CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

DIANA AMIR - HABIB BULLAH KAHWIN TAHUN INI


Diana Amir dan Habib Bullah Akan Berkahwin Hujung Tahun Ini!

Blog hiburan mohdrohaizad.com dikhabarkan artis Diana Amir dan Habib akan berkahwin pada penghujung tahun ini! Mungkin dijangka pada bulan Disember, majlis perkahwinan mereka berdua akan berlangsung. Setelah satu tahun bertunang, genap pada bulan ogos nanti. Tahniah kepada Diana Amir dan Habib yang sudah bersedia untuk bergelar suami isteri.


Majlis Pernikahan Diana Amir - Habib

Meskipun pada bulan Ogos ini merupakan genap setahun tali pertunangan pelakon dan pengacara, (Gambar) Diana Amir dengan pensyarah UiTM, (Gambar) Mohd Habib Bullah A.Rahman, namun pelakon yang bernaung di bawah syarikat Metrowealth Sdn Bhd (MIG) ini akui mereka masih belum ada tarikh yang tetap untuk majlis pernikahannya.

Diana Amir berkata disebabkan masing-masing terlalu sibuk dengan kerjaya masing-masing, dia menjangkakan majlis pernikahannya akan diadakan pada penghujung tahun ini.

"Memang jika hendak diikutkan semasa dalam perbincangan pertunangan kami, kami mahu ikat setahun tetapi nampaknya kami terpaksa tangguhkannya lewat sedikit daripada jangka masa itu.

Tarikh Majlis Perkahwinan Diana Amir - Habib

"Setakat ini kami tiada tarikh lagi. InsyaAllah kalau ada jodoh tak ke mana. Saya pun dah sedia untuk menjadi isteri. Target memang dalam tahun ni. InsyaAllah selepas raya baru kami bincangkan. Tapi soal harinya bila, saya serah pada tunang saya dan keluarganya. Saya hanya tinggal tunggu keputusan dari dia saja ni.


Kursus Kahwin Diana Amir - Habib

"Yelah, kami masing-masing sibuk dan satu persiapan pun sehingga kini belum disiakan lagi. Bukan sahaja persiapan, malah kursus kahwin pun kami belum pergi,"katanya kepada wartawan selepas majlis Iftar MIG di Restoran Shogun, Sunway Pyramid, semalam.

Bagaimanapun kata Diana Amir, dia tidak mendesak tunang dan keluarga pihak lelaki kerana memahami yang tunangnya kini sangat sibuk menguruskan banyak hal.

Difahamkan Habib sedang menyambung pengajian peringkat Master di Universiti Sain Malaysia (USM). Selain itu, Habib turut membantu menguruskan perniagaan yang dijalankan Diana.

Diana Amir - Habib Hadapi Cabaran Semasa Bertunang

Seperti pasangan bertunang yang lain, Diana Amir tidak menafikan dalam tempoh itu, mereka turut berdepan dengan dugaan. Namun setiap dugaan yang datang itu dapat ditempuhi.

"Dugaan paling besar adalah kami kena saling faham memahami antara satu sama lain. Keluarga dia banyak berpesan pada saya, kalau pun kami ada selisih faham, kami perlu banyak sabar. Kami kena jaga batas agama. Kami tak boleh nak rapat sangat.

"Jadi kami selalu elakkan perbualan yang akan menimbulkan pergaduhan. Selalu elak keluar dating berdua tapi kalau jumpa pun sebab hal kerja. Saya pun sehingga kini boleh bersabar lagi, kerana kami pun tak lama lagi dah nak kahwin," luah Diana lagi.

Dalam perkembangan lain, Diana barusaha terbitkan sebuah buku berjudul Titisan Mahabah yang dijual dengan harga RM16.90 di pasaran. - Portal Murai.

Anda berminat untuk mengikuti atau menghubungi Diana Amir di Twitter atau Facebook? Klik link Profile Diana Amir Dibawah:

Twitter Diana Amir

Facebook Fan Page Diana Amir

Email Diana Amir: dianaamir.official@gmail.com

Telefon Diana Amir: +60136440490


VIDEO DIANA AMIR - KISAH PENGHIJRAHANNYA

Mohd Rohaizad dan para peminat sudah tahu Diana Amir dan Habib bertunang pada tahun lalu. Pelbagai cabaran dan dugaan pasangan bertunang ini perlu hadapi. Setelah berbincang, Diana Amir dan Habib mengambil keputusan untuk berkahwin pada tahun ini.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

DIANA AMIR - HABIB BULLAH KAHWIN TAHUN INI By Mohd Rohaizad. Published: 20.7.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...