CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

BLACK MENTOR KENA TIPU PERUNDING PERKAHWINAN


Terkini Artis Mentor, Black Kena Tipu Oleh Perunding Perkahwinan!

Blog hiburan Mohdrohaizad.com dikejutkan dengan cerita artis Mentor 3, Black telah ditipu kena kencing kelentong oleh perundingan perkahwinannya! Siapalah yang berani membuat dajal aniaya kepada Black Mentor? Kembalikan wang duit Black yang telah diambil atau dilapor polis! Sila kembalikan duit dia nak kahwin tahun ini, kalau tak jadi nanti perunding perkahwinan tersebut akan ditembak sampai mati! Saja nak ikut trend sekarang kan kes suka tembak orang sampai mati. #SyukurMalaysiaAman

Black Kena Tipu Oleh Perunding Perkahwinan

Black Mentor Dugaan Semasa Bertunang

Benar kata orang alam pertunangan banyak cabarannya. Hubungan (Gambar) Hanifah Md. Hanafiah atau lebih dikenali dengan panggilan, Black dan tunangnya teruji di saat-saat akhir apabila pasangan ini ditipu oleh perunding perkahwinan yang telah diupah oleh mereka.

“Saya sama sekali tidak menyangka benda akan jadi begini. Saya telah membayar wang sebanyak RM30,000 kepada perunding perkahwinan tersebut pada bulan Mei lalu, namun sehingga sekarang masih tiada hasil,” kata Black ketika ditemui di Majlis Berbuka Puasa Artis 8 Unit & Monkey Bone di Hotel Maya, Kuala Lumpur, baru -baru ini.

Black Mentor Kena Kelentong

Black Mentor Kena Kelentong RM30,000

Pertemuan terakhir antara Black dan perunding perkahwinan itu adalah pada 3 Julai lalu dan dia berjanji untuk memulangkan baki RM30,000 yang dibayar oleh Black. Penyanyi tersebut mula hilang kepercayaan kerana perunding perkahwinan terbabit mengambil pendekatan untuk berdiam diri setelah dia membayar wang pendahuluan sebanyak RM15,000.

Jelas Black, dia memilih perunding perkahwinan terbabit atas dasar ingin membantu rakan yang ingin berbisnes, namun terkilan kerana diperlakukan sebegitu. Ini kerana sejumlah wang yang dibayar oleh Black tersebut merupakan hasil titik peluhnya mencari rezeki sebagai anak seni.

“Saya telah membuat laporan polis pada minggu lepas dan pihak perunding perkahwinan tersebut juga telah menyediakan peguam bagi membela dirinya. Namun, saya mempunyai segala bukti berhubung hal ini,” katanya.

Black Mentor Seksi Hot Artis

Black Mentor Tidak Batal Majlis Perkahwinan

Enggan membesarkan isu ini, Black menyeru agar pihak yang terlibat tampil membuat penjelasan serta membayar balik baki RM15,000 yang telah diambil. Ekoran insiden tersebut, Black telah menyerahkan kepada pihak pengurusannya untuk merancang majlis perkahwinannya itu.

“Di atas permintaan pihak pengurusan, sebuah sidang media bakal diadakan tidak lama lagi bagi mengumumkan tarikh, lokasi serta pelbagai informasi mengenai perkahwinan saya itu nanti. Saya berbesar hati kerana mereka memilih untuk membantu menguruskan perkahwinan saya,” ujar Black dan Cira Khairi akan berkahwin tahun ini.

Bagaimanapun, Black menafikan perkahwinannya mendapat penajaan sepenuhnya. Sebaliknya perbelanjaan dikongsi bersama pihak pengurusannya, Monkey Bone. Masih dalam perancangan, perkahwinan Black itu nanti bakal disiarkan secara langsung di salah sebuah stesen televisyen popular. - Portal Gua.


VIDEO KARAOKE BLACK MENTOR - FANTASIA BULAN MADU

+Mohd Rohaizad berharap Black banyak-banyak bersabar, dugaan dan cabaran semasa bertunang memang berat kadang-kadang boleh jadi tidak sempat kahwin. Dah banyak berlaku, nasib baik Black ada simpan duit, tak pun pinjam hutang dulu untuk majlis pernikahan tahun ini. Semoga Black dapat balik duit yang kena kelentong oleh perundingan perkahwinan tu. Siapakah perundinga perkahwinan yang suka menipu itu? #ArtisKenaTipu - Gosip Artis Malaysia

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

BLACK MENTOR  KENA TIPU PERUNDING PERKAHWINAN By Mohd Rohaizad. Published: 31.7.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...