CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

PENGARAH CABUL PELAKON ARTIS MALAYSIA | AMBIL KESEMPATAN


Pengarah Ambil Kesempatan Cabul Pelakon Baru Untuk Menjadi Artis Popular Malaysia?
Terkini mangsa cabul telah membuat laporan polis terhadap pengarah gatal yang cuba mengambil kesempatan terhadap pelakon artis malaysia yang baru hendak bertapak dalam industri hiburan. Seringkali kita mendengar kes pengarah mengambil kesempatan terhadap artis baru, yang lebih teruk lagi ada yang rela menjadi habuan nafsu serakah kepada orang-orang besar dan ternama dalam industri hiburan untuk mendapat tempat dalam filem dan drama. kali ini pengarah cabul tidak akan terlepas dan telah berjaya ditahan oleh pihak polis.
Pengarah Cabul Pelakon Baru Ditahan Polis
Seorang pelakon baharu yang mendakwa dicabul oleh seorang pengarah drama pada minggu lalu berasa lega apabila individu itu ditahan polis pada Rabu lalu bagi membantu siasatan.
Pelakon yang mahu dikenali sebagai Ffarrah Ismail, 23 tahun, berkata, dia menganggap maruahnya terbela dengan penahanan itu dan berharap kes cabul tersebut dapat dilaksanakan seadil mungkin agar menjadi pengajaran kepada semua pihak.
Pelakon Artis Malaysia Dicabul Pengarah Lucah Ambil Kesempatan
Gambar Pelakon Baru Artis Malaysia Membuat Laporan Polis Kerana Dicabul Pengarah Drama Gatal
"Apabila mendapat tahu dia ditahan, saya rasa maruah saya akhirnya terbela selepas beberapa bulan saya simpan rahsia ini kerana terlalu takut. Sekarang ini ia sudah pun menjadi kes polis dan kita tunggu sahaja apa akan berlaku," katanya.
Ffarrah ditemui pada sidang media khas anjuran Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) yang ingin membela nasib pelakon baharu itu di Plaza Damansara, di sini, Khamis.
Bagaimanapun wanita ini memohon agar wajahnya dikaburkan semata-mata ingin mengelak daripada menjadi perhatian ramai.
Turut hadir Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez.

Pengarah Berusia 60-an Didakwa Cabul Artis Baru
Pada 17 Jun dan 23 Jun lalu, Ffarrah telah membuat laporan masing-masing di Balai Polis Mutiara Damansara di sini dan Tampin, Negeri Sembilan dengan mendakwa seorang pengarah drama berusia 60-an yang memegang jawatan dalam sebuah persatuan seni telah mencabulnya ketika di lokasi penggambaran.
Dalam penggambaran yang dijalankan awal bulan Januari lalu di Tampin itu, Ffarrah mendakwa telah dicabul beberapa kali dan turut dipaksa menjadi pembantu peribadi pengarah itu bagi memudahkan dia mengambil kesempatan.
Tambah Ffarrah, dia tidak menyangka banyak cabaran yang perlu dilaluinya untuk bergelar seorang pelakon.
Sementara Freddie berkata, pihaknya akan membantu Ffarah dalam memastikan dia tidak membuat sebarang tindakan melulu selain akan memberi pandangan daripada aspek perundangan untuk kes tersebut.
Mangsa Cabul Pengarah Gatal Lucah Dibantu Presiden Karyawan
Gambar Presiden Karyawan Membantu Mangsa Cabul Pengarah Yang Mengambil Kesempatan
"Sebagai persatuan yang membantu artis-artis negara ini, pihak kami ingin menolong Ffarrah dalam menyelesaikan masalahnya dengan menghulurkan bantuan guaman selain memberikan khidmat nasihat kepadanya," kata Freddie.
Terdahulu akhbar pada Khamis melaporkan seorang pengarah drama telah ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes cabul selepas mendapat laporan daripada pelakon baharu.
Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Wooi Kooi Cheang berkata, pengarah tersebut ditahan ketika hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah itu bagi membantu siasatan berhubung laporan berkenaan.
Kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul. - MStar




VIDEO PENGARAH CABUL LUCAH DILAPOR KEPADA POLIS SECARA BERAMAI-RAMAI

mohdrohaizad.com - Kes cabul pelakon baru artis Malaysia telah lama kita dengar tapi jarang mereka ditahan polis kerana ada mangsa yang malu dan ada yang suka denga rela hati demi nama glamor dalam industri hiburan. Dengan kata lain, janji ada job, tak kisahlah beri body untuk diratah oleh si hidung belang yang sememangnya suka mengambil kesempatan. Syabas penulis ucapkan kepada mangsa yang berani untuk tampil membuat laporan polis dan mendakwa si pengarah cabul lagi lucah tersebut. Siapa ya pengarah cabul tersebut?

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

PENGARAH CABUL PELAKON ARTIS MALAYSIA | AMBIL KESEMPATAN By Mohd Rohaizad. Published: 28.6.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...