CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

DATUK SERI REEZAL MERICAN KAHWIN TIGA? | BETUL KE?


Datuk Seri Reezal Merican Kahwin Tiga? Betul Ke?

mohdrohaizad.com - Siapa tidak kenal Datuk Seri Reezal Merican? Beliau merupakan suami kepada pelakon Sharifah Noorhaslinda, malah merupakan ahli politik Malaysia yang dikenali kawan dan lawan. Kali ini merupakan gosip diantara Datuk Seri Reezal Merican berkahwin dengan Mas Anizan. Betul ke? Namun gosip ini telah dinafikan oleh Datuk Seri Reezal Merican sendiri. Macam mana gosip ini boleh timbul ya? Selepas ini kita tanya Mas Anizan pula, adakah betul Mas Anizan berkahwin dengan Datuk Seri Reezal Merican? Dibawah merupakan sumber daripada Media Hiburan Online.


Reezal Merican & Mas Anizan Berkahwin?

Ahli Parlimen Kepala Batas yang juga suami kepada pelakon (Gambar) Sharifah Noorhaslinda, (Gambar) Datuk Seri Reezal Merican menafikan dakwaan beberapa laporan di internet yang mana dirinya telah berkahwin tiga dengan seorang bekas artis, (Gambar) Mas Anizan

“Laporan itu tak betul. Ia fitnah semata-mata. Saya masih bersama isteri pertama saya (Ismalina Ismail) dan isteri kedua (Sharifah Noorhaslinda). Kedua-dua perkahwinan saya  itu menerusi 'direct negotiation' bukan menerusi  tender, tau!



“Saya ada dua dapur, dua rumah dan anak tujuh. Ada orang mempunyai satu rumah tetapi banyak restoran,” tambah Datuk Seri Reezal Merican yang berseloroh.

Dalam pada itu, Reezal meminta laporan tersebut ditarik balik apabila menyedari dakwaan tersebut adalah tidak benar sama sekali. 






VIDEO MAS ANIZAN - LAGU DALAM AIR KU TERBAYANG WAJAH REEZAL MERICAN

Mohd Rohaizad - Betul ke Datuk Seri Reezal Merican sudah kahwin tiga? Isteri ketiganya dikatakan bekas artis iaitu Mas Anizan. Wah! Datuk sudah kahwin tiga! Artis memang menjadi pilihan orang politik untuk dijadikan isteri, kan? Cuba senaraikan orang politk yang berkahwin dengan artis. Tidak terkira banyaknya kan? Datuk Seri Reezal Merican menafikan gosip ini dan mendakwa ia merupakan fitnah. Khabar angin bertiup kenyang, cuma penulis tidak dapat kesan siapa penyebar utama dalam gosip. Jika benar, tahniah Mohd Rohaizad ucapkan kepada Datuk Seri Reezal Merican dan selamat pengantin baru buat kali ketiga.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

DATUK SERI REEZAL MERICAN KAHWIN TIGA? | BETUL KE? By Mohd Rohaizad. Published: 3.7.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...