CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

ASHRAF MUSLIM PUNCA SAKINAH PUTUS TUNANG


Gosip Hangat: Tahukah Anda Ashraf Muslim Punca Wan Sakinah Putus Tunang!

Blog Hiburan Mohdrohaizad.com digemparkan dengan cerita artis Ashraf Muslim sebagai punca Wan Sakinah putus tunang sebelum ini! Semasa Ashraf Muslim bertunang dengan Noor Dayana, Ashraf dikatakan masih intim berhubungan dengan Wan Sakinanh. Sehinggalah akhirnya, Ashraf Muslim dan Wan Sakinah tidak dapat menahan lagi gelora untuk berkahwin malah sanggup berpoligami / bermadu dengan Noor Dayana!


Ashraf Muslim Sebabkan Wan Sakinah Putus Tunang

Masih belum reda mulut orang berkata tentang majlis perkahwinan mengejut antara (Gambar) Ashraf Muslim dengan (Gambar) Wan Sakinah Ahmad Saburi pada 7 Julai lalu, kini timbul isu baru yang jauh lebih mengejutkan.

Ini kerana, Ashraf bukan sahaja dikatakan kahwin kali kedua tanpa keizinan isteri pertamanya, (Gambar) Noor Dayana Lokman, 26 tahun, malah turut didakwa punca berlakunya putus tunang antara Sakinah dengan bekas tunangnya.

Melalui rancangan Melodi di TV3, bekas tunang Sakinah, 29 tahun, yang tidak mahu dinamakan telah muncul memberitahu tentang pertunangannya dengan wanita itu yang sebelum ini terputus gara-gara Ashraf, 32, menjalinkan hubungan dengannya.

Wan Sakinah Intim Dengan Ashraf Muslim Semasa Dayana Bertunang

Beliau turut mendakwa yang hubungan Ashraf dengan Sakinah terjalin sewaktu pelakon itu masih bergelar tunang kepada isteri pertamanya, Dayana.

“Rasanya hubungan antara Sakinah dengan Ashraf bermula bukan sembilan bulan selepas Ashraf berkahwin, malah sebelum dan semasa Ashraf dalam pertunangan dengan tunangnya (Dayana) dan saya dan Sakinah masih bertunang.


“Pada masa itu saya memang frust (kecewa), kerana saya sudah hampir berkahwin. Memang takdir telah menentukannya tapi macam mana takdir pun mesti ada sebab dan alasannya dan salah satu sebab pertunangan kami terputus kerana dia (Sakinah) ada hubungan dengan Ashraf

“Dan pertunangan saya dan Sakinah terputus 25 hari sebelum mereka melangsungkan perkahwinan,” katanya.

Bekas Tunang Wan Sakinah Lega Sebelum Ini Bukan Fitnah

Bagaimanapun, bekas tunang Sakinah itu tetap menarik nafas lega apabila apa yang diperkatakannya sebelum ini bukanlah fitnah sebaliknya kenyataan.

“Alhamdulillah, apa yang Ashraf nafikan sebelum ini akhirnya terbongkar. Apa yang pernah saya suarakan sebelum ini dipersoalkan oleh orang luar sama ada saya memfitnah, tapi sekarang sudah terbukti.

“Sebelum ini apa yang saya cakap tidak dipercayai orang lain kerana mereka menganggap Ashraf seperti ustaz, tapi Alhamdulillah, akhirnya terbongkar,” ujarnya yang turut bersimpati dengan apa yang terjadi kepada Dayana.

Tidak berdendam dengan Sakinah meskipun hubungan yang terjalin tidak ke jinjang pelamin, beliau tetap mendoakan kebahagiaan Ashraf dan Sakinah sehingga ke akhir hayat.

Namun, apa yang diharapkan oleh beliau agar Ashraf tidak lari dengan apa yang berlaku sebaliknya bersikap seperti lelaki budiman kerana apa yang dilakukan (berpoligami) tidak salah.

“Ashraf patut berterus terang dan sedia menghadapi pihak media dan orang ramai,” jelas beliau.


Noor Dayana Tidak Rela Dimadukan Ashraf Muslim


Bapa mertuanya, Lokman Abdul Hamid, 54, tampil memberikan kenyataan bahawa Dayana tidak pernah reda dengan pernikahan kedua Ashraf.

Ashraf dan Dayana bernikah di Makkah pada 30 Ogos 2011, namun sehingga kini mereka masih belum dikurniakan zuriat. - Sinarharian.


VIDEO ASHRAF MUSLIM - WAN SAKINAH BERNIKAH DI BANGKOK, THAILAND

+Mohd Rohaizad dan para peminat dunia hiburan telah dibongkarkan dengan cerita-cerita mengenai Ashraf Muslim sebagai punca Wan Sakinah putus tunang! Malah hubungan Ashraf Muslim dan Wan Sakinah dikatakan intim semasa Ashraf bertunang dengan Noor Dayana. Lebih mengemparkan, keluarga Dayana sendiri tahu Ashraf memang mempunyai hubungan rapat dengan Wan Sakinah sebelum mengambil keputusan untuk bernikah di Mekah lagi. Wah! Macam-macam kemelut dalam rumahtangga mereka berdua ini. Kini isteri pertama Ashraf muslim iaitu Dayana mengirim puisi syair untuk meluahkan hatinya yang terkilan.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

ASHRAF MUSLIM PUNCA SAKINAH PUTUS TUNANG By Mohd Rohaizad. Published: 21.7.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...