CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

EZLYNN PENING DISOAL BILA NAK HAMIL | MENGANDUNG?


Ezlynn Pening Disoal Tentang Anak. Bila Nak Hamil atau Mengandung? Bila Nak Dapat Anak Dengan Adam Fahmi?
mohdrohaizad.com - Begitulah persoalan yang sering ditanya kepada Ezlynn yang sudah dua tahun berkahwin dengan pengurus merangkap suaminya Adam Fahmi. Pelbagai usaha telah dicuba oleh mereka berdua. Pelbagai petua yang diamalkan. Namun rezeki masih belum memihak kepada mereka berdua. 
Walaubagaimanapun, Ezlynn masih mampu tersenyum dan tidak tertekan sangat, mungkin dua tahun masih lagi awal? Baca dibawah tentang luahan hati Ezlynn tentang isu anak..
Ezlynn Adam Fahmi Masih Berusaha Untuk Dapatkan Anak Sendiri

Ezlynn Tidak Tertekan Ditanya Soal Anak
Penyanyi dan pelakon Ezlynn tidak tertekan apabila sering diasak dengan pertanyaan mengenai anak selepas hampir dua tahun mendirikan rumah tangga dengan pengurusnya, (Gambar) Adam Fahmi.
Ezlynn atau nama sebenarnya (Gambar) Azline Ariffin, 31 tahun, sebaliknya berkata, mereka masih berusaha untuk mendapatkan cahaya mata namun rezeki masih belum menyebelahi mereka.
"Saya dan suami tidak pernah merancang tetapi masih belum rezeki kami untuk mendapatkan cahaya mata. Bagaimanapun kami tidak tertekan dengan situasi ini kerana yakin akan tiba masa untuk kami nanti," jelasnya kepada mStar Online ketika ditemui baru-baru ini.
Ezlynn dan Adam, 35 tahun, sah bergelar suami isteri pada 20 November 2011 dalam satu upacara yang berlangsung di Sime Darby Convention Centre, di sini.
Ezlynn Berharap Dikurniakan Cahaya Mata
Dalam perkembangan sama, Ezlynn berkata, keluarga kedua-dua belah pihak juga tidak pernah membangkitkan soal berkenaan kepada mereka namun mengharap rumah tangga yang dibina itu akan diserikan dengan kehadiran cahaya mata.
Bagaimanapun kata Ezlynn, dia tahu keluarga sebelah suaminya mengharapkan kehadiran cucu kerana Adam adalah anak pertama dalam keluarganya.
Ezlynn Berusaha Untuk Hamil Mengandung Anak Adam Fahmi

"Sebelah keluarga suami masih belum ada yang berkahwin dan sudah tentu harapan itu agak tinggi diletakkan kepada kami namun keluarga mertua juga memahami dan tidak pernah membangkitkan soal tersebut," jelasnya.
Sementara itu, Ezlynn berkata, dia semakin memahami Adam yang juga pengurusnya dan semakin bijak membezakan soal kerjaya dan peribadi.
"Sebenarnya tidak banyak perbezaan tetapi kami semakin saling memahami di antara satu sama lain dan kami bahagia bersama," katanya.
Ezlynn & Adam Fahmi Sambut Hari Raya Aidilfitri
Dalam perkembangan lain, Ezlynn berkata, dia bakal merakamkan sebuah lagu ciptaan penyanyi Dina Nazir bersempena sambutan Hari Raya Aidil Fitri sebelum memasuki studio untuk album penuh terbaharunya.
Jelas Ezlynn, dia tidak mahu terburu-buru untuk menyiapkan album tersebut kerana ingin menkaji terlebih dahulu citarasa pendengar supaya ia dapat diterima dengan meluas.
"Saya mahu buat sesuatu yang boleh meninggalkan kesan kepada pendengar dan peminat sebab itu tidak mahu terburu-buru merakamkan album itu nanti," katanya. - MStar




VIDEO MAJLIS RESEPSI PERKAHWINAN EZLYNN & ADAM FAHMI

Mohd Rohaizad - Diharap Ezlynn dan Adam Fahmi bersabar banyak-banyak. Para peminat memang rajin bertanya soal tentang hamil dan mengandung. Tambahan lagi dah dua tahun berkahwin, mereka memang tidak sabar untuk melihat Ezlynn mempunyai cahaya mata. pelbagai usaha telah dibuat oleh pasangan suami isteri ini tapi dah tiada rezeki lagi. Kena ikhtiarlah lagi kan? Dah.. jangan tanya lagi.. Datuk Siti Nurhaliza lagi lama berusaha untuk dapatkan anak sendiri.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

EZLYNN PENING DISOAL BILA NAK HAMIL | MENGANDUNG? By Mohd Rohaizad. Published: 1.7.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...