CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

BIODATA AEDY ASHRAF | PROFIL | CERITA ARTIS


Biodata Aedy Ashraf | Profil | Cerita Artis

Blog Hiburan Mohdrohaizad.com mengajak pembaca untuk mengenali pelakon kanak-kanak dan remaja yang terkenal iaitu Aedy Ashraf. Dikenali dalam dunia hiburan sejak berumur 7 tahun lagi. Dibawah penulis memaparkan maklumat biodata profile ringkas mengenai Aedy Ashraf bagi yang berminat untuk mengenalinya. Malah tahun ini sudah menjangkau umur 20 tahun, Aedy Asyraf masih lagi memegang watak yang agak sinonim dengannya.



Nama Penuh: Mohammed Addy Ashraf Bin Rosmadi 

(Nama Jawi: محمد اددي أشرف بن روسمادي)

Nama Komersial: Aedy Ashraf

Umur: 20 Tahun (2013)

Kerjaya: Pelakon

Drama / Filem / Televisyen: Watak sebagai Faiz dalam Waktu Rehat, sebagai Muhammad dalam Qalesya dan Syafiq dalam rancangan "Oh My English!".

Klik Link Profile Aedy Ashraf Dibawah:

Facebook Aedy Ashraf

Twitter Aedy Ashraf


Aedy Ashraf Masih Pelakon Kanak-Kanak / Remaja

Pelakon yang terkenal dengan watak kanak-kanak, (Gambar Artis) Aedy Ashraf, ternyata sudah menginjak dewasa. Kini, pemilik nama ini sudah pun berumur 20 tahun. Namun, dia masih dilihat membawa watak kanak-kanak dan remaja.

Terbaru, Aedy sedang sibuk menjalani penggambaran drama bersiri terbitan Suhan Movies, ‘Sahabat’. Kali ini, dia membawa watak seorang pelajar lepasan SPM. Biarpun menyedari situasi sebenar, Aedy dia tidak pernah menolak rezeki kerana percaya pengarah dan pihak produksi yakin dia masih sesuai membawa watak kanak-kanak.

“Saya tak pernah rasa ralat apabila saya masih mendapat tawaran untuk membawa watak kanak-kanak dan budak sekolah. Bagi saya, itu rezeki. Selagi umur saya sesuai membawa watak seperti itu, saya akan terima,” ujar Aedy.

Aedy Asyraf Kebetulan Berlakon Mengikut Ibu Shooting

Mula menceburkan diri dalam bidang lakonan pada usia tujuh dan lapan tahun, Aedy rupanya mewarisi darah seni daripada ibunya yang merupakan seorang pelakon sekitar tahun 80-an.

“Dulu saya selalu teman mak pergi ‘shooting’. Kebetulan mereka perlukan pelakon tambahan kanak-kanak. Jadi mereka minta saya untuk berlakon. Saya tak faham apa-apa waktu itu, saya hanya buat apa yang diminta. Menurut mak saya, watak saya tiada skrip pun. Tapi saya yang ingin berdialog”, jelas Aedy.

Walaupun sudah lama menceburkan diri dalam bidang lakonan, namun nama Aedy Ashraf masih belum kuat terpahat di hati peminat. Bagi anak muda ini, perkara itu tidak menjadi masalah kerana dia sudah dididik untuk tidak mengejar popular.

Dikala rakan-rakan seusianya sedang berjuang di menara gading, bagi Aedy dia tidak berminat untuk sambung belajar. Sebaliknya, Aedy Ashraf ingin berjinak-jinak dalam dunia perniagaan dan mempunyai impian untuk menubuhkan sebuah studio lakonan. - Portal Gua


VIDEO TERKINI AEDY ASHRAF DALAM MELETOP - ASTRO GEMPAK!

Mohd Rohaizad berharap maklumat biodata profil Aedy Ashraf ini akan membuat ramai dapat mengenalinya dengan lebih dekat lagi. Suhan Movies dibawah pengarah terkenal Rosyam Nor juga sedang mengintai bakatnya untuk diketengahkan lagi walaupun wataknya masih ke arah kanak-kanak dan remaja. Mungkin selepas ini Aedy Ashraf akan memegang watak 'Hero'. Siapa tahu kan? Mungkin masa akan menentukan..

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

BIODATA AEDY ASHRAF | PROFIL | CERITA ARTIS By Mohd Rohaizad. Published: 11.7.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...