CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

AIZAT BERCINTA DENGAN YUNA ATAU ZEE AVI? | PILIHAN ANDA?


Aizat Bercinta Dengan Yuna atau Zee Avi? Pilihan Anda?

mohdrohaizad.com - Menurut sumber Portal Gua, Aizat telah menafikan dia bercinta dengan Zee Avi. Tetapi gosip diantara Aizat dan Zee Avi tidak ditutup begitu sahaja. Menurut sumber yang lain juga, Aizat mengintai peluang untuk menyintai Yuna. 

Zee Avi dan Yuna memang menjadi taste Aizat disebabkan kejayaan mereka ke peringkat antarabangsa. Jika diberi peluang, anda hendak yang mana untuk digandingkan aizat sebagai pasangannya? Bagi penulis, Zee Avi memang sesuai sangat dan secocok. Bagai pinang dibelah dua jika Aizat bersama Zee Avi.



Aizat Rahsia Bakal Isteri

Penyanyi muda ini jarang terlibat dengan mana-mana gosip yang mengatakan dia sedang bercinta atau berkasih dengan mana-mana perempuan. Namun, sejak kebelakangan ini timbul pula gosip yang mengatakan penyanyi berbakat besar, Aizat sedang bercinta dengan seorang artis yang kini sedang gah menempa nama di Amerika Syarikat iaitu Zee Avi.

“Sebenarnya, saya dan dia tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa seperti didakwa oleh sesetengah pihak, tetapi kami berdua adalah merupakan sahabat baik dan saya ada merancang untuk berkolaborasi bersama-sama dengannya dalam  album saya yang akan datang. 

Aizat Puji Kecantikan & Kelunakan Zee Avi

Namun, tidak dinafikan bahawa dia seorang wanita yang cantik serta mempunyai suara yang merdu dan lunak, sekaligus membuatkan saya begitu kagum dengannya dan ingin menjadi seperti dia,” kata Aizat.

Jelasnya lagi, sekiranya diberi peluang untuk bersama-sama Zee Avi dan rakannya yang lain seperti Yuna untuk merakamkan album di Amerika Syarikat, sudah pasti dia tidak akan menolak peluang keemasan itu.



Aizat Nafi Bercinta Dengan Zee Avi & Yuna

“Saya berkawan dengan Zee Avi dan juga Yuna adalah kerana ingin menjadikan diri mereka sebagai contoh untuk saya terus berjaya dan mencipta nama bukan saja di lapangan industri muzik Malaysia, bahkan di seantero dunia seperti mereka. Sekiranya diberi peluang untuk mencipta nama di luar negara sudah tentu saya tidak menolak malah cukup berterima kasih kerana diberi peluang sebegitu,” ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.

Aizat Berduet Dengan Zee Avi

Menyentuh mengenai perkembangan karier nyanyiannya, Aizat memberitahu akan menerbitkan album tidak lama lagi dan uniknya album kali ini adalah dia akan berkobolarasi bersama-sama dengan Yuna dan juga Zee Avi. - Portal Gua





VIDEO AIZAT FEAT YUNA - DWIHATI OFFICIAL MUSIC VIDEO

Mohd Rohaizad - Aizat bercinta di antara Yuna atau Zee Avi. Pilihan anda? Jika penulis memang suruh si Aizat ini pilih Zee Avi sebagai calon isteri. Tahun depan dah cukup 25 tahun, dah memang target Aizat untuk berkahwin. Oleh itu, pilihlah Zee Avi ya Aizat. Kami para peminat sentiasa doakan kalian bertemu dengan jodoh pilihan yang terbaik buat Aizat, Yuna dan Zee Avi.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

AIZAT BERCINTA DENGAN YUNA ATAU ZEE AVI? | PILIHAN ANDA? By Mohd Rohaizad. Published: 2.7.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...