CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

ELLY MAZLEIN - AZMI HATTA PUTUS TUNANG


Betul Ke Artis Elly Mazlein dan Azmi Hatta Sudah Putus Tunang?

Blog Hiburan Mohdrohaizad.com mendapat gosip hangat mengenai artis seksi hot Elly Mazlein sudah putus tunang dengan Azmi Hatta! Betul ke mereka berdua sudah putus cinta? Ramai peminat dan media menanti pengumuman bila Elly Mazlein akan umum tarikh perkahwinan dengan tunangnya, tetapi sudah bertahun masih tiada sebarang langkah diambil untuk membuat persiapan pernikahan mereka, sampai ada yang menggatakan hubungan Elly dan Azmi sebenarnya sudah putus dan tidak dihebohkan kepada media! Ikuti penjelasan Elly Mazlein seperti mengelak untuk menjawab soalan wartawan mengenai gosip yang timbul.


Kontroversi: Elly Mazlein Enggan Ulas Status Pertunangan

Mac lalu, penyanyi dan pelakon (Gambar) Elly Mazlein enggan mengulas lanjut tentang status pertunangannya dengan pengarah, (Gambar) Azmi Hatta yang dikhabarkan telah terputus di tengah jalan. Ketika itu, Elly memberitahu pihak media dia lebih senang merahsiakannya.

Terbaru, Elly Mazlein mendedahkan hubungan bersama tunangnya Azmi Hatta tidak menghadapi sebarang masalah, sebaliknya berlangsung seperti biasa. Namun mengakui mereka masih belum ada perancangan untuk melangkah ke gerbang perkahwinan. 

Majlis Perkahwinan Elly Mazlein

Tarikh Majlis Perkahwinan Elly Mazlein

"Hubungan saya dengan dia masih macam biasa. Masing-masing sibuk dengan kerjaya. Tiada lagi perancangan untuk berkahwin buat masa ini. Kalau ada, saya akan beritahu kepada semua. Saya akan umumkan kalau sudah sampai waktunya," tutur Elly menyusun bicara.

"Kepada sesiapa yang buat cerita terbabit (putus tunang), saya nasihatkan supaya mereka cuba lagi. Kalau mereka rasakan apabila mereka buat spekulasi mengenai saya, boleh membuatkan mereka bahagia, saya pun tumpang bahagia untuk mereka. Sejujurnya, hubungan saya dan dia berjalan seperti biasa. Tiada apa-apa yang berlaku," tegas Elly Mazlein seksi hot lagi.

Bercerita tentang jadual kerjanya sepanjang bulan Ramadan ini, Elly memberitahu sepanjang bulan puasa ini, dirinya ligat menjalani penggambaran drama 40 episod untuk tayangan RTM sehingga tidak punya masa untuk berehat.

Elly Mazlein Seksi Hot Artsi Malaysia

Elly Mazlein Seksi Hot Berlakon Drama Bersiri

"Saya menjalani penggambaran drama bersiri 40 episod yang berjudul 'Mencari Cinta' di samping Fizz Fairuz, Tania Hudson, Aripah Damanhuri dan ramai lagi untuk tayangan TV1 nanti. Sebenarnya, drama ini sudah mula menjalani proses penggambaran semenjak bulan April lagi. 50 peratus penggambaran diadakan di Malaysia dan 50 peratus lagi dijalankan di Amsterdam. Kini tinggal beberapa babak sahaja yang berbaki untuk saya selesaikan. Jadi sepanjang bulan Ramadan ini, saya sibuk dengan penggambaran," jelas pelantun lagu 'Bungaku Bakawali' ini.

"Selain itu, saya juga sempat mencuri masa dengan menjalani penggambaran telemovie dan program hiburan sempena ketibaan Syawal nanti. Antaranya, program 'Raya Sama Sama' yang bakal disiarkan di RTM. Bagi saya, program ini sangat menarik kerana program ini mengumpulkan lebih 150 orang artis senior dan baru dalam satu program," jelas Elly yang ditemui di Majlis Berbuka Puasa anjuran KRU Music di Peninsular Hotel, Kuala Lumpur pada Selasa.


Single Lagu Terbaru Elly Mazlein MP3

"Program itu memberi peluang untuk saya mengenali artis-artis senior. Saya seronok dapat berjumpa dan berkenal-kenalan dengan mereka. Selain itu, saya rasa gembira kerana dapat bertemu dengan penyanyi-penyanyi asal lagu raya klasik dalam program terbabit. Antara artis senior yang saya temui pada rakaman program tersebut adalah Norshila Amin dan Razis Ismail," cerita Elly teruja.

Bercakap mengenai 'single' terbarunya yang berjudul 'Sabarlah Hati' yang dicipta oleh Manusia Putih, Elly menjelaskan yang dia amat bersyukur kerana sambutan yang diterima amat menggalakkan. Selepas sambutan Syawal, Elly bakal mempergiatkan lagi promosi 'single' terbarunya itu. - Portal Gua.

BIODATA ELLY MAZLEIN PROFILE ARTIS MALAYSIA




Elly Mazlein Instagram

ELLY MAZLEIN GWIYOMI


VIDEO MUZIK ELLY MAZLEIN - SABARLAH HATI (OFFICIAL MTV)

+Mohd Rohaizad berharap +Elly Mazlein bersabar dengan dugaan dan cabarannya semasa bertunang dengan +Azmi Hatta. Memang ramai yang tidak sabar untuk melihat majlis pernikahan Elly Mazlein dan Azmi Hatta. Bila agaknya Elly Mazlein akan berkahwin? Tanda tanya mengenai status pertunangannya juga dijawab seperti biasa, macam tiada langkah serius untuk berkahwin dalam masa terdekat. Sabarlah hati.. #Sabar

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

ELLY MAZLEIN - AZMI HATTA PUTUS TUNANG By Mohd Rohaizad. Published: 31.7.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...