CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

ABBY ABADI - FARHAN SUDAH BERKAHWIN | TAHNIAH


Terkini Abby Abadi dan Farhan Sudah Lama Berkahwin! Tahniah!

Blog Hiburan Mohdrohaizad.com dikhabarkan berita baik mengenai Abby Abadi dan Farhan yang kini sudah bergelar suami isteri! Sebelum ini Abby dan Farhan digemparkan sebagai pasangan kekasih di media hiburan. Terkini Abby Abadi mengesahkan sudah hampir dua minggu bergelar isteri kepada Farhan. Tahniah kami ucapkan kepada Abby Abadi dan Farhan. Lihatlah gambar foto mereka berdua, kelihatan gembira bersama. Kami tumpang gembira dengan perubahan Abby Abadi, adakah ini merupakan jodoh terbaiknya setelah berpisah dengan Norman Hakim?


Abby Abadi Sahkan Sudah Bernikah Dengan Farhan

Pelakon dan penyanyi, (Gambar Foto) Abby Abadi hari ini telah mengesahkan bahawa beliau telah melangsungkan perkahwinan lebih seminggu lalu.

“Ya memang betul saya sudah berkahwin,” jawapnya ringkas ketika dihubungi pemberita, sebentar tadi.

Abby atau nama sebenarnya,  (Gambar) Arbaiyah Abdul Manan sebelum ini pernah mendirikan rumahtangga bersama pelakon, Norman Hakim pada 2002 tetapi bercerai pada 2008.


Farhan Bersedia Untuk Menjaga Anak Abby Abadi

Mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Ketika diminta mengulas lanjut mengenai berita pernikahannya itu, Abby Abadi enggan mengulas lanjut.

“Pasal perkahwinan itu, saya tidak boleh ulas lanjut lagi.

"Nanti saya beritahu perkembangan kerana saya sedang memandu ke Kuala Besut,” katanya lagi.

Twitter Abby Abadi - Sudah 12 Hari Menjadi Isteri Farhan

Sementara itu, melalui laman mikro Twitternya, Abby Abadi berkata, beliau telah sah menjadi isteri.

“Dipendekkan cerita, sebenarnya sudah 12 hari dia sah menjadi suami saya.

"Maaf sebab maklumkan lambat,” kata Abby Abadi akhiri perbualan. - Sinarharian.


VIDEO ABBY ABADI MENASIHATI REMAJA DI MALAYSIA

Mohd Rohaizad dan para peminat industri hiburan mengucapkan tahniah buat artis Abby Abadi dan farhan kerana sudah lama bernikah. Dengan pemgumuman ini, maka tertutuplah gosip Abby Abadi dan Farhan sebelum ini dikatakan sebagai kekasih. Kami semua mendoakan Abby Abadi dan Farhan hidup bahagia dan saling menyintai antara satu sama lain.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

ABBY ABADI - FARHAN SUDAH BERKAHWIN | TAHNIAH By Mohd Rohaizad. Published: 19.7.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...