CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

BIODATA SHARIFAH ALEYA PROFILE GOSIP TERKINI


Biodata Sharifah Aleya Profile dan Gosip Artis Terkini.

Blog hiburan Mohdrohaizad.com memilih Sharifah Aleya untuk mengisi biodata artis kali ini, Sharifah Aleya sudah bertudung lama menjanda dan teringin untuk berkahwin bernikah lagi, siapa yang sudi menjadi calon suaminya? Tiada gosip terkini mengenai lelaki yang dapat menawan hati janda anak dua ini, DJ Aleya tabah menghadapi cabaran hidup keseorangan tanpa lelaki bernama suami disisinya. Kami mendoakan kebahagiaan Aleya dan semoga bertemu jodoh yang sesuai dan terbaik buat dirinya.

Sharifah Aleya Pakai Tudung Bertudung Hijab

Profil Biodata Sharifah Aleya

(Foto) Sharifah Aleya binti Syed Zainal Rashid Al Yahya merupakan seorang pengacara TV, penyampai radio dan juga aktres Malaysia berbangsa Melayu yang memulakan karier sejak berusia 12 tahun ketika mengacarakan rancangan Golden Teen Stuff di TV2 dan kemudiannya program Chicky Hour di TV3 sejak 1998. Pada tahun 2002 beliau muncul dalam filem Idola arahan Aziz M. Osman dengan memberikan lakonan berkesan sebagai remaja yang fanatik terhadap artis pujaan. Lakonannya menerima pengiktirafan sebagai Pelakon Harapan di Anugerah Skrin 2003.

Karier lakonan Aleya sangat cemerlang ketika usia remaja hinggakan beliau diiktiraf sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (FFM) menerusi watak Nurul Nadia dalam filem Trauma pada tahun 2004 ketika berusia 21 tahun. Namun karier lakonannya di layar perak sedikit tenggelam akibat persaingan dengan aktres remaja lain biarpun muncul dalam filem-filem hebat antaranya Man Laksa dan Pontianak Harum Sundal Malam. Sejak itu Aleya menumpukan karier pengacaraan menerusi rancangan bual bicara Selamba Serius bersama adiknya, Sharifah Amani dan sekali lagi bergandingan dalam program Latido di TV9. Aleya pernah mengacarakan program realiti Malaysian Idol musim pertama pada tahun 2004 bersama Soo Koi Jien serta The Breakfast Show di ntv7.

Sharifah Aleya Seksi Hot Janda Meletop

Amukan Puaka pada tahun 2003 merupakan debut Aleya di TV dan juga VCD selain muncul dalam drama Chulia Street, Prahara dan juga berlakon dalam sitkom Kopikau bersama adik beradik Ngasri. Lakonan komedi Aleya menerima pujian hingga dicalonkan untuk kategori Pelakon Komedi TV Wanita Terbaik di Anugerah Seri Angkasa 2005 bersama aktres komedi hebat yang lain seperti Sheila Rusly & Nik Sayyidah Fatihah. Di dunia teater beliau juga tidak mengecewakan apabila pernah muncul dalam teater Man For All Seasons yang melayakkan beliau dicalonkan di Anugerah Boh Cameronion 2005 untuk kategori Ensembel Pelakon Terbaik. Pada tahun 2011 beliau muncul dalam teater Terima Kasih Cinta.

Beliau kini popular sebagai juruhebah radio apabila berkhidmat di stesen radio Hot Fm sejak 2006. dan telah 4 kali dicalonkan untuk kategori Pengacara Radio Wanita Popular (ABPBH) di Anugerah Bintang Popular Berita Harian edisi 2006, 2008, 2009 dan 2010.

Keluarga Sharifah Aleya

Keluarga Sharifah Aleya (Majlis Perkahwinan)

Beliau dan Ashraf Aasimuddin pemain drum kumpulan Pretty Ugly telah diijabkabulkan di satu majlis yang yang diadakan di Masjid Al-Mukharammah, Bandar Sri Damansara, Kuala Lumpur. Mas kahwin sebanyak RM101 pada 9 Disember 2007. Aleya turut menerima wang hantaran sebanyak RM10,101 dalam majlis yang cukup sederhana tetapi amat meriah dengan kehadiran para wartawan.

Seperti yang ramai maklum, Aleya merupakan anak sulung daripada 4 beradik kepada aktres hebat 80an Fatimah Abu Bakar dan pelukis Syed Zainal Rashid Al Yahya dan juga kakak sulung kepada 3 orang adiknya yang semuanya juga bergelar aktres. Adiknya yang paling berjaya di layar perak ialah (Gambar) Sharifah Amani manakala dua lagi adiknya ialah Sharifah Aryana dan Sharifah Aleesya. Mereka sekeluarga membesar di Bangsar, Kuala Lumpur.

Leya telah selamat melahirkan bayi kembar perempuan pada jam 11.46 pagi di sebuah hospital kerajaan pada 26 Jun 2009. Bayi kembar itu dinamakan (Foto) Aza Ameena Muhd Ashraf dan Asha Ameena Muhd Ashraf.

Sharifah Aleya Seksi Hot Artis

Filem-Filem Lakonan Sharifah Aleya
  • Mimpi Moon (2000)
  • Idola (2002)
  • Diari Romeo (2003)
  • Trauma (2004)
  • Pontianak Harum Sundal Malam (2004)
  • Man Laksa (2006)
  • Mukhsin (2007)
  • Susuk (2008)
  • Magika (2010)
Sharifah Aleya Bercerai

Sharifah Aleya Bercerai Terkini Bukan Janda Sebarangan

Bagi sesetengah wanita, status ibu tunggal bukanlah satu status yang mudah dipikul. Apatah lagi apabila terpaksa membesarkan anak-anak yang masih kecil sendirian.

Namun bagi pelakon dan penyampai radio terkenal, (Gambar) Sharifah Aleya Syed Zainal Rashid Al Yahya atau Leya, sejak bercerai dengan (Gambar) Muhammad Ashraf Aasimudin tahun lalu, dia tidak merasakan dirinya adalah ibu tunggal.

“Saya masih ada ibu dan ayah, serta adik-beradik dan kawan-kawan yang sentiasa bersama-sama saya membesarkan anak saya dan saya tidak rasa kesusahannya.

“Harus akui, saya antara wanita yang bertuah berbanding kebanyakan ibu tunggal lain kerana masih mempunyai hubungan yang baik dengan bekas suami. Anak-anak juga tidak pernah kekurangan kasih sayang kerana bapa mereka sentiasa di samping bahkan disayangi setiap orang di sekeliling kami,” ujar Aleya ketika ditemui dalam majlis berbuka puasa anjuran TV9 baru-baru ini.

Anak-Anak Sharifah Aleya

Anak-Anak Sharifah Aleya Bukan Bebanan

Berbicara mengenai anak kembarnya itu, Aza Ameena dan Asha Ameena, 4 tahun, dia tidak pernah merasakan membesarkan anaknya itu sebagai satu bebanan.

“Anak-anak adalah sebahagian daripada diri saya dan menjadi rutin saya untuk menjaga mereka.

“Lagipun, saya perlu ingat ada orang yang lebih susah dan besar cabarannya dalam membesarkan anak-anak,” katanya. Blog mohdrohaizad.com amat bersetuju dengan kenyataan Aleya.

Berkongsi pengalaman membesarkan anak kembar, Leya berkata, dia seboleh-bolehnya tidak mahu membezakan anak-anaknya termasuklah dari segi pemakaian.

“Kalau berbeza pun cuma corak saja kerana saya tidak mahu dipersoalkan bila mereka besar nanti.

“Contohnya jika mereka lihat gambar masa kecil, salah seorang pasti akan terasa hati jika salah seorang daripada mereka bajunya lebih glamor berlabuci dan seorang lagi tidak. Jadi, saya pastikan layanan untuk anak sama rata, tiada lebih dan tiada kurang,” katanya.

Sharifah Aleya Ingin Berkahwin Lagi

Sharifah Aleya Seksi Hot Artis Ingin Berkahwin Lagi

Terlanjur berbicara tentang kehidupan peribadi, Leya tidak terlepas daripada ditanya mengenai teman pengganti untuk menjadi ayah kepada anak-anaknya.

“Anak-anak saya tetap mendapat kasih-sayang seorang ayah, walaupun kami telah berpisah. Ashraf sering datang melawat dan menghabiskan masa dengan anak-anak.

“Buat masa ini saya tidak dapat berkongsi cerita tentang jejaka yang berada di dalam hati ini. Cukuplah saya katakan, keluarga dan kawan-kawan sudah maklum tentang kami. Sebagai seorang wanita, tidak mungkin saya tidak ingin berkahwin dan dapatkan anak lagi,” jelasnya.

Sempena Aidilfitri nanti, wajah Leya juga boleh disaksikan menerusi program Akustika Raya Datuk Siti Nurhaliza siaran Hot TV.

“Setiap kali dapat menemu bual Datuk Siti, ia satu pengalaman yang menyeronokkan. Saya selalu buat cerita sedih tidak pernah dapat menemu bualnya walaupun sebenarnya sudah selalu juga,” katanya yang mengajukan soalan mengenai ponteng puasa kepada Siti. - Sinarharian.

Anda Ingin Mengikuti Profile Sharifah Aleya Di Facebook / Twitter / Keek / Instagram




VIDEO SHARIFAH ALEYA DAN SHARIFAH AMANI SEMPENA HARI RAYA

+Mohd Rohaizad mendoakan semoga +Sharifah Aleya bertemu jodoh yang baik dalam mencari calon suami. Tidak usah Sharifah Aleya menjanda lama-lama, bak kata Aleya, dia bukannya ibu tunggal untuk menunjukkan Aleya seorang wanita yang sabar dan tabah dalam menghadapi dugaan dan cabaran sepanjang bergelar anak seni. Begitulah Aleya secara ringkas bagi yang ingin mengenali siapa Sharifah Aleya melalui maklumat biodata profilenya. #Janda

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

BIODATA SHARIFAH ALEYA PROFILE GOSIP TERKINI By Mohd Rohaizad. Published: 30.7.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...