CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

BISKUT ELLA COOKIES - SEDAP & BERKHASIAT


Terkini Ella Cookie Keluar Biskut Yang Sedap dan Berkhasiat!

Blog Hiburan Mohdrohaizad.com dikhabarkan mengenai perniagaan biskut Ella Cookies yang dikatakan sedap dan berkhasiat untuk pelanggan dan peminatnya! Wah! Ella pun dah pandai berniaga, malah pandai juga membuat kuih dan biskut. Bukan sempena bulan Ramadhan sahaja yang biskut Ella dijual tetapi akan dikembangkan lagi selepas hari raya Aidilfitri nanti! Jika sedap dan berkhasiat kenapa tidak kita support bisnes Ella Cookies kan?


Perniagaan Biskut Kesihatan Ella Cookies

Seperti mana kebanyakan artis-artis lain berniaga pada bulan Ramadan, penyanyi (Gambar) Ella atau nama sebenarnya (Gambar Foto) Norzila Aminudin tidak mahu ketinggalan dan turut berjinak-jinak dalam perniagaan biskut kesihatan bersempena bulan Ramadan.

Ella, 47 tahun, berkata, dia memilih untuk menjual biskut kesihatan kerana ia jarang dilakukan oleh orang lain selain sikapnya yang memang sentiasa mementingkan pemakanan sihat.

"Sebelum berani menjual biskut berkenaan Ella cuba terlebih dahulu selain menkaji bahan-bahan digunakan sebelum mengambil keputusan untuk berniaga.

"Alhamdulillah suami pun turut menyokong malah dia juga turut menyukai biskut berkenaan," jelasnya kepada wartawan.


Ella Cookies Mempunyai Perisa Kismis Kelapa Kurma Badam

Biskut yang diberi nama Ella Cookies itu tampil dengan empat perisa iaitu kismis, kelapa, kurma dan badam. Ia menggunakan oat sebagai bahan utama pembuatannya.

Dalam perkembangan sama, Ella berkata, dia juga berhasrat untuk meneruskan perniagaan Ella Cookies selepas musim perayaan dengan mempelbagaikan produk yang berasaskan oat.

Jelas Ella, dia mahu mengeluarkan snek berkhasiat dan pada masa sama mendidik masyarakat tentang pemakanan sihat.

"Ella sangat optimis dengan projek ini dan berharap ia akan menjadi kenyataan," katanya.


Ella - Azhar Sambut Hari Raya Aidilfitri Di Muar, Johor

Dalam perkembangan lain, Ella berkata, dia kini sedang berehat dan menghabiskan masa bersama keluarga dan suami dan akan kembali sibuk selepas Hari Raya kelak.

Kata Ella, dia bakal muncul dengan beberapa siri konsert solo dan akustik dan memberitahu tidak sabar untuk bertemu dan menghiburkan para peminatnya.

Sementara itu, Ella berkata, Aidil Fitri tahun ini dia akan menyambutnya di kampung halaman suaminya di Muar, Johor. - Mstar.


VIDEO MAJLIS PERNIKAHAN ELLA - AZHAR

+Mohd Rohaizad dan para peminat Ella bolehlah merasa biskut kesihatan Ella Cookies yang mempunyai empat perisa iaitu kismis, kelapa, kurma dan badam. Tidak macam artis-artis lain, Ella akan memperluaskan lagi perniagaan biskutnya secara berterusan selagi ada permintaan. Dengar kata biskut Ella ini sedap dan berkhasiat, tengoklah ramuan kuih biskutnya mempunyai bahan makanan yang mempunyai zat dan berkhasiat. Baguslah Ella! Kami semua support bisnes Ella! Lama pula tidak dengar kisah kaka Ella si Jojie, bila nak kahwin?

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

BISKUT ELLA COOKIES - SEDAP & BERKHASIAT By Mohd Rohaizad. Published: 21.7.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...