CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

KUMPULAN WALA JUARA RAJA LAWAK KE-7 | TAHNIAH


Kumpulan Wala Dinobat Raja Lawak Musim Ke-7
Tahniah Mohd Rohaizad ucapkan kepada kumpulan Wala, nampaknya rezeki orang Sabahan kali ini. Adakah mereka layak menang atau pihak Astro sengaja memberi kemenangan kepada orang Borneo? Apa pula pendapat anda? Penulis lebih suka kepada kumpulan Sakan yang nampak lebih kreatif dan membawa isu-isu semasa dengan baik. Adakah faktor undi 100% membuatkan mereka menang? Entah la.. permainan orang Astro ni kadang-kala memang mendatangkan kemarahan. (Saja tak puas hati, masing-masing ada kumpulan kegemaran, kan?)
Kumpulan Wala Juara Raja Lawak Musim 7 Tahun 2013

Juara Raja Lawak Ke-7 Milik Kumpulan Wala Dari Sabah
Kumpulan yang berasal dari Sabah iaitu Wala membuat kejutan apabila dinobatkan sebagai juara program Raja Lawak musim ketujuh pada pertandingan akhir yang diadakan malam Jumaat.
Dianggotai oleh Walawd Parman dan Wan Mustafa Muntek, mereka berjaya menewaskan peserta lain dengan membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM100,000 berserta trofi sumbangan Astro.
Kumpulan Sakan yang dianggotai oleh Husni Hussain, Ku Ismafaizul Ku Ismail dan Mohd Saiful Nizam Mansor sekadar berpuas hati berada ditempat kedua.
Manakala tempat ketiga menjadi milik kumpulan dari Singapura iaitu Bora dan Gamat berada di tempat keempat.
Kumpulan Sakan, Bora dan Gamat tidak pulang dengan tangan kosong apabila masing-masing berjaya meraih hadiah wang tunai RM50,000, RM30,000 dan RM10,000 berserta trofi.
Komedi Muzikal dan Bebas Untuk Tugasan Final Raja Lawak 7
Pada pertandingan itu, para peserta diberikan dua tugasan iaitu bebas dan komedi muzikal.
Seorang artis jemputan juga turut dijemput untuk membantu mereka dalam persembahan yang diadakan di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini.
Antara pelawak yang dijemput untuk membantu peserta adalah Shahrul dan Ajak dari kumpulan Shiro, Rahim dan Yassin.
Raja Lawak ketujuh dihoskan oleh Johan dan Zizan.
Sementara itu, kumpulan Wala ketika ditemui melahirkan rasa terkejut dengan kemenangan mereka dan menganggap semua peserta hebat-hebat belaka.
Kumpulan Wala Terkejut Dengan Kemenangan Raja Lawak Musim Ke-7
"Kami masih tergaman sehingga tidak tahu apa ingin diucapkan namun kemenangan ini adalah bukti kesungguhan dan pengorbanan kami yang merantau dari jauh," kata Walawd mewakili Wala.
Pertandingan akhir itu diadili oleh tiga orang juri tetap iaitu Datuk AC Mizal, Saiful Apek dan Isma Alif.
Keputusan penuh pula ditentukan oleh penonton seratus peratus menerusi undian Khidmat Pesanan Ringkas (SMS). - MStar


 VIDEO EPISOD PENUH RAJA LAWAK KE-7

mohdrohaizad.com - Tahniah sekali lagi diucapkan kepada kumpulan Wala kerana menjuarai Raja Lawak Musim ke-7. Kemenangan mereka memang tidak dijangka bagi penulis. Sebab penulis tengok kumpulan Sakan lebih menarik dan kreatif. Tapi dah rezeki ketentuan ilahi, undian 100% penonton membuatkan kumpulan Wala menjadi juara. Penulis harap lepas ni jangan tenggelam sudah la.. teruskan usaha anda untuk memperbaiki hidup diri dan keluarga masing-masing. Selamat datang ke dunia hiburan dalam genre lawak komedi ye. Penulis dan para peminat menanti filem dan drama anda. All the best.



Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

KUMPULAN WALA JUARA RAJA LAWAK KE-7 | TAHNIAH By Mohd Rohaizad. Published: 29.6.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...