CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

BIODATA FIDA IBRAHIM | PROFIL | GOSIP TERKINI


Biodata Artis Fida Ibrahim | Profil | Gosip Terkini

Blog Hiburan Mohdrohaizad.com memilih Fida Ibrahim untuk mengisi maklumat dalam biodata artis kali ini. Apa yang menarik tentang Fida Ibrahim ini? Terkini Fida Ibrahim akan menyertai Akademi Fantasia, mampukah Fida Ibrahim melalui sebagai peserta dan memenangi Akademi Fantasia nanti? Malah Fida Ibrahim juga kembali solo setelah putus cinta dengan Mamat Sepah dan Zalif Sidek!


Biodata Profil Fida (Rafidah Ibrahim)

Nama Sebenar: Rafidah Ibrahim

Nama Komersial: Fida Ibrahim

Tarikh lahir: 4 Jun 1986

Asal: Kuala Lumpur

Pendidikan: Sijil PelajaranMalaysia (SPM)

Karier: Pelakon dan penyanyi

Drama: Kasih Alia, E-Toyol, Epilog Syurga Cinta, Cinta Tikar Sejadah

Filem: Adik Manja The Return, Kongsi, Man Sewel Datang KL

Pencapaian: Juara Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene 2007

Fida Ibrahim juga mempunyai hubungan persaudaraan dengan Datuk Siti Nurhaliza iaitu pangkat sepupu diantara mereka berdua.

Adakah Fida Ibrahim seksi? Terpulang bagi pendapat peminat.


Gosip Hangat: Fida Ibrahim Kembali Single Setelah Putus Cinta

Pelakon dan penyanyi (Gambar) Rafidah Ibrahim atau Fida mengakui telah berbaik-baik semula dengan bekas kekasihnya iaitu Mamat (Sepah) selepas mereka muncul dalam sebuah program Apa Saja FBI di TV9 baru-baru ini.

(Gambar) Fida Ibrahim, 27 tahun, bagaimanapun berkata, hubungan tersebut tidak lebih daripada sekadar rakan biasa dan dia tidak mahu mengingati peristiwa buruk yang pernah berlaku di antara mereka.

"Kami kembali berbaik selepas sama-sama muncul dalam sebuah program dan hubungan itu hanyalah sekadar teman biasa. Mamat sebenarnya bukanlah seorang yang jahat untuk saya musuhi atau jauhi.

"Apa yang telah berlaku sebelum ini saya tidak mahu lagi kenang dan ambil pengajaran daripadanya," jelasnya.


Fida Ibrahim - Mamat Sepah Hanya Kawan Biasa

Hubungan cinta Mamat Sepah dan Fida Ibrahim sebelum ini berakhir selepas pelawak tersebut dengan secara tidak sengaja telah memuat naik gambar Fida yang menampakkan sebahagian rambut ke akaun Facebook miliknya mengakibatkan ia terus tersebut tersebar luas di Internet.

Mamat dalam satu kenyataannya sebelum ini kesal dengan kesilapan itu kerana telah mencemar nama baik Fida yang tidak pernah mendedahkan rambutnya di khalayak.

Dalam pada itu, mengulas mengenai hubungannya dengan Zalif Sidek, Fida menjelaskan dia sudah tidak berhubung dengan pelakon itu lagi dan hubungan rapat yang terjalin selama tiga bulan sebelum ini telah pun berakhir.

Fida Ibrahim - Zalif Sudah Tiada Hubungan Cinta

Jelas Fida, dia mengundurkan diri kerana tidak mahu terus disalah anggap sebagai pihak ketiga ekoran seorang wanita mendakwa sebagai kekasih Zalif sebelum ini.

"Saya sudi untuk berkawan dan mengenali hati budi Zalif sebelum ini kerana tahu dia tidak mempunyai sesiapa dan tidak sangka ada pula pihak yang mendakwa sebagai kekasih Zalif.

"Atas sebab itu juga saya undur diri supaya keadaan tidak menjadi keruh pada masa akan datang," katanya.

Dalam perkembangan sama, Fida Ibrahim berkata, buat masa ini dia tidak mahu memikirkan soal cinta kerana ingin memberikan tumpuan kepada kerjaya lakonan dan nyanyian yang sedang berkembang. - Mstar.


VIDEO MUZIK LAGU FIDA IBRAHIM FEAT AC MIZAL - APO KONA EH JANG

Mohd Rohaizad - Begitulah maklumat ringkas tentang biodata profile Fida Ibrahim. Mungkin jodoh Fida Ibrahim belum sampai lagi setelah putus cinta dengan Mamat Sepah dan Zalif. Selepas ini Fida Ibrahim akan menjadi salah seorang peserta Akademi Fantasia. Adakah Fida Ibrahim dapat mencabar peserta lain dan seterusnya menjadi juara Akademi Fantasia terbaru nanti?

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

BIODATA FIDA IBRAHIM | PROFIL | GOSIP TERKINI By Mohd Rohaizad. Published: 19.7.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...