CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

ALYAH MAHU BOIKOT SEMUA MEDIA? KENAPA?


Isu Alyah Mahu Boikot Semua Media Hangat Diperkatakan! Kenapa?

Blog Hiburan Mohdrohaizad.com dikhabarkan isu Alyah mahu memboikot semua media! Kenapa gosip hangat artis popular ini diperkatakan? Pihak pengurusan Alyah dikatakan mengugut mahu ban media yang terlibat. Adakah kumpulan media-media akan berdiam diri? Sebelum ini kita dikejutkan dengan perkahwinan rahsia senyap-senyapnya bersama Dato Ramli MS, sehingga sekarang masih belum dipastikan sama ada benar atau palsu. Malah Dato Ramli MS pun malas hendak komen, manakala Alyah suruh tanya sendiri Ramli MS.


Gosip Hangat: Kontroversi Alyah Mahu Gam Akhbar

‘Saya rasa terpukul,” demikian reaksi penyanyi Kisah Hati, Alyah ketika diminta mengulas tentang kontroversi yang mengaitkan namanya, baru-baru ini.

Gara-gara sebuah artikel yang dikeluarkan sebuah akhbar tempatan baru-baru ini, nama Alyah hangat diperkatakan apabila pihak pengurusannya didakwa telah mengugut untuk meng‘gam’ akhbar tersebut.

“Saya agak terpinga-pinga kerana saya tidak pernah melemparkan kata-kata yang saya nak ‘banned’ media.

“Sebab saya rasa kerjaya seni saya adalah periuk nasi saya, di mana media yang banyak menyokong saya, cuma apabila benda ini terjadi, ia agak memeranjatkan saya,” katanya ketika ditemui pada sesi rakaman program TV9, Stailista Unplugged, semalam.

Alyah akui tidak pernah mempunyai sebarang masalah dengan pihak media sebelum ini.


Alyah Tertekan Mengenai Isu Dato Ramli MS?

“Saya rasa agak terpukul juga kerana saya tak ada masalah dengan media. Walaupun mungkin ada sesetengah wartawan menulis yang kurang baik tentang saya, tapi saya anggap itu kerja mereka.

“Tetapi apabila keluarnya artikel, Alyah ‘Gam’ Media?...walaupun ianya dalam bentuk soalan, secara tak langsung, saya telah mengguris hati semua orang. Saya tidak pernah menyatakan perkara itu,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai artikel itu, Alyah merasakan ia ditulis dengan mengikut perasaan.

“Sebenarnya saya berkecil hati kerana cara penulisannya seolah-olah dia bercakap dengan saya, sedangkan saya tidak tahu kejadian tersebut.

“Tapi, pada saya perkara itu boleh diselesaikan, ada cara lain lagi. Cuma, artikel itu macam tuduhan. Saya rasa yang menulis itu mungkin menulis dengan perasaan sendiri, bukan dalam keadaan dia bekerja,” katanya.

Alyah Mohon Maaf Kepada Yang Terlibat

Penyanyi Alyah yang berusia 32 tahun ini memohon maaf kepada sesiapa sahaja yang mungkin terasa.

“Saya mewakili pihak pengurusan dengan rasa rendah diri ingin meminta maaf kepada sesiapa yang mungkin terasa.

"...daripada isu pereka pakaian, bekas pembantu peribadi saya sehingga perkara yang terjadi sekarang ini, saya mohon maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.

“Jika ada waktu dan apabila saya sudah bersedia, saya akan buat sidang akhbar mungkin selepas raya untuk menerangkan satu-satu bagi memulihkan keadaan," katanya dengan nada sebak. - SinarHarian.


VIDEO MUZIK ALYAH - KAU YANG TERINDAH (OFFICIAL HD)

Mohd Rohaizad dan para peminat industri hiburan menyarankan Alyah banyak-banyak bersabar. Diharap Alyah lebih berhati-hati pada masa hadapan, isu mengenai boikot / gam / ban media memang cukup sensitif. Yang pasti Alyah juga yang rugi nanti, melainkan Alyah mahu bersara dari industri hiburan Malaysia.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

ALYAH MAHU BOIKOT SEMUA MEDIA? KENAPA? By Mohd Rohaizad. Published: 14.7.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...