CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

ADIRA BERAYA DI KAMPUNG SHAHRUL NASRUN


Tahun Ini Adira AF8 Akan Beraya Di Kampung Shahrul Nasrun, Kelantan

Blog Hiburan Mohdrohaizad.com digemparkan bahawa artis keluaran Akademi Fantasia iaitu Adira akan berhari raya dekat kampung Shahrul Nasrun di Kelantan! Siap tinggal beberapa hari lagi di sana nanti, Adira sudah menafikan dia menjalin hubungan serius tetapi masih dalam proses mengenal hati budi Shahrul. Hah, masih ada peluang lagi tu Shahrul.


Adira Nafi Bertunang Dengan Shahrul Nasrun

Penyanyi Adira menafikan dia telah bertunang dengan Presiden Gerakan Belia Gagasan 1 Malaysia (GBG1M) iaitu (Gambar) Shahrul Nasrun Kamarudin seperti yang didakwa ramai pihak.

Adira atau nama sebenarnya, (Gambar) Siti Adira Suhaimi, 23 tahun, berkata, sebaliknya dia baru sahaja mengenali pemuda tersebut sejak beberapa bulan lalu dan terkejut apabila dikatakan bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat ini.

"Nak tergelak saya apabila orang kata kami akan bertunang dan nak berkahwin. Mana ada, kami baharu saja kenal.

"Peliklah apabila masih ada segelintir individu yang membuat spekulasi dan andaian tanpa usul periksa," katanya yang dihubungi di sini pada hari Ahad.

Shahrul Nasrun Lelaki Paling Rapat - Adira

Bagaimanapun tambah Adira, dia mengakui bahawa Shahrul adalah lelaki yang paling rapat dengannya dan sedang mengenali hati budi masing-masing, cuma perhubungan itu masih lagi belum sampai ke tahap yang serius.

"Kami masih mengenali diri masing-masing. Belum serius, tetapi melihatkannya cukup serius dalam kerja dan sering membantu golongan yang susah membuatkan saya tertarik dengannya," ujar Adira.

Pada minggu lalu, Adira heboh dikaitkan dengan Shahrul apabila penyanyi itu sering memuat naik foto mereka berdua di laman sosial Instagram.

Lebih menjadi tanda tanya pada semua, apabila pereka fesyen Ezuwan Ismail pula memuat naik foto Adira dan Shahrul yang sedang menempah baju dengan tulisan status 'Baru selesai berbincang dengan Adira dan Shahrul persediaan untuk...'.


Salah Faham Status Instagram Pereka Fesyen Ezuwan Ismail

Beritahu Adira, ramai yang salah faham berkenaan status yang ditulis Ezuwan kerana tujuan dia dan Shahrul menempah baju adalah bagi menghadiri majlis perkahwinan pereka fesyen itu di Kelantan yang bakal berlangsung pada Hari Raya ketiga.

"Jadi memandangkan Shahrul juga berasal dari Kelantan, maka saya beraya sekali di rumah keluarganya.

"Dan saya pula akan bercuti selama dua minggu untuk pulang ke kampung di Sabah sebelum bertolak ke Kelantan," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Adira bakal muncul dengan sebuah single lagu baharu selepas sambutan Aidilfitri nanti dan akan keluar dengan album penuh yang memuatkan sebanyak 10 buah lagu pada akhir tahun ini. - MStar.


VIDEO KEEK ADIRA BUAT GWIYOMI COMEL CUTE

Mohd Rohaizad dan para peminat Adira AF8 tidak sabar hendak mengetahui kekasih terkininya. Adakah Shahrul Nasrun bakal menjadi buah hati Adira selepas ini? Dah kebetulan pergi ke kampung Shahrul Nasrun di Kelantan, tentu akan saling kenal mengenali ibu bapa Shahrul dengan lebih rapat kan? Agak-agak keluarga Shahrul Nasrun restui tak nanti hubungan mereka berdua? 

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

ADIRA BERAYA DI KAMPUNG SHAHRUL NASRUN By Mohd Rohaizad. Published: 15.7.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...