CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

ALBUM JEFFRYDIN TERBARU "DEBARAN RINDU" BERSAMA ONE NATION EMCEE


Album Dato Jeffrydin Terbaru "Debaran Rindu" Bersama One Nation Emcee

Blog hiburan Mohdrohaizad.com tertarik dengan lagenda Pop Yeh Yeh Malaysia, siapa? Tentulah Dato Jeffrydin yang tidak asing lagi bagi kita. Beliau telah mengeluarkan album terbaru yang berjudul "Debaran Rindu" yang turut digandingkan bersama artis moden iaitu kumpulan One Nation Emcee. Siapa jeffrydin? Nama sebenarnya ialah (Gambar) Raden Jeffrydin Raden Imbromsoekaman atau lebih dikenali sebagai Jeffrydin merupakan seorang penyanyi yang mencipta namanya sejak tahun 1960-an lagi. Ketika itu, pengaruh kumpulan The Beatles dari England telah mewujudkan irama pop yeh-yeh dari 1965 hingga 1971. Istilah "pop yeh-yeh" telah diambil dari judul lagu popular The Beatles, (She Loves You - Yeh, Yeh, Yeh). Penyanyi pada zaman 1960an, biasanya diiringi oleh kumpulan kugiran. Jefrydin menjadi kegilaan peminat sebagaimana Allahyarham A. Ramlie. (Gambar Artis) Jefrydin selalu diserbu peminatnya pada setiap pertunjukkan hingga bajunya pernah koyak-koyak dan tercabut butang. Malah albumnya, EP Kenanganku pernah dijual melebihi 150,000 unit ketika itu.



Album Debaran Rindu - Jeffrydin

Artis veteran popular Malaysia, Dato' Jeffrydin tampil dengan album baru berjudul 'Debaran Rindu' setelah 10 tahun tidak mengeluarkan album untuk mengubat kerinduan peminat. Penyanyi yang terkenal dengan irama pop yeh yeh ini muncul dengan album yang mengandungi enam buah lagu baru.

Album ‘Debaran Rindu’ menerima sentuhan daripada Dato' M. Nasir dan Azmeer yang bertindak selaku penerbit. Masih mengekalkan konsep muzik yang sangat sinonim dengan Jeffrydin iaitu pop yeh yeh dengan sentuhan nuansa muzik semasa. Penampilan istimewa kumpulan rap popular masa kini, (Gambar Artis) One Nation Emcee yang bergandingan dengan Jeffrydin dalam lagu ‘Debaran Rindu’ telah membuktikan yang Jeffrydin juga peka dengan kehendak peminat muzik masa kini.

Lagenda Pop Yeh Yeh Malaysia - Jeffrydin

“Saya bersyukur kerana diberi peluang untuk merakam lagu baru dan ciptaan baru di zaman moden ini setelah sepuluh tahun tidak muncul dengan album baru. Saya sangat teruja dengan undangan daripada pihak M. Nasir. Saya merasakan yang saya sebagai wakil penyanyi irama pop yeh yeh dan saya bersyukur kerana kini saya masih berpeluang meneruskan perjuangan saya dan rakan-rakan saya untuk mengangkat muzik ini,” jelas penyanyi yang popular dengan lagu ‘Kenanganku’.

“Saya percaya album ini dapat dipasarkan dan penjualannya akan mendapat respon positif. Album ini lain daripada yang lain. Elemen muzik baru juga disuntik dalam irama pop yeh yeh dan saya harap anak-anak muda juga akan dapat menghayati album ini. Saya tujukan album ini kepada peminat saya di serata pelusuk dunia yang meminati saya dan irama pop yeh yeh,” jelas Jeffrydin yang ditemui di majlis pelancaran album barunya di The Royale Bintang The Curve, baru-baru ini.

Gosip Hangat: Jeffrydin Terima Gelaran Dato Daripada Sultan Sulu, Filipina?

Mengulas mengenai khabar angin yang mempertikaikan gelaran Dato’ yang diterima Jeffrydin, dia tidak berkecil hati dengan perkara tersebut.

“Terserahlah. Mungkin mereka yang berkata sedemikian mempunyai perasaan iri hati kepada saya. Saya tidak terguris hati, kerana saya percaya semua perkara ada hikmah dan hanya menganggap ini sebagai permainan dunia. Apa yang pasti, gelaran yang saya terima ini sah kerana gelaran ini dikurniakan oleh kerajaan negeri Melaka pada tahun 2009 dan bukannya daripada Sultan Sulu di Filipina yang tidak diiktiraf,” ulas Jeffrydin mengakhiri perbualan. - Portal Gua.com.my






VIDEO MUZIK DATO JEFFRYDIN FEAT ONE NATION EMCEE

Mohd Rohaizad - Tahniah diucapkan kepada Jeffrydin yang berjaya mendapat gelaran Dato'. Kontroversi mengenai gelaran Dato' yang kononnya dikurniakan oleh Sultan Sulu adalah tidak berasas dan telah dinafikan Jeffrydin sendiri. Tahniah juga kerana Dato Jeffrydin telah berjaya mengeluar album terbarunya yang bertajuk "Debaran Rindu", lebih menarik artis moden iaitu One Nation Emcee turut terlibat bersama. Nampaknya Dato Jeffrydin kembali mengegarkan dunia hiburan dengan lagu-lagunya yang pasti menarik perhatian ramai peminatnya. Anda peminat Pop Yeh Yeh?

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

ALBUM JEFFRYDIN TERBARU "DEBARAN RINDU" BERSAMA ONE NATION EMCEE By Mohd Rohaizad. Published: 5.7.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...