun 2013
Barisan selebriti yang menyertainya ialah Michael Ang, Sharifah Shahora, Kenchana Devi, Norish Karman, Cat Farish, Syanie Hisham, Lydiawati, Enot, Zain Saidin, Rozita Che Wan, Datuk Aznil Nawawi, Sabhi Sadhi, Sathiya, Radhi OAG, Yassin Yahya, Afiq Muiz dan Keroz Nazri. - MStar





VIDEO KEMENANGAN SYURA DIUMUMKAN DALAM CABARAN FINAL MASTERCHEF SELEBRITI MUSIM KEDUA TAHUN 2013

mohdrohaizad.com - Mengenai kontroversi dan spekulasi yang menggatakan keputusan telah bocor lebih awal telah dinafikan Astro sendiri. Tapi takkan timbul dengan begitu bergegar kalau orang dalam sendiri tidak beritahu kan? Walaubagaimanapun, kami para peminat tetap menyokong Syura sebagai juara MasterChef Selebriti musim kedua tahun 2013. Mungkin rezeki Syura dalam bidang masakan bukan dalam nyanyian, jangan lepas ni Syura duduk diam plak ya.. Tunjukkan kebolehan Syura dan nafikan kata-kata kritikan yang hasad dengki kepada anda.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

KONTROVERSI KEMENANGAN SYURA MASTERCHEF SELEBRITI | TIDAK LAYAK? By Mohd Rohaizad. Published: 27.6.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...