CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

ADAM AF2 BUKA PUSAT RAWATAN ISLAM - NUR KHALIFAH AL-HASANI


Terkini Adam AF2 Buka Pusat Rawatan Islam Sendiri Bernama Nur Khalifah Al-Hasani!

Blog Hiburan Mohdrohaizad.com dimaklumkan dengan perubahan sepenuhnya Adam AF2 ke arah keislaman, malah sudah membuka pusat rawatan sendiri bernama Nur Khalifah Al-Hasani! Begitulah cerita artis terkenal Akademi Fantasia Adam AF2 yang mungkin tidak menari dan bernyanyi terlompat-lompat menjadi seperti dahulu lagi. Anda tertarik dengan penghijrahan Adam AF2 kan?


Adam AF2 Buka Nur Khalifah Al-Hasani Untuk Merawat Pesakit

Minat yang mendalam tentang ilmu perubatan Islam telah mendorong bintang Akademi Fantasia 2, Adam untuk membuka pusat rawatan islamnya sendiri iaitu Nur Khalifah Al-Hasani yang terletak di Cova Square, Kota Damansara. 


Memulakan operasinya pada bulan Julai, pusat rawatan ini menjalankan rawatan berteraskan penghayatan Tauhid, Al-Quran dan doa yang memfokuskan kepada rawatan masalah gangguan jin, masalah zahir dan masalah kekeluargaan. Maklum Adam AF2 kepada wartawan.


Hubungi Pusat Rawatan Islam Nur Khalifah Al-Hasani

Kepada mereka yang ingin mendapatkan rawatan alternatif di Pusat Rawatan Islam Nur Khalifah Al-Hasani, waktu operasi adalah dari 9 pagi hingga 10 malam tanpa perlu membuat sebarang temu janji. 

Untuk maklumat lanjut, hubungi 03-6142 2919 atau 016-2457919 atau layari www.nurkhalifah.com. - MH Online.


VIDEO ADAM AF2 MEMBERI TAZKIRAH KEPADA PELAJAR SEKOLAH

+Mohd Rohaizad melihat Adam AF2 banyak berubah ke arah lebih islamik, seperti penghijrah sepenuhnya. Sebelum ini artis-artis wanita banyak yang berubah kepada bertudung dan berhijab. Manakala artis lelaki ada yang sudah meninggalkan dunia hiburan, lebih kepada nasyid dan menuju ke arah lebih keislaman. Begitu jugalah Adam AF2, sudah berubah memakai jubah dan berserban. Semoga Adam bertemu Hawa yang terbaik buat dirinya. Amiinn..

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

ADAM AF2 BUKA PUSAT RAWATAN ISLAM - NUR KHALIFAH AL-HASANI By Mohd Rohaizad. Published: 24.7.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...