CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

BLOGGER AMENOWORLD AKAN DIDAKWA KERANA PERKAUMAN


Terkini Blogger Amenoworld Akan Didakwa Atas Tuduhan Perkauman dan Mempolitikkan Isu Tandas!

Blog Mohdrohaizad.com membaca berita mengenai artikel pihak PERKASA mendesak pihak berkuasa untuk mendakwa mereka yang memfitnah dan mempolitikkan isu murid makan dalam tandas! Diyakini, blogger Amenoworld yang bakal menjadi sasaran untuk didakwa dan ditangkap selepas blogger Milosuam, cuma tunggu masa dan fakta kes yang kuat untuk didakwa kerana menghasut dengan kebencian perkauman di antara Melayu, Cina dan India mengenai isu yang dibangkitkan melalui artikelnya sebagai punca utama trend rakyat benci dengan hashtag #MakanDalamTandas #MakanDalamToilet.


PERKASA Desak Pihak Mempolitikkan Isu Tandas Sekolah Didakwa

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka yang mempolitikkan isu penggunaan bilik persalinan sebagai tempat makan di sebuah sekolah di Sungai Buloh.

Naib Presidennya (Gambar) Datuk Zulkifli Noordin berkata sesetengah pihak mengambil kesempatan memfitnah Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Pristana, Mohamad Nasir Mohd Nor, dengan mendakwanya bersikap rasis kerana menempatkan murid bukan Islam makan di dalam tandas.


Fakta Sekolah Diputar Belit Dan Pembohongan

"Yang jelas perkara ini telah diputar belit dan disulami dengan pembohongan, sedangkan faktanya sekolah itu mempunyai kantin yang kecil dan hanya memuat 600 pelajar.

"Keputusan (menggunakan bilik persalinan) itu dibuat hasil perbincangan bersama guru dan persatuan ibu bapa dan guru (PIBG), dan guru besar sekadar melaksanakan keputusan itu," katanya ketika mengulas isu itu.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas penubuhan Majlis Badan Bukan Kerajaan (NGO) Antara Kaum Malaysia (Mirac) di sini.


Isu Tandas Sekolah Bukan Isu Perkauman

Zulkifli turut menyatakan sokongan Perkasa untuk membela dan mempertahankan Mohamad Nasir.

Sementara itu Pengerusi Biro Pendidikan Pergerakan Pemuda MIC P. Punithan turut memohon semua pihak supaya untuk tidak menjadikan perkara berkenaan sebagai isu perkauman.

Perkara itu tidak harus dipolitikkan dan dipolemikkan kerana mampu menggugat perpaduan kaum yang sedia terjalin, katanya dalam kenyataan hari ini. - Bernama.


VIDEO ISU MURID MAKAN DALAM TANDAS - SEKADAR LAWAK

+Mohd Rohaizad tidak pasti sama ada blogger Amenoworld akan dipersalahkan / di kambing hitam kerana dikatakan mempolitikkan isu murid makan dalam tandas dengan menambah unsur perkauman. Pihak Perkasa akan membuat laporan polis dan memohon pihak yang bertanggungjawab menyebarkan gambar-gambar tersebut dengan niat untuk menghasut berlakunya pergaduhan perbalahan di antara kaum antara Melayu, Cina dan India di Malaysia. Alahai.. Tak pasal-pasal isu kecil menjadi isu besar, goodluck blogger Amenoworld, penulis harap kau tak kena dakwa dan ditangkap pasal isu ini. #MakanDalamTandas

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

BLOGGER AMENOWORLD AKAN DIDAKWA KERANA PERKAUMAN By Mohd Rohaizad. Published: 27.7.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...