CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

BIODATA TALHA HARITH | PROFIL | GOSIP TERKINI


Biodata Talha Harith | Profil | Gosip Terkini

Blog Hiburan Mohdrohaizad.com memilih Talha Harith sebagai menghiasi laman biodata artis yang terkenal sebagai aktor dalam bidang lakonan. Nama Talha Harith mulai mendapat perhatian dan menjadi bualan mulut terutamanya kepada para peminatnya di Talha Harith FC. Baiklah, dibawah merupakan biodata profil dan gosip terkini mengenai Talha Harith secara ringkas. Diharap anda semua terhibur mengenali Talha Harith.


Nama Sebenar : Talha Amir Harith

Nama Artis: Talha Harith

Tarikh Lahir : 11 Februari 1982

Umur: 31 Tahun (2013)

Asal : Johor Bahru.

Drama Lakonan Talha Harith :

Gemilang (TV3), Cik Ah Cik Nin (Prima), Keranamu Laila (TV3), Langit Semalam (RTM), Juvana (TV3), Galau (TV2), Tudung Ekspress (Prima), Habil Dan Qabil, Putera Siput, Iktikad Ahad (TV3), Cinta Elysa (TV3)

Promo: Saksikan Tanah Kubur ( siri 2 ) setiap Jumaat 7.30 malam saluran 106 Astro oasis




Jika anda berminat untuk menghubungi Talha Harith, sila email ke: talhaamir2@gmail.com



Gosip Hangat Terkini: Talha Harith Tutup Restoran Kerana Kawan Khianat?

Pelakon (Gambar Artis) Talha Harith yang mengusahakan restoran Port Bistro mengakui terpaksa menutup perniagaannya itu ekoran dikhianati seorang individu.

Bagaimanapun, Talha Harith, 31 tahun, berkata, penutupan itu hanyalah sementara bagi mencari lokasi restoran yang baharu.

"Ya restoran saya tutup sementara sejak awal bulan lalu kerana masih mencari tempat baru, dah jumpa tempat tapi lokasi pula tidak strategik.

"Saya malas nak cerita fasal kenapa ia ditutup cuma apa yang saya katakan ia adalah kerana seorang hamba Allah yang dengki dengan saya. Saya pun malas nak kecoh-kecoh pasal perkara ini," katanya kepada mStar Online, di sini, Ahad.

Cawangan Restoran Talha Harith Masih Buka

Talha berkata, restoran yang berkonsepkan kafe bistro ini dibuka sejak Oktober tahun lalu di Jalan Genting Kelang, Setapak dan mendapat sambutan yang menggalakkan.

"Saya jalankan operasi restoran ini hampir setahun, saya ada kawan yang bertindak membantu dalam segala hal operasi restoran ini.

"Ini kerana saya banyak fokus pada bidang lakonan dan kalau ada kelapangan atau selepas shooting barulah saya ada di kedai," katanya.

Tambahnya, ia menganggap perkara tersebut merupakan ujian dan risiko dalam menjalankan sebuah perniagaan.

Drama Menjinak Ombak - Terbaru Talha Harith

"Yang tutup adalah restoran Port Bistro tapi saya masih ada lagi tiga cawangan yang berkonsepkan gerai masih beroperasi di sekitar Taman Dagang dan Bandar Baru Ampang.

"InsyaAllah saya yakin dalam masa terdekat restoran tersebut akan beroperasi semula," katanya.

Dalam perkembangan lain, Talha sedang menjalani penggambaran drama Menjinak Ombak untuk slot Zehra di TV3. - MStar Online



VIDEO KONTROVERSI TALHA HARITH - FAKE FACEBOOK

Mohd Rohaizad - Begitulah maklumat biodata profil Talha Harith secara ringkas. Wah! Talha harith bukan sekadar aktor tetapi juga anak Melayu Serba Boleh dalam perniagaan makanan! Mengenai cerita tentang restorannya yang ditutup gara-gara kawan khianat, kami berharap Talha Harith banyakkan bersabar dengan dugaan yang menimpa. Penulis hanya boleh nasihatkan Talha Harith berhati-hati dengan rakan sendiri, banyak yang cuba hendak mengambil kesempatan. Terkini Talha Harith akan keluar dalam Drama Menjinak Ombak, jangan lupa saksikan di TV3 dalam slot Zehra. 

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

BIODATA TALHA HARITH | PROFIL | GOSIP TERKINI By Mohd Rohaizad. Published: 8.7.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...