CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

DAUS AF8 - SYAZA SYAMIMI SELEPAS KAHWIN


Daus AF8 - Syaza Syamimi | Rezeki Melimpah Selepas Kahwin

Blog Hiburan Mohdrohaizad.com telah lama tidak dengar tentang salah seorang peserta Akademi Fantasia yang ke-8 iaitu Daus. Baru-baru ini Daus telah melangsungkan majlis pernikahannya dan isterinya bernama Syaza Syamimi. Gambar terkini Daus dan isterinya kelihatan begitu gembira dan bahagia. Apa perkembangan terbaru mengenai Daus AF8? Terkini Daus sudah mengikat kontrak bersama KRU Music!



Daus Terkenal Selepas Kahwin

Penyanyi yang juga bekas peserta Akademi Fantasia musim kelapan (AF8), Daus, tidak menyangka rezekinya semakin melimpah sejak mendirikan rumah tangga dengan Syaza Syamimi, pada 7 Jun lalu.

Daus atau nama sebenarnya (Gambar) Muhd Shahril Firdaus Eli, 25 tahun, berkata, perbezaan sebelum dan selepas dia berkahwin cukup ketara lebih-lebih lagi apabila dia telah menandatangani perjanjian sebagai penerbit lagu dan artis di bawah syarikat KRU Music baru-baru ini.

"Alhamdulillah, jika dahulu saya melihat perjalanan karier nyanyian sudah hampir sepi, tiba-tiba selepas kahwin, lain pula jadinya.



"Saya turut melibatkan diri dalam pembikinan lagu bagi artis-artis di bawah KRU sendiri. Malah undangan mengadakan persembahan juga semakin bertambah.

"Tak sangka memang betul kata orang rezeki selepas berkahwin sememangnya wujud. Nikmat hidup berpasangan juga menyeronokkan," katanya yang dihubungi pada Khamis lalu.

Tambah Daus, dia menyifatkan kehidupan alam berumah tangga turut membuka ruang buatnya untuk kembali aktif di bidang muzik.

Dalam pada itu, Daus juga bakal muncul dengan single lagu terbaharu iaitu Seribu Rasa Cinta dengan menampilkan Taiko, nama baharu Norman KRU sebagai penyanyi rap dalam lagu berkenaan.

Isteri Daus Bersedia Hamil

Sementara itu, ditanya mengenai perancangan untuk mendapatkan anak pula, Daus berkata dia dan isterinya sudah pun bersedia untuk itu dan hanya menunggu rezeki anak itu tiba.

"Kami sudah pun bersedia untuk melalui tanggungjawab seterusnya sebagai ibu dan ayah.

"Apalagi selepas bergelar suami, saya rasa diri sendiri lebih matang berbanding dahulu. Maka sudah pasti saya bersedia untuk mempunyai anak. Cuma kami tidak merancang, hanya menunggu rezeki daripada Allah sahaja," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Daus bakal muncul dalam program Salam Perwira yang akan ditayangkan pada sambutan Aidilfitri nanti di TV1.

Selain itu, Daus dan isterinya turut sibuk menjalani perniagaan menjual pakaian wanita dan kek menerusi label Dania Wardrobe & cake House. - MStar.


VIDEO MAJLIS PERKAHWINAN DAUS AF8 - SYAZA SYAMIMI

Mohd Rohaizad - Selepas berkahwin, rezeki Daus AF8 dan isterinya Syaza Syamimi melimpah-ruah dengan pelbagai tawaran masing-masing. Malah perniagaan pakaian dan kek Daus juga semakin berkembang dengan baik. Nampaknya, bagi yang masih single tu.. cepat-cepatlah kahwin ya! Orang kata hidup berdua bertiga berempat itu lebih baik hidup berseorangan. Betul tak?

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

DAUS AF8 - SYAZA SYAMIMI SELEPAS KAHWIN By Mohd Rohaizad. Published: 12.7.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...