CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Memuatkan ...

DEANNA HUSSIN SETARAF ARTIS ANTARABANGSA


Terkini Suara Deanna Hussin Setaraf Artis Antarabangsa?

Blog Hiburan Mohdrohaizad.com berminat untuk review mengenai penyanyi youtube Deanna Hussin yang sememang suara setaraf artis antarabangsa! Bagi yang tidak tahu mengenai Deanna Hussin, anda boleh tengok video muzik terkininya 'Back In Time', best kan? Mana ada suara artis Melayu macam itu! Cuma perjalanan seni Deanna Hussin masih lagi dalam peringkat awal, masih jauh lagi cabaran dan dugaan baginya untuk mengejar kejayaan di dunia hiburan.


Album Deanna Hussin

Deanna Hussin merupakan gadis kelahiran Pulau Pinang ini baru berusia 16 tahun dan sedang sibuk membuat persiapan untuk peperiksaan SPM hujung tahun ini. Namun ianya tidak mematahkan semangatnya untuk melahirkan single Inggeris sulungnya, “Back In Time" baru baru ini.

Lagu ciptaan sepenuhnya Deanna ini merupakan salah satu dari  lebih 30 lagu karyanya sendiri yang menjadi sandaran syarikat rakaman NAR Records Sdn Bhd.

Lagu Single Terbaru Deanna Hussin

Bakatnya dikesan NAR apabila demo lagu berjudul “Inviting” telah menarik perhatian mereka sehinggakan tidak percaya lagu itu di nyanyikan oleh seorang anak Malaysia.

Ketika ini, Deanna berehat sementara waktu dari aktiviti nyanyian bagi menumpukan pengajian untuk peperiksaan SPM.


Deanna Hussin Berharap Peminat Lagu Inggeris Terimanya

Harapan Deanna agar single “Back In Time" ini diterima ramai  dan penerimaan masyarakat terhadap lagu-lagu Inggeris artis tempatan diterima baik bagi membolehkan ramai lagi bakat-bakat baru berani menulis dalam bahasa Inggeris. - Portal Gua.

Bagi Yang Berminat Untuk Mengikuti Profile Deanna Hussin Di Facebook Twitter Youtube:





VIDEO MUZIK DEANNA HUSSIN - BACK IN TIME

+Mohd Rohaizad berharap +deanna hussin berjaya di dalam bidang yang diminatinya, tidak ramai artis tempatan yang mampu membawa suara mereka ke peringkat antarabangsa. Kami berdoa semoga para peminat dapat menerima lagu-lagu Inggeris Deanna Hussin! Untuk review ini, kami memberi rating 5 stars kepada suara Deanna Hussin yang setaraf artis antarabangsa. All the best Deanna Hussin!

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

DEANNA HUSSIN SETARAF ARTIS ANTARABANGSA By Mohd Rohaizad. Published: 23.7.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...