CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

ABBY ABADI - FARHAN BERKENALAN 2 MINGGU SEBELUM BERNIKAH


Tahukah Anda Abby Abadi - Farhan Berkenalan 2 Minggu Sebelum Bernikah!

Blog hiburan Mohdrohaizad.com dikhabarkan perkenalan Abby Abadi dan Farhan Che Bakar hanya 2 minggu sebelum ambil keputusan bernikah! Wah! Singkat saja Abby Abadi berkenalan dengan Farhan, adakah Farhan mampu menjaga Abby dan anak-anaknya? Apakah pekerjaan Farhan? Itu masih menjadi rahsia yang belum didedahkan oleh Abby kepada media. Abby Abadi dan Farhan dilaporkan sudah bernikah 12 hari yang lalu.


Abby Abadi 5 Tahun Menjanda

Setelah lima tahun menjanda, bekas anggota kumpulan Elite iaitu Abby Abadi akhirnya bertemu jodoh dengan (Gambar) Muhammad Noor Farhan Che Bakar yang 12 tahun lebih muda daripadanya.

Mereka bernikah pada 9 Julai lalu iaitu sehari sebelum menjelangnya Ramadan.

Abby atau nama sebenarnya (Gambar) Arbaiyah Abdul Manan, 36 tahun, berkata, dia menyifatkan perkahwinannya dengan Farhan, 24 tahun, adalah jodoh yang tidak disangka selepas hanya dua minggu berkenalan.

"Pertemuan bermula di sebuah pasar raya di mana kami tiba-tiba sahaja bertentang mata.

"Selepas dua minggu berkenalan, dia melamar saya dan kami mengambil keputusan untuk berkahwin.

"Apa yang kami lakukan semua ini adalah kerana Allah. Saya tak tahu nak kata apa kerana ini adalah jodoh daripada-Nya. Saya berharap agar semua pihak mendoakan kebahagiaan kami sehingga akhir hayat," katanya yang dihubungi pemberita pada Jumaat di sini.

Suami Abby Abadi Kerja Pasar Raya?

Abby bagaimanapun enggan mendedahkan pekerjaan pemuda tersebut, lokasi pertemuan mereka dan di manakah mereka diijabkabulkan sehinggalah beberapa perkara selesai.

Tambah Abby Abadi, dia tahu ada yang akan memberi respons positif dan negatif mengenai perkahwinannya itu, namun dia percaya apa yang dilakukan mereka adalah perkara yang baik dan ia adalah jodoh.

Dalam pada itu, beritahu Abby lagi, Farhan merupakan anak kelahiran Kampung Kok Pasir, Tumpat, Kelantan dan dia bakal berjumpa dengan keluarga suaminya itu selepas berkempen untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) di Kuala Besut, Terengganu.

"Alhamdulillah, kedua-dua keluarga kami merestui perkahwinan ini walaupun mereka terkejut pada mulanya. Ini pun saya baharu nak berkenalan dengan keluarga suami di Kelantan selepas PRK nanti.

"Saya dapat rasakan perkahwinan ini juga adalah sesuatu yang menenangkan lebih-lebih lagi melihat wajah suami yang sentiasa tenang dalam apa-apa jua situasi," ujar Abby Abadi yang pernah dikaitkan dengan artis Zulkifli Ariffin.


Majlis Resepsi Abby Abadi - Farhan

Pasangan tersebut bercadang akan mengadakan resepsi perkahwinan mereka pada 31 Ogos depan dan majlis di pihak lelaki pula akan diadakan seminggu selepas itu.

Bagaimanapun, lokasi masih belum ditetapkan lagi.

Abby Abadi sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan aktor Norman Hakim pada 8 Januari 2002 dan bercerai pada 18 September 2008.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim,10, Marissa Dania Hakim,8, dan Maria Danisha Hakim, 5. - Mstar.


VIDEO ABBY ABADI DAN ANAK-ANAK SAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI

Mohd Rohaizad dan para peminat industri hiburan tidak lupa mendoakan pasangan baru bernikah Abby Abadi dan Farhan Che Bakar, semoga hubungan kekal bahagia disamping orang yang tersayang. Walaupun baru berkenalan 2 minggu tetapi dah jodoh termaktub sedemikian, lagipun Abby Abadi sudah 5 tahun menjanda. Memang wajar mencari suami yang dapat menjaga diri dan anaknya.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

ABBY ABADI - FARHAN BERKENALAN 2 MINGGU SEBELUM BERNIKAH By Mohd Rohaizad. Published: 20.7.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...