CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

ASHRAF MUSLIM - WAN SAKINAH ISTERI KEDUA | TAHNIAH


Ashraf Muslim dan Wan Sakinah Menjadi Isteri Kedua, Berkahwin Di Siam!

Blog Hiburan Mohdrohaizad.com akhirnya terjawab kontroversi gosip hangat Ashraf Muslim bernikah dengan Wan Sakinah di Thailand! Malah sudah seminggu mereka telah berkahwin di Siam. Cuma Asyraf Muslim ingin mendaftar pernikahan mereka di Malaysia secara rasmi. Tahniah kepada Asyraf Muslim dan Wan Sakinah, selamat pengantin baru!


Ashraf Muslim Berkahwin Kali Kedua Kerana Hendak Zuriat?

Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada Rabu diberitahu pelakon dan pengamal perubatan Islam, (Gambar) Mohd. Ashraf Muslim, 32 tahun, sudah bernikah kali kedua dengan wanita yang digosipkan dengannya iaitu (Gambar) Wan Sakinah Ahmad Saburi, 29 tahun, di Thailand pada Ahad lalu.

Hakim Syarie Muhammad Abdul Karim Wahab membenarkan Ashraf Muslim menarik balik permohonannya untuk berpoligami yang difailkan pada pagi Rabu selepas dia mengaku telah bernikah dengan wanita tersebut.

Pengesahan itu membuktikan khabar angin mengenai hubungan Ashraf Muslim dengan individu tersebut adalah benar walaupun pelakon itu pernah menafikan hubungan mereka sebelum ini.


Ashraf Muslim Tidak Ceraikan Isteri Pertamanya Noor Dayana

Ashraf Muslim turut memiliki isteri pertama iaitu (Gambar) Noor Dayana Lokman, 26 tahun, yang juga anak kepada pengasas Pusat Perubatan Islam Al Hidayah di Setiawangsa di sini.

Mereka bernikah di Mekah pada 30 Ogos 2011 dan tidak memiliki zuriat.

Berikutan pengakuan Ashraf itu, mahkamah memerintahkannya membayar kos mahkamah sebanyak RM8,000 kepada Noor Dayana. - MStar.


VIDEO ASHRAF MUSLIM NAFI AKAN KAHWIN LAGI

Mohd Rohaizad - Nampaknya tekaan ramai peminat industri hiburan mengenai Ashraf Muslim berkahwin kali kedua adalah benar belaka. Ashraf Muslim tidak dapat menafikan lagi. Cuma sebab kepastian kenapa Ashraf mengambil tindakan sedemikian tidak dapat diketahui. Mungkin Ashraf Muslim akan membuat kenyataan terkini di sidang media nanti, kenapa? Kenapa ya Ashraf kahwin kali kedua? Ramalan mengenai Sherry Ibrahim yang dikatakan akan berkahwin dengannya adalah salah ya. Apa-apa pun tahniah kami ucapkan kepada Ashraf Muslim dan Wan Sakinah kerana selamat melangsungkan akad nikah di Siam / Thailand.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

ASHRAF MUSLIM - WAN SAKINAH ISTERI KEDUA | TAHNIAH By Mohd Rohaizad. Published: 17.7.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...