CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

BIODATA HANEZ SURAYA | PROFIL | GOSIP TERKINI


Biodata Hanez Suraya | Profil | Gosip Terkini

Blog Hiburan Mohdrohaizad.com kali ini menampilkan Hanez Suraya menghiasi biodata profil di dalam blog ini. Hanez Suraya merupakan artis Melayu yang serba boleh dan mulai hangat dengan kontroversi percintaannya yang dikatakan telah putus di tengah jalan. Siapa bekas kekasihnya? Tentulah Awi Rafael yang telah digosipkan dengan banyak artis selebriti wanita yang lain. Baiklah, dibawah merupakan serba sedikit tentang maklumat Hanez Suraya dan gosip cerita terbarunya.



Biodata Profile Hanez Suraya

Nama penuh : Hanez Suraya Abd Aziz

Nama komersial : Hanez Suraya

Umur : 28 tahun (2013)

Tarikh lahir : 22 Ogos 1985

Berasal dari : Kuala Lumpur

Pendidikan : Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) & Belajar separuh jalan di Stamford College, Petaling Jaya.

Kerjaya : Sebagai Pelakon Sepenuh Masa

Kekasih: Awi Rafael (Bekas), Syed Ali (Bekas)

Lakonan Filem / Drama : 3 Janji , Suri, Dalam Hati Ada Taman (DHAT), Sedetik Cinta (TV3 - 2013), Autumn Di Hatiku & lain-lain lagi.

Lakonan Filem : Bicara Hati & lain-lain lagi. 


Hanez Suraya Akui Pernah Liar Suatu Ketika Dahulu


Gosip Hangat Terkini Hanez Suraya

Pelakon Hanez Suraya mengakui masih gagal untuk melupakan bekas kekasihnya, penyanyi (Gambar Artis) Awi Rafael biarpun hampir sebulan hubungan cinta mereka berakhir.

(Gambar Artis) Hanez Suraya, 28 tahun, berkata, dia kini dalam proses memulihkan kembali semangatnya selain berusaha untuk menyesuaikan hidup bersendirian.



“Susah untuk melupakan dia kerana saya benar-benar sayangkan dia, namun saya perlu terima keputusan ini.

“Sebelum buat keputusan untuk putus hubungan, kami sudah berpisah lama dan dalam tempoh sebulan itu kami cuba untuk perbaiki hubungan tersebut tetapi gagal,” kata Hanez Suraya yang turut menafikan kehadiran atau campur tangan orang ketiga dalam hubungan mereka. - Sinar Harian.




VIDEO UCAPAN HANEZ SURAYA KEPADA PARA PEMINAT

Mohd Rohaizad - Begitulah kisah tentang maklumat biodata/profil Hanez Suraya secara ringkas yang masih tidak dapat melupakan bekas kekasihnya Awi Rafael. Apa yang istimewanya tentang Awi Rafael ini? Apa yang telah mereka lakukan sehingga Hanez Suraya seperti gila angau kepadanya. Malah Shila Amzah pun pernah dikaitkan dengan Awi Rafael. Hebat kan?

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

BIODATA HANEZ SURAYA | PROFIL | GOSIP TERKINI By Mohd Rohaizad. Published: 7.7.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...