CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

ANUGERAH JUARA RENTAK RUAI (AJAAR) 2013 - GABRIEL FAIRUZ LOUIS


Anugerah Juara Rentak Ruai (Ajaar) 2013 - Lagu Terbaik Gabriel Fairuz Louis

Blog Hiburan Mohdrohaizad.com mengucapkan tahniah buat penyanyi muzik Dayak yang popular dengan lagu "Genggam Jariku" iaitu Gabriel Fairuz Louis. Anugerah Juara Rentak Ruai (Ajaar) 2013 telah menobatkan Gabriel Fairuz Louis sebagai lagu terbaik!


Lagu "Genggam Jariku" - Gabriel Fairuz Louis

Lagu berjudul 'Genggam Jariku' ciptaan penyanyi yang sedang mencipta nama, (Gambar Artis) Gabriel Fairuz Louis, muncul sebagai lagu terbaik pada Anugerah Juara Rentak Ruai (Ajaar) keenam malam tadi.

Gabriel Fairuz Louis, 27 tahun, yang bertugas di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura, mengalahkan 11 peserta lain untuk meraih hadiah RM5,000 serta sebuah trofi pada majlis yang berlangsung di Dewan Suarah di sini.

Lagu ciptaannya juga diundi sebagai lagu ketiga paling popular pada pertandingan itu, yang bertujuan memberi penghargaan kepada penyanyi dan pemuzik Iban, di samping memajukan industri muzik Dayak.



Acara Tahunan Anugerah Juara Rentak Ruai (Ajaar)

Pertandingan tahunan ini dianjurkan stesen radio swasta tunggal di negeri ini, Cats FM bersama kumpulan penajanya.

Kemenangan itu menambah satu lagi rekod kejayaan bagi penyanyi berbakat besar ini.

Ketika mewakili Malaysia pada XXII Discovery International Pop Music Festival di Varna, Bulgaria dari 17 hingga 19 Mei, Gabriel memenangi Anugerah Diploma bagi kategori 'Best Country Hit' setelah menyanyikan lagu ciptaan sendiri berjudul 'Percaya'.

Album Terbaik Gabriel Fairuz Louis

Tahun lepas, dia meraih hadiah 'Album Terbaik' pada Anugerah Muzik Dayak 2012 di Kuching dan diundi sebagai 'Artis Lelaki Terbaik' serta "Artis Lelaki Baru Terbaik'.

Presiden Persatuan Artis dan Pemuzik Dayak Sarawak Snowdown Lawan dan pengarah Cats FM Datin Hanifah Hajar Taib-Alsree menyempurnakan upacara penyampaian hadiah kepada para pemenang anugerah itu. - Bernama

Lirik Lagu Genggam Jariku - Gabriel Fairuz Louis

Celap puput ribut malam
Bakanya meh ati ku
Ngenang nuan ti jauh di mata
Kebelik bintang di langit
Dipeda beli Kediri
Asai ke ayas nuan mansa belama

Terang pancar mata panas
Asainya meh ati ku
Lelengau ke nuan selalu
Terang pancar mata panas
Asainya meh ati ku
Lelengau ke nuan selalu

c/o
Genggam jariku anang ngelengka maya ati tussah
Tua besemaya siti pengerindu ti udah bepadu
Genggam jariku nitih ke ati enda kala lebu
Tua besumpah tetap teguh datai ke belama lama ia
Oohhhhh….

Naka penyinu dalam ati aku
Ti nyema tua ila nyau beserara
Genggam jariku anang ngelengka maya ati tussah
Tua besemaya siti pengerindu ti udah bepadu
Genggam jariku nitih ke ati enda kala lebu
Tua besumpah tetap teguh datai ke belama lama ia





VIDEO MUZIK GENGGAM JARIKU - GABRIEL FAIRUZ LOUIS

Mohd Rohaizad - Kaum Dayak pun mempunyai penyanyi yang popular, jangan anda tidak tahu ya! Gabriel Fairuz Louis merupakan salah satu contoh penyanyi yang mempunyai suara dan keunikan sehingga lagu Genggam Jariku menjadi lagu terbaik bagi tahun 2013 dalam Anugerah Juara Rentak Ruai (Ajaar). Tahniah sekali lagi Gabriel Fairuz Louis dan teruskan lagi usaha anda!

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

ANUGERAH JUARA RENTAK RUAI (AJAAR) 2013 - GABRIEL FAIRUZ LOUIS By Mohd Rohaizad. Published: 7.7.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...