CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

AYAH DIRA ABU ZAHAR MENINGGAL DUNIA | TAKZIAH


Ayah Dira Abu Zahar Meninggal Dunia | Takziah

Blog Hiburan Mohdrohaizad.com dan para peminat industri seni mengucapkan takziah buat keluarga Dira Abu Zahar kerana ayahnya (Gambar) Dato Seri Abu Zahar Ithnin meninggal dunia semalam. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan dimasukkan dalam kalangan orang yang beriman.


Bapa Dira Abu Zahar Meninggal Dunia

Takziah diucapkan kepada pengacara dan pelakon, Dira Abu Zahar sekeluarga yang kehilangan ayahanda tercinta, Dato' Seri Abu Zahar Ithnin yang telah meninggal dunia, hari ini. 

Difahamkan Allahyarham meninggal dunia di kediamannya di Merlimau, Melaka akibat komplikasi kencing manis dan buah pinggang kira-kira pukul 6 petang tadi.

Allahyarham telah dimasukkan ke hospital kira-kira sebulan lepas kerana komplikasi penyakit itu. Namun dibawa semula ke rumahnya tiga hari lepas dan menghembuskan nafas terakhir dengan keluarga di sisinya.


Dira Abu Zahar Maklumkan Melalui Instagram

Menerusi akaun Instagramnya, Dira Abu Zahar telah berkongsi status bagi memaklumkan berita sedih ini;

"Tutup rapat dengan tenang. Perginya tanpa resah. Alhamdulillah atas setiap peluang. Irah sayang ayah selamanya. Al-Fatihah. Dato' Seri Hj Abu Zahar Hj Ithnin. 14/9/1939-12/7/2013."

Kami mengharapkan agar Dira Abu Zahar tabah menghadapi dugaan ini. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan mereka yang beriman. - MH Online.



VIDEO DIRA ABU ZAHAR SAAT BAHAGIA BERSAMA KELUARGA SEMASA BERTUNANG

Mohd Rohaizad dan para peminat Dira Abu Zahar mengucapkan takziah kepada keluarga Dato Seri Abu Zahar Ithnin. Diharap Dira bersabar dan tabah diatas kepergian orang yang tersayang. Sesungguhnya, tiada yang kekal di dunia ini, setiap yang makhluk yang bernyawa akan melalui kematian dan pergi menemui Allah S.W.T. Al-Fatehah..

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

AYAH DIRA ABU ZAHAR MENINGGAL DUNIA | TAKZIAH By Mohd Rohaizad. Published: 13.7.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...