CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

BIODATA KUMPULAN SLEEQ | PROFIL | GOSIP TERKINI


Biodata Kumpulan Sleeq | Profile | Gosip Terkini

Blog Hiburan Mohdrohaizad.com memilih kumpulan Sleeq untuk dipaparkan maklumat biodata profil mereka di sini. Apa yang menariknya kumpulan Sleeq? Mereka merupakan artis Melayu Singapura yang memang sudah bertahun-tahun terlibat dalam industri hiburan di tanah air mereka mahupun di Malaysia. Setelah kukuh bertapak di Malaysia, kumpulan Sleeq bakal mengikut jejak selebriti popular Aaron Aziz untuk menetap di Malaysia.



Biodata Alyph Abdullah - Sleeq

Nama : Alyph Abdullah
Tarikh Lahir : 21 September 1989
Kelulusan: Temasek Polytechnic, Diploma in Product Industrial Design
Pengaruh Muzik :
Usher, B2K, Michael Jackson, Craig David, Scott Storch, Chris Brown, Ne-yo, Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah, Beyonce, Destiny's Child, P Diddy, Fabolous, Kanye West, Timbaland, Justin Timberlake, DarkChild, Janet Jackson.

Bioadata Syarif Ahmad - Sleeq

Nama : Ahmad Syarifullah Ahmad Soribah
Tarikh Lahir : 9 November 1989
Kelulusan: Temasek Polytechnic, Diploma in Communication and Media Management
Pengaruh Muzik :
Usher, B2K, Michael Jackson, Craig David, Scott Storch, Chris Brown, Ne-yo, Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah, Beyonce, Destiny's Child, P Diddy, Fabolous, Kanye West, Timbaland, Justin Timberlake, DarkChild, Janet Jackson.

Tentang Kumpulan Sleeq

Kumpulan yang ditubuhkan pada tahun 2005 ini telah diasaskan oleh sepupu bersaudara Syarif Soribah dan Alyph Abdullah. Mahu dikenali sebagai kumpulan yang mempertaruhkan irama hip-hop dan menjadi penghibur yang disegani di Singapura. Disamping itu, Sleeq pernah melancarkan album EP bertajuk Q pada tahun 2007. Kumpulan yang pernah tercalon pada Anugerah Planet Muzik 2007 & 2008 ini menjadikan ritma Michael Jackson, JayZ dan Craig David sebagai kompas mereka didalam industri muzik serantau.

Sleeq mengeluarkan album penuh mereka berjudul Classiq pada 2009. Album yang mengandungi 13 buah lagu (9 lagu Melayu dan 4 lagu English). 12 lagu adalah lagu ciptaan mereka sendiri dan satu lagu yang terkandung didalam adalah dari komposer Indonesia berjudul “Kau Buat Aku”. Sebelum album ini dipasarkan telah banyak lagu-lagu telah mendapat tempat di radio tempatan Singapura, antaranya ialah Pilihan Aku, Cun Saja, Sembunyi dan Moviestar.



Album Kumpulan Sleeq

Album ini berkonsepkan Pop, R&B dan Hip Hop Muzik, kerana bagi mereka konsep ini lebih dekat dengan mereka dan sedang bagi mereka untuk menghayatinya. Tambahan juga, muzik sebegini mudah diterima oleh pendengar-pendengar di Singapura dan Malaysia.

Bagi Sleeq, penghasilan album Classiq amat rumit kerana mereka terpaksa membahagikan masa antara pelajaran dan rakaman album ini. Namun begitu mereka amat terharu kerana mendapat sokongan yang tidak berbelah bagi dari Ibu dan ayah, keluarga dan rakan-rakan. Pihak media turut menjadi perangsang agar album ini dihasilkan dengan penuh berkualiti. Ucapan terima kasih didedikasikan buat mereka. Dan yang terakhir tentunya ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat peminat-peminat Sleeq, doa dan sokongan dari mereka amat dihargai.

Judul lagu lain yang terkandung didalam album ini ialah Classiq, Untuk Dia, Kau Buat Aku, Firework, Mabuk, My Spy, Tanya Nama, Ain’t About Later, Terima Kasih Sayang dan Selamat Malam.

Pencapaian Terbaik Kumpulan Sleeq

1. Pilihlah Aku, #4 on RIA 89.7FM top 20 charts
2. Theme song for RIA 89.7FM, Hanging with Fiza
3. Masanya (2nd single), #1 on RIA 89.7FM top 20 charts for 4 weeks, stayed in the charts for 40 weeks
4. Masanya, earned #8 spot for Top Song of the Year 2007 for RIA 89.7FM
5. Almost, But entered 98.7FM top chart and stayed there for a month
6. Hiccups (2nd single), #1 local English song on Front, Arts Central, Arts TV Magazine
7. #4 for 98.7FM award, Best Local Act 2007
8. #3 for Almost, But 98.7FM award, Most Popular Song for 2007
9. Performed for Rihanna’s album launch at St James Powerhouse, 98.7FM
10. Performed for Black Eye Pea rap battle competition, 98.7FM
11. Performed for 2007 Countdown Party, Downtown East
12. Performed at Anugerah Planet Musik 2007, Singapore
13. Performed for President’s Challenge 2007
14. Performed at Esplanade Powerhouse
15. Released first EP, In The Q June 2007
16. Acted in Project Cerpen 2008
17. Performed for KRU 16th Anniversary Party as international act, RUUMS KL, 25thJuly2008
18. Performed for Hari Raya @ the City, Taman Warisan
19. Featured as role model for youth in Untukmu, Suria Channel
20. Performed Rentak Singapura, RIA89.7FM & Warna94.2FM
21. Hiccups, 2nd English single from 1st album, currently playing at Bali #1 radio stations, 94.5FM CDBS Bali.
22. Performed for Nike Human Race 31stJuly2008


Kumpulan Sleeq Menetap Di Malaysia

Kumpulan Sleeq yang berasal dari Singapura bakal menetap di Malaysia selepas Hari Raya Aidilfitri ini.

“Sekarang ini, kiranya saya sudah 80 peratus di Malaysia, cuma Alyph sahaja yang berulang- alik Singapura Malaysia kerana dia masih dalam latihan khidmat negara,” ujar salah seorang anggotanya Syarif Sleeq atau nama sebenarnya (Gambar) Ahmad Syarifullah Ahmad Soribah.

Selepas Aidilfitri ini juga, Sleeq bakal mengeluarkan album mereka dan mengadakan jelajah ke universiti tempatan.

Selain itu, Sleeq bakal mula menjalani penggambaran Khamis ini bagi sebuah drama yang mengisahkan perjalanan hidup Sleeq berjudul Sleeq and Friends terbitan Excellent Pictures.

Syarif Sleeq Berlakon Drama Suhan Movies

Sementara itu, buat pertama kalinya, Syarif bakal tampil dalam drama tempatan berjudul Sahabat terbitan Suhan Movies.

Syarif akui gementar pada hari pertama penggambaran meskipun sudah hampir lima tahun menceburi bidang lakonan di  negara kelahirannya.

Sebelum membuat keputusan menerima tawaran itu, Syarif sempat meminta pendapat dari pelakon, Aaron Aziz yang juga pemilik syarikat yang menaunginya.

“Walaupun di Singapura saya sudah menceburi bidang lakonan sejak lima tahun lalu tapi saya tetap rasa gementar kerana cara bekerja produksi di Malaysia berbeza.

“Saya tanya Aaron, tak terlalu cepat ke untuk berlakon? Sebab saya nak kukuhkan diri sebagai pemuzik dulu tapi Aaron Aziz kata cuba saja. Jadi, saya pun cuba dan Alhamdulillah selepas ‘casting’ saya diterima berlakon,” katanya yang memegang watak sebagai Shaq, seorang remaja dari Singapura. - SinarHarian


VIDEO KUMPULAN SLEEQ - AARON AZIZ - SALAM SEMUA

Mohd Rohaizad - Penulis telah memaparkan maklumat biodata profile kumpulan Sleeq secara ringkas kepada para peminat mereka. Diharap kumpulan Sleeq berjaya dan maju di dalam industri hiburan Malaysia.  Kepada Syarif Sleeq, kami tak sabar nak tengok lakonan anda! Abang Aaron Aziz mesti telah ajar rahsia berlakon kan?

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

BIODATA KUMPULAN SLEEQ | PROFIL | GOSIP TERKINI By Mohd Rohaizad. Published: 9.7.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...