CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

BIODATA ELFAEZA UL HUQ | GAMBAR | GOSIP TERKINI


Biodata Elfaeza Ul Huq | Gambar | Gosip Percintaan Terkini?

Blog Hiburan mohdrohaizad.com - Siapa sebenarnya Elfaeza Ul Haq? Bagi yang belum tahu, Elfaeza Ul Haq ialah artis Singapura yang melakonkan watak Azie dalam drama Adam & Hawa di televisyen. Namanya semakin meningkat di dalam drama Malaysia sejak tahun 2012.


Nama: Siti Elfaeza Binte Mohmed Ehsan Ul Haq

Bangsa: Pakistani – Pakistani/Malay (Kacukan)

Asal: Singapore

Tarikh Lahir: 21 September 1985

Tinggi/Berat: 1.60 m/ 50 kg

Warna Mata: Coklat Gelap

Bahasa: English, Malay

Bakat: Acting, Singing, Hosting




Gosip Artis: Elfaeza Ul Huq & Sharnaaz Ahmad Bercinta?
Pelakon dari Singapura iaitu Elfaeza Ul Huq menepis gosip kononnya dia mempunyai hubungan cinta dengan (Gambar Artis) Sharnaaz Ahmad sebaliknya hubungan itu tidak lebih daripada kawan biasa.
(Gambar Artis) Elfaeza Ul Huq, 28 tahun, berkata, dia terkejut apabila mendapat tahu mengenai gosip tersebut dan menyifatkan cakap-cakap itu timbul mungkin kerana kemesraan mereka di set penggambaran drama Mukhlis terbitan Saphire Screen baru-baru ini.
"Mana ada kami bercinta. Tapi kalau bercinta dalam drama Mukhlis memang betul.
"Mungkin gosip ini timbul kerana ada pihak melihat kemesraan kami di set penggambaran tetapi semua itu sekadar mahu menghayati watak sahaja Saya harap dengan penjelasan ini tiada lagi cakap-cakap mengenai perhubungan kami," kata Elfaeza Ul Huq menafikan bercinta dengan Sharnaaz Ahmad.
Elfaeza Ul Huq Pakai Baju Raya
Elfaeza ditemui pada pelancaran koleksi baju raya terbaharu daripada pereka Azura Azwa di Rafflesia, Hotel Park Royal di sini, pada Khamis.
Drama Mukhlis arahan Faizal Loy akan disiarkan pada sambutan Aidilfitri nanti di saluran RTM.
Dalam pada itu aktres berkenaan bersama empat lagi selebriti baharu iaitu Fify Natasha, Reen Rahim, Mimie Ernida dan Ezzaty turut menggayakan baju Hari Raya rekaan adik beradik iaitu Azura dan Azwa.
"Saya bersyukur sangat apabila diberi peluang menggayakan rekaan terbaharu itu. Memandangkan saya masih lagi baru dalam dunia seni tempatan, ia sedikit sebanyak dapat memperkenalkan lagi nama saya kepada umum menerusi majlis ini," ujarnya.
Koleksi Baju Hari Raya Aidilfitri
Sementara itu, Azura, 29 tahun, berkata, koleksi Hari Raya pada kali ini lebih memberikan fokus gaya ‘retro’ moden.
"Kami mengambil inspirasi daripada seniwati Saloma yang memiliki ciri-ciri gaya klasik. Imej klasik itu kami memperkemaskan dengan rekaan moden menggunakan fabrik jenis ‘brocade’, sifon, ‘crepe’ dan sutera satin," kata Azura.
Bagi yang berminat untuk mendapatkan koleksi Hari Raya Azura Azwa boleh datang ke butik mereka Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) di sini atau layari Facebook label berkenaan. - Mstar Online






VIDEO ELFAEZA UL HUQ SEKSI MEMBUAT SENAMAN 

Mohd Rohaizad - Anda telah membaca serba sedikit tentang Elfaeza Ul Huq, adakah dia akan menjadi bintang popular di Malaysia? Drama-drama yang dilakonkan oleh Elfaeza Ul Huq juga mendapat respon yang baik oleh para peminat artis di sini. Walaubagaimanapun, kami mendoakan semoga Elfaeza Ul Huq berjaya dan sukses selalu dalam industri hiburan di Malaysia.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

BIODATA ELFAEZA UL HUQ | GAMBAR | GOSIP TERKINI By Mohd Rohaizad. Published: 5.7.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...