CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

AARON AZIZ MENGAMUK PEMINAT KUTUK GAMBAR ANAKNYA DI INSTAGRAM!


Terkini Aaron Aziz Mengamuk Peminat Kutuk Gambar Anaknya Di Instagram!

Blog Hiburan Mohdrohaizad.com digemparkan dengan komen-komen negatif peminat artis terkenal Aaron Aziz yang mengutuk gambar anaknya, menyebabkannya bengang dan mengamuk di Instagram! Siapa yang tidak sayangkan keluarga? Begitulah Aaron Aziz cuba untuk mempertahankan gambar yang diuploadnya di Instagram membuatkan ada yang menasihati gaya anak perempuannya yang kononnya posing seksi dan tidak kurang yang kutuk bagai tidak ingat dunia! Ada juga peminat yang macam itu ya?


Aaron Aziz Bengang Maki Hamun Peminat Di Instagram

Mungkin ramai yang tidak jangka, jika sekadar melihat daripada kebanyakan watak romantik dan penyayang yang dibawakan oleh pelakon popular Aaron Aziz, mesti ada yang tidak menyangka pelakon ini boleh tahan garang rupanya.

Hakikatnya, Aaron Aziz cukup pantang sekali apabila ada orang yang menganggu atau cuba menegur urusan yang berkaitan dengan keluarganya.

Perkara ini berlaku apabila Aaron Aziz telah berkongsi sekeping gambar anak-anaknya sedang menanti waktu berbuka puasa di laman Instagram sekadar suka-suka.


Aaron Aziz Tidak Tahu Ajar Anak?

Dan secara kebetulan, ada pula pengikut Aaron Aziz di laman sosial tersebut yang menegur cara duduk anak perempuan Aaron yang dilihat agak tidak sopan.

Dari apa yang difahamkan, mereka berpendapat bahawa Aaron sepatutnya mengajar anak-anaknya duduk dengan cara yang betul daripada kecil supaya akan diingati hingga dewasa.

Bagaimanapun, Aaron membalas komen tersebut dengan kata-kata yang agak kasar dan menyatakan dia tidak perlukan nasihat yang tak munasabah seperti itu.

Dan mungkin kerana terlampau bengang, Aaron Aziz telah bertindak memadam komen dan ‘block’ pengikut berkenaan dari laman Instagramnya. Bagi yang bukan komen negatif, Aaron memaklumkan mereka bukan yang dituju dalam maki hamunnya. Mungkin begini cara seorang bapa melindungi anak-anak dan keluarganya. - OhBulan!


VIDEO AARON AZIZ MENGAKU BEKAS GENGSTER SAMSENG SINGAPORE!

Mohd Rohaizad berharap abang Aaron Aziz banyak-banyak bersabar dan jangan terlalu melenting dengan komen-komen peminat yang kutuk gambar anak-anaknya. Mungkin selepas ini Aaron Aziz tidak perlu upload gambar-gambar peribadi atau keluarganya kepada tatapan para peminatnya yang sentiasa mencari kesalahan atau kesilapannya. Namun, penulis berpendapat, Aaron Aziz tidak wajar upload gambar anak-anaknya sedemikian, memang akan mengundang para peminat untuk komen negatif.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

AARON AZIZ MENGAMUK PEMINAT KUTUK GAMBAR ANAKNYA DI INSTAGRAM! By Mohd Rohaizad. Published: 18.7.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...