CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

BLACK - CIRA KHAIRI BERKAHWIN TAHUN INI | TAHNIAH!


Artis Penyanyi Mentor Black - Cira Khairi Berkahwin Tahun Ini | Tahniah!

Blog hiburan Mohdrohaizad.com mengucapkan tahniah awal-awal buat pasangan bercinta Black Mentor dan Cira Khairi yang akan berkahwin tahun ini! Dah sampai jodoh Black untuk menamatkan zaman bujangnya tahun ini. Pengumuman secara rasmi akan dibuat mengenai tarikh majlis perkahwinan mereka pada tahun ini. Persiapan untuk hari bahgia mereka berdua juga sudah hampir siap ditempah, cuma menanti hari yang sesuai sahaja lagi.


Black dan Tunangnya Cira Khairi Akan Berkahwin Tahun Ini 

Penyanyi (Gambar) Black Mentor 3 mengesahkan bakal berkahwin dengan tunangnya yang dikenali sebagai Cira Khairi pada September ini namun tidak dapat mendedahkan tarikh sebenar majlis itu.

Black atau nama sebenarnya, (Gambar) Hanifah Md. Hanafiah, 26 tahun, berkata, pihak pengurusannya iaitu The 8 Unit akan mengadakan satu sidang media khas bagi memaklumkan mengenai perkara itu selepas Hari Raya Aidilfitri kelak.

"Apa yang boleh saya katakan saya akan berkahwin pada September ini dan selebihnya kena tunggu pihak pengurusan buat sidang media mengumumkan perkara ini dengan lebih lanjut.

"Bagaimanapun saya sebenarnya tidak mahu mengadakan sidang media tetapi oleh kerana ia melibatkan banyak pihak jadi saya terpaksa akur," jelasnya.

Majlis Pertunangan Black dan Cira Khairi

Black dan Cira Khairi mengikat tali pertunangan pada 26 Januari 2012 yang lalu dalam satu majlis sederhana yang dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.

Dalam perkembangan sama, Black berkata, persiapan perkahwinannya telah hampir 80 peratus siap dan mengakui berdebar menunggu hari bahagianya itu.

"Alhamdulillah persiapan berjalan lancar malah ada beberapa penaja turut sudi menaja perkahwinan kami nanti namun saya tidak boleh beri sebarang maklumat lanjut dan kena tunggu pada sidang media itu nanti," katanya.


Black Berniaga Buah Tembikai

Dalam perkembangan lain, Black berkata, bulan Ramadan ini dia kembali berniaga buah tembikai di bazar Ramadan di Pantai Dalam dekat sini dan bersyukur gerai buahnya itu mendapat sambutan.

"Saya pilih jual buah tembikai kerana buah tersebut sentiasa mendapat perhatian orang terutama di bulan Ramadan," jelasnya.

Selain itu, Black berkata, dia juga bakal muncul dengan dua single terbaharu iaitu Takkan Terpisah yang turut dijadikan lagu tema drama Jodoh Itu Milik Kita untuk siaran Astro dan Puisi Sang Dewi lagu tema filem Lemak Kampung Santan. - Mstar.


VIDEO MUZIK BLACK MENTOR - NATALIA

Mohd Rohaizad dan para peminat mengucapkan tahniah buat pasangan Black dan Cira Khairi yang akan melangsungkan majlis pernikahan tidak lama lagi. Selepas hari raya Aidilfitri nanti Black akan umumkan tarikh perkahwinannya yang dijangka berkahwin pada tahun ini kerana 80% persiapan sudah siap. Cayalah Black!

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

BLACK - CIRA KHAIRI BERKAHWIN TAHUN INI | TAHNIAH! By Mohd Rohaizad. Published: 19.7.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...