CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Memuatkan ...

ANAK NURUL WAHAB & ERIC DANIEL DEPP


Anak Nurul Wahab & Eric Daniel Depp Dijangka Lelaki?

Blog Hiburan Mohdrohaizad.com mengucapkan tahniah buat artis Malaysia yang dikenali sebagai penyanyi iaitu Nurul Wahab dan suaminya Eric  Daniel Depp yang bakal menerima anak dalam masa terdekat iaitu dijangka bulan Oktober ini. Malah berita mengembirakan ialah Nurul wahab yang teringin mendapat anak lelaki dimakbulkan apabila doktor mengesahkannya melalui scan menunjukkan kehamilannya kali ini ialah anak lelaki.



Nurul Wahab Bakal Terima Anak Lelaki

Penyanyi (Gambar) Noorul Huda Abdul Wahab atau lebih dikenali sebagai Nurul wahab mengakui teruja apabila mendapat tahu bakal menimang cahaya mata lelaki pada Oktober depan.

Nurul, 36 tahun, berkata, dia memang berharap agar dikurniakan seorang anak lelaki sebagai pelengkap kehidupan rumah tangganya bersama (Gambar) Eric Daniel Depp, 48 tahun.

"Saya baru diberitahu bayi dalam kandungan adalah bayi lelaki dan Alhamdulillah saya gembira sangat.

"Saya memang mengharapkan untuk mendapat bayi lelaki sebagai pelengkap keluarga kami," katanya ketika ditemui pada pertandingan akhir Ceria Popstar, di sini, Ahad.

Ayu Nazirah Menjadi Penjaga Nurul Wahab

Tambah Nurul Wahab, anak pertama hasil perkongsian hidup bersama komposer Ajai, Ayu Nazirah yang kini sudah berusia 15 tahun bertindak menjadi penjaganya sepanjang mengandung.

"Ayu sangat gembira nak dapat adik, dia yang banyak jaga saya di rumah. Kalau apa sahaja saya tidak buat dia akan membebel," katanya.



Tambah Nurul, dia juga sudah membeli barang keperluan bayi sebagai persediaan awal.

"Memang orang kata tidak elok kalau beli awak-awal barang bayi, tapi sekarang sudah masuk enam bulan mungkin sudah boleh beli sikit-sikit.

"Lepas dapat tahu bayi lelaki saya tidak terlalu ghairah membeli kerana barang bayi lelaki tidak banyak pilihan seperti bayi perempuan," katanya.

Nurul Wahab Sambut Raya Aidilfitri Di Perancis

Sementara itu, Nurul Wahab berkata, dia akan bercuti ke rumah mertuanya di Perancis pada Isnin ini selama sebulan dan menyambut Hari Raya Aidilfitri di sana.

"Saya sengaja bercuti dan kesempatan itu juga saya ambil untuk belajar bahasa Perancis dan mempraktikkan di sana.

"Kalau di Malaysia sudah beberapa kali saya ambil kelas tetapi tidak dipraktikkan hingga terlupa," katanya.

Nurul dan Depp yang merupakan perunding kesihatan warganegara Perancis telah mendirikan rumah tangga pada 6 Jun 2012.

Penyanyi itu juga mempunyai seorang anak perempuan bernama Ayu Nazirah, 15, hasil hubungan dengan suami pertama, penyanyi dan komposer, Ajai. - Mstar Online





VIDEO MAJLIS PERNIKAHAN NURUL WAHAB & ERIC DANIEL DEPP

Mohd Rohaizad - Anak Nurul Wahab dan Ajai iaitu Ayu Nazirah dah besar dan telah berumur 15 tahun. Jauh beza juga kan nanti? Nampaknya rezeki Nurul Wahab dan Eric Daniel Depp bakal menerima anak lelaki pada tahun ini, Insya Allah. Kami para peminat industri hiburan mendoakan yang terbaik untuk Nurul Wahab sekeluarga dan diharap juga tiada masalah untuk bersalin nanti. Kami tunggu gambar anak Nurul Wahab bakal mengikut wajah siapa nanti ya?

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

ANAK NURUL WAHAB & ERIC DANIEL DEPP By Mohd Rohaizad. Published: 8.7.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...