CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

BIODATA KAKA AZRAFF | PROFIL | GOSIP TERKINI


Biodata Profile Kaka Azraff dan Gosip Terkini

Blog Hiburan Mohdrohaizad.com kali ini memilih Kaka Azraff sebagai termasuk dalam senarai biodata profil artis. Siapa Kaka Azraff? Disini akan memaparkan cerita terbaru dan maklumat peribadi Kaka Azraff secara ringkas buat tatapan para peminatnya.


Nama Penuh: Nor Atiqa Noor Azraff

Umur: 24 Tahun (2013)


Mula menyanyi pada umur 8 tahun

Single Terbaru: Terpulanglah, Infiniti Cinta, Bawaku Pergi (Feat Zizan Raja Lawak

Hubungan Keluarga: Kaka Azraff ada kaitan pertalian saudara mara dengan penyanyi Rock Terkenal iaitu ibu saudara Ella Ratu Rock Malaysia.





Trivia Tentang Kaka Azraff

Dari mana datangnya nama Kaka...
Kaka adalah panggilan ibu untuk Kaka sejak kecil lagi

Tabiat buruk anda...
Suka cabut rambut

Mudah tertarik dengan lelaki yang bagaimana...
Hmmmm, berkening lebat

Warna kegemaran dan mengapa...
Kaka suka warna kelabu kerana ia buat sejuk mata memandang. Entahlah, bagi orang lain mungkin biru tapi bagi Kaka kelabu sangat mendamaikan.

Barangan paling berharga...
Album Whitesnake pemberian ayah ketika Kaka berusia tiga tahun yang masih disimpan.

Perkataan yang disebut setiap hari?
You niiiiiii...

Individu yang memberi inspirasi...
Emak kerana dia ibu tunggal yang membesarkan empat anaknya dengan gigih sejak kematian ayah.

Nyatakan diri anda secara ringkas...
Kelakar, suka buat lawak dan suka gelak.


Gosip Hangat Terkini: Kaka Azraff Kembali Solo

Selepas tampil dengan dua buah lagu duet bersama Zizan Razak, ‘Infiniti Cinta’ dan ‘Bawaku Pergi’, penyanyi (Gambar) Kaka Azraff kini bakal muncul dengan single solo pertamanya berjudul ‘Terpulanglah’. Menurut Kaka, selain tampil solo, single ini juga turut menampilkan kelainan di mana dia mempertaruhkan lagu berentak Balada R&B untuk single terbarunya itu.

“Alhamdulillah, single terbaru Kaka hampir siap dan semestinya Kaka rasa begitu teruja menanti single solo pertama ini. Bulan Ramadan ini Kaka akan melakukan proses terakhir dan insyaAllah, jika tiada aral, single ini akan dikeluarkan selepas Aidilfitri nanti,” ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.

Single ini mula dihasilkan dari awal tahun lagi di mana Kaka Azraff turut sama memberi idea untuk penghasilan melodi. Kaka ambil masa agak lama juga untuk menyiapkan single ini sebab mahukan yang terbaik untuk penampilan solo pertama,” ujar Kaka.

Kaka Azraff - Muzikal Raya

Berkongsi mengenai aktiviti bulan Ramadan, pemilik nama (Gambar Foto) Nor Atiqa Noor Azraff ini memberitahu akan menjalani penggambaran muzik video ‘Infiniti Cinta’.  Selain itu, Kaka juga banyak memenuhi undangan majlis berbuka puasa serta rakaman program Raya.

“Selain undangan berbuka puasa, Kaka juga akan terlibat dengan sebuah program muzikal Raya untuk RTM. Ramadan kali ini juga lebih istimewa apabila Kaka akan berbuka puasa bersama kelab peminat Kaka, ‘Kaka Azraff Team’,” ujar Kaka yang bakal menyambut Aidilfitri di Klang, Selangor. - Portal Gua.


VIDEO MUZIK KAKA AZRAFF FEAT ZIZAN RAZAK LIVE TERENGGANU

Mohd Rohaizad suka dengar lagu Kaka Azraff, Bawaku Pergi.. Masa tersebut popular dengan kes kejadian anak gadis Malaysia dibawa lari ke Lombok memang heboh juga kan? Selepas ini Kaka Azraff akan mengeluar single terbaru, tiada duet dengan mana-mana artis, hanya solo iaitu lagu Terpulanglah. Bagaimana agaknya lagu tersebut? Sama-sama kita nantikan selepas raya!

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

BIODATA KAKA AZRAFF | PROFIL | GOSIP TERKINI By Mohd Rohaizad. Published: 17.7.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...