CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

BIODATA HAZAMA AF9 | PROFIL | GOSIP TERKINI


Biodata Hazama Af9 | Profil | Gosip Terkini

Blog Hiburan Mohdrohaizad.com kali ini memaparkan maklumat biodata profil bintang Akademi Fantasia 9 iaitu (Gambar Artis) Hazama yang juga merupakan bekas juara AF9. Lama kita tidak dengar cerita terbaru tentang Hazama. Tidak lama lagi Akademi Fantasia akan mengegar kembali lagi ke udara. Penulis ingat Akademi Fantasia ini sudah tamat sepenuhnya. Dibawah juga dipetik gosip terkini Hazama yang dikatakan POYO! Betul ke Hazama ini poyo?




Nama Sebenar: Hazama Bin Ahmad Azmi

Nama Artis: Hazama

Tempat Asal: Keramat, Kuala Lumpur

Umur: 27 tahun

Pekerjaan: Artis, Model, Penyanyi, Pelajar UUM

Berikan Perkara menarik tentang Hazama:

Seorang yang peramah, ceria, kadang-kadang banyak cakap, senyum, pemarah dan nakal.

Perkara yang Hazama pernah buat, tetapi orang lain tidak?

Masa belum cukup matang dulu saya suka buat benda-benda yang pelik-pelik. Tapi sekarang ni saya ikut je apa yang berlaku di sekeliling saya.

Jika Hazama diberi peluang berduet dengan artis luar negara, siapakah artis itu dan mengapa?

Once (Dewa), sebab saya minat sangat dengan Once.

Pengalaman Hazama menyanyi sebelum memasuki Akademi Fantasia?

Pernah menyanyi menyanyi hampir seluruh Malaysia sebab saya dapat sertai program Gempak Desa yang di anjurkan oleh Astro..

Kenapa anda menyertai Akademi Fantasia?

Saya ingin sertai AF kali ini sebab Amy search dan kali ni AF yang terakhir. Jadi, mungkin saya takkan dapat peluang untuk masuk AF lagi.

Jika Hazama tidak dapat menyertai Akademi Fantasia 9 ini, siapakah anda sekarang?

Saya masih menyanyi untuk Astro dan mungkin masih menyanyi dengan Meet Uncle Hussein sebagai penyanyi sementara..

Gosip Terkini: Hazama Poyo?

Penyanyi yang sedang popular dengan lagu ‘Relakan Jiwa’, Hazama Ahmad Azmi menjelaskan dia kurang gemar jika ada orang melabelkan dirinya sebagai ‘poyo’.

“Sebelum ini pernah timbul isu orang mengatakan saya ‘poyo’. Mungkin timbul salah anggap dengan sikap saya yang selalu berlawak dan gembira ketika di atas pentas sebagai sesuatu yang ‘poyo,” jelas Hazama yang merupakan juara Akademi Fantasia 9.

“Kita mahu berhibur sahaja, mungkin kita harus bersikap ‘poyo’ di atas pentas. Kadang-kadang terpaksa ‘poyo’ atas pentas kalau itu membuatkan sesetengah orang gembira. Apabila timbulnya perkara ini, maka dengan sebab itulah keluarnya lagu dan album ‘Penglipur Lara’ ini,” jelas Hazama ketika ditemui di ‘showcase’ dan majlis pelancaran album pertamanya yang berjudul ‘Penglipur Lara’ di Auditorium Muzik Bentley, Damansara baru-baru ini.

Album Hazama - Pop Rock

Album pertama Hazama ini mengandungi sembilan buah lagu dan menampilkan konsep yang begitu sebati dengan diri Hazama iaitu Pop Rock. Album ini menampilkan hasil nukilan komposer dan penulis lirik terkemuka tanah air seperti Audi Mok, Omar K, Manusia Putih, Cat Farish dan Mike Chan. Apa yang istimewanya mengenai album ini, Hazama juga tampil dengan sebuah lagu yang dicipta sepenuhnya olehnya yang berjudul ‘Dengarlah’.

“Setelah sekian lama berkecimpung dalam arena seni tanah air, penantian saya selama tujuh tahun untuk memiliki album sendiri akhirnya tamat. Akhirnya sempurna juga hasrat saya untuk mempunyai album solo sendiri. Setinggi-tinggi penghargaan saya hulurkan buat pihak pengurusan, para komposer dan penulis lirik yang menjayakan album ini. Jutaan terima kasih juga saya ucapkan kepada keluarga dan ‘Hazama Recruits’ yang tidak henti-henti memberikan sokongan moral kepada saya dari dulu hingga kini,” jelas Hazama yang pernah muncul dalam filem ‘Apa Celop Toqq’.

Kisah Cinta Hazama

Mengulas mengenai hubungan cintanya, Hazama menjelaskan yang hubungannya bersama si dia masih lagi berjalan seperti biasa namun buat masa ini, Hazama ingin menumpukan fokusnya dalam membina lapangan kerjaya dalam bidang seni.

“Kami masih seperti biasa dan saya bertuah kerana dia sangat memahami saya. Saya masih belum memikirkan lagi soal perkahwinan. Kini, biarlah saya menumpukan sepenuh perhatian kepada perjalanan kerjaya saya,” jelas Hazama yang bakal berlakon dalan filem terbitan Excellent Pictures yang berjudul ‘Hantu Nan Sempit’ di samping aktor Sofi Jikan. - Portal Gua.com.my




VIDEO MUZIK HAZAMA - AKU MAU DIA (OST. APA CELOP TOQQ)

Mohd Rohaizad - Begitulah serba sedikit maklumat biodata profil tentang bekas juara Akademi Fantasia 9 iaitu Hazama. Hazama masih lagi belajar di UUM sambil itu bernyanyi di masa lapangnya. Tentang gosip Hazama poyo itu hanyalah khabar angin mungkin ketika ada yang tidak tahu perangai Hazama yang sememangnya ala happy go lucky.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

BIODATA HAZAMA AF9 | PROFIL | GOSIP TERKINI By Mohd Rohaizad. Published: 6.7.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...