CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

AINAN TASNEEM BERCINTA DI UNIMAP?


Betul Ke Ainan Tasneem Bercinta Di Unimap?

Blog Hiburan Mohdrohaizad.com mengucapkan tahniah buat Ainan Tasneem yang berjaya melancarkan album mininya! Desas-desus gosip hangat mengenai Ainan Tasneem yang dikatakan bercinta di UNIMAP, Perlis! Betul ke Ainan? Mungkin hanya kawan kot, di UNIMAP kan ramai kawan sekuliah, memanglah kena buat tugasan dalam kumpulan, study group dan banyak lagi. Jika betul Ainan Tasneem sudah ada kekasih pun apa salahnya kan? Dikala usia remaja ini, siapa tidak minat dengan Ainan Tasneem? Penulis pun tertarik dengan Ainan Tasneem.. Ehemm..


Ainan Tasneem Mencuri Lagu Penyanyi Lain?

Enggan terus menerus ditimpa kontroversi selepas dikatakan ‘demand’ dan mencuri lagu orang lain, penyanyi yang dicungkil bakatnya menerusi YouTube, (Gambar Artis) Ainan Tasneem Ridzuan memilih untuk tidak digandingkan bersama artis lelaki yang bukan muhrimnya.

Meskipun sedar gosip yang hangat mengatakan dia pernah berkepit bersama kekasih hati di tempat belajarnya itu semua bukan alasan untuk penyanyi berusia 21 tahun ini mempertahankan keputusan berkenaan. Malah, larangan itu juga adalah salah satu syarat yang diberikan ayahnya untuk terus berkarya sebagai anak seni.

Ditemui pada sesi pelancaran album mininya baru-baru ini, Ainan Tasneem mengakui syarat ketat yang diberikan oleh ayahnya itu sedikit pun tidak menggugat jiwa remajanya sebaliknya dia sendiri selesa dengan keadaan itu.

“Saya tidak beranggapan syarat yang dikenakan oleh ayah sangat berat. Sebagai remaja yang bukan jenis suka berkeliaran tidak tentu hala saya tidak berasa ia satu tekanan.

“Pada saya apa yang ayah lakukan bersebab dan salah satunya mungkin untuk mengelakkan saya menjadi mangsa fitnah tambahan pula dengan imej yang saya bawa rasanya ia bukan masalah.

Ayah Ainan Tasneem Tidak Mahu Lelaki Bukan Muhrim Bergambar Dengan Anaknya

“Malah saya selesa untuk mengikutnya kerana saya sendiri bukan seorang yang gemar bergambar dengan lelaki. Begitu juga dengan isu teman lelaki sebenarnya saya hanya beberapa kali keluar dengan dia dan tidak sangka perkara itu sengaja diperbesarkan pihak tidak bertanggungjawab,” katanya.

Mencari peluang untuk memasarkan album mininya pada waktu ini, Ainan mengakui sekarang dia sedang bercuti tiga bulan sehingga September depan dan waktu inilah digunakan untuk menghadiri sesi fotografi bersama wartawan dan memenuhi undangan nyanyian.

“Saya sedar pernah timbul isu orang mengatakan saya mula ‘demand’ sehingga menolak banyak tawaran persembahan. Jujur saya katakan sejak awal menjadi artis di bawah label MVM Production saya sudah beritahu pengurusan tidak akan menerima sebarang persembahan yang bertentangan dengan jadual kuliah.


“Sebagai artis dan juga pelajar saya mahu kedua-duanya seiring dan peluang menjadi artis yang diberikan kedua orang tua harus saya manfaatkan dengan baik justeru saya tidak mahu disebabkan sibuk menyanyi saya mengabaikan pelajaran.

“Saya akui kadang kala kecewa apabila ditawarkan persembahan dengan bayaran yang lumayan tetapi terpaksa ditolak disebabkan ia bertindih dengan jadual kuliah saya,” katanya yang masih menuntut di Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) dalam jurusan kejuruteraan Bioproses bagi tahun ketiga.

Ainan Tasneem berkata lagi, hasratnya menjadi penyanyi mendapat restu kedua-dua orang tua selepas tujuh syarikat tampil menawarkannya menjadi artis rakaman sejak mendengar lagunya Aku Suka Dia dimainkan di laman YouTube.

Majlis Perlancaran Album Mini Ainan Tasneem

Album mini Ainan yang memuatkan lima lagu antaranya Aku Suka Dia, 150 juta, Kamu Saja, Tak Mungkin Aku dan Aku Keliru itu menjadi langkah permulaan sebelum penyanyi yang menetap di Bukit Jalil, Kuala Lumpur, ini tampil dengan album penuhnya pada penghujung tahun ini.

Kata Ainan, sebagai langkah awal dia lebih senang mendendangkan lagu ciptaan sendiri. Malah turut merasa kecewa apabila lagu 150 juta ciptaan orang lain yang menjadi taruhan untuk single keduanya.

“Jujur saya katakan sebagai penyanyi yang turut menghasilkan lagu sendiri sebenarnya saya berharap single kedua diputarkan adalah lagu saya. Namun atas kesilapan teknikal lagu 150 juta menjadi taruhan malah disebabkan mendapat sambutan menggalakkan ia tidak boleh ditarik balik dan stesen radio perlu terus memainkannya.

“Saya juga bukan sengaja hendak lari dari kontroversi yang mengatakan lagu 150 juta itu milik orang lain yang saya curi kerana apa yang berlaku semuanya adalah salah faham.

“Fynn Jamal sendiri yang memberikan lagunya kepada syarikat rakaman dan dia tahu bahawa saya akan menyanyikan lagu berkenaan. Pada saya kontroversi ini tercetus akibat peminat Fynn sendiri yang tidak mengetahui cerita sebenar,” katanya. - HMetro.com.my





VIDEO MUZIK LIRIK LAGU "AKU SUKA DIA" - AINAN TASNEEM

Mohd Rohaizad suka dengan lagu Ainan Tasneem "Aku Suka Dia". Memang tidak dinafikan Ainan mempunyai bakat dalam dunia nyanyian, selepas habis belajar di UNIMAP mungkin Ainan akan menjadi penyanyi sepenuh masa? Soalan cepu emas, Ainan Tasneem sudah ada kekasih hati? Siapalah lelaki yang bertuah itu?

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

AINAN TASNEEM BERCINTA DI UNIMAP? By Mohd Rohaizad. Published: 8.7.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...