CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

FAHRIN AHMAD SELUAR TERKOYAK - MENARI IKLAN POWER ROOT


Seluar Fahrin Ahmad Terkoyak Semasa Menari Untuk Alicafe Tongkat Ali, Power Root

Blog Hiburan Mohdrohaizad.com nak tergelak pun ada, bayangnya Fahrin Ahmad menari. Anda pernah tengok Fahrin Ahmad menari? Tak pernah kan? Setakat menjadi model, aktor, host program memang banyak, tetapi sebagai Artis Duta Produk Alicafe Tongkat Ali, Fahrin Ahmad akan menari untuk anda! Kenangan manis Fahrin ialah seluarnya terkoyak gara-gara terlebih power menari dalam iklan?


Fahrin Ahmad Duta Alicafe Tongkat Ali

Duta Alicafe Tongkat Ali, (Gambar Artis) Fahrin Ahmad mengakui terkejut apabila diminta untuk menari dalam iklan televisyen terbaru bagi jenama kopi keluaran Power Root itu. Menurut Fahrin, walaupun tidak pandai menari, namun hos program ‘Sehati Berdansa’ ini sanggup menyahut cabaran semata-mata mahu melaksanakan tanggungjawabnya sebagai duta jenama tersebut.

“Sewaktu mula-mula ditawarkan menjadi duta, mereka tidak beritahu yang saya kena menari. Bila dapat tahu kena menari untuk iklan komersial, saya memang terperanjat. Walaupun pernah menjadi pengacara program tarian, namun saya memang tak pandai menari langsung.  

Walau bagaimanapun, saya sahut cabaran ini kerana saya rasa konsepnya sangat menarik. Saya suka dan seronok kerana  ia satu pengalaman yang baru dan berbeza buat saya,” ujar +Fahrin Ahmad sambil berkongsi cabaran ketika menjalani penggambaran iklan tersebut.

“Saya hanya berlatih menari selama dua jam sahaja. Kami jalani penggambaran selama dua hari di mana setengah hari hanya untuk babak menari. Selain cabaran menari,  saya perlu ikut langkah penari profesional, saya juga terpaksa tukar baju banyak kali sepanjang penggambaran. Bukan itu saja, saya juga terpaksa melalui pengalaman di mana seluar saya terkoyak ketika melakukan aksi lompat. Banyak kali juga seluar saya kena jahit dan ditukar. 


Fahrin Ahmad Tergelak Tengok Iklan Sendiri

Tidak dinafikan bila tengok balik iklan ini, saya tergelak sendiri. Namun, secara keseluruhan, saya berpuas hati dengan hasilnya dan saya pasti, ia dapat menarik perhatian kanak-kanak untuk menonton iklan ini,” ujar Fahrin teruja membawa karakter ikon Power Root, Pendekar Aliman.

“Akhirnya cita-cita saya dari kecil untuk menjadi ‘superhero’ sudah tercapai. Saya suka kerana selain menyeronokkan, watak Aliman juga membawa mesej yang positif apabila menerapkan nilai-nilai murni kepada masyarakat.”

Berkongsi mengenai bulan Ramadhan, Fahrin Ahmad memberitahu menerima banyak tawaran namun terpaksa menolaknya. Menurut Fahrin, sempena Ramadhan ini, dia mahu berehat memandangkan dari suku akhir tahun lepas dia tidak berhenti dari menerima tawaran. 

Sebelum mengakhiri perbualan, sempat bertanyakan kepada duta Shell dan Garnier Men ini mengenai soal cintanya dan Fahrin menjawab masih belum mempunyai pasangan lagi.

“Saya tidak berkesempatan untuk mencari pasangan lagi kerana kesibukan bekerja. Keluarga ada juga bertanya mengenai soal ini namun tidak memaksa kerana mereka faham keadaan saya,” ujar Fahrin Ahmad yang bakal pulang beraya di Johor Bharu. - Portal Gua.com.my


VIDEO MUZIK FAHRIN AHMAD LIVE

Mohd Rohaizad - Fahrin Ahmad terkini sebagai Duta Produk Alicafe Tongkat Ali keluaran Power Root akan menjadi seorang Pendekar bernama Aliman. Bagaimana agaknya nanti Fahrin Ahmad menari ala-ala pendekar ya? Gosip hangat Fahrin Ahmad masih lagi mencari kekasih hati setelah lama putus cinta dengan Linda Onn. Siapakah gerangan gadis bertuah yang akan menjadi buah hatinya?

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

FAHRIN AHMAD SELUAR TERKOYAK - MENARI IKLAN POWER ROOT By Mohd Rohaizad. Published: 10.7.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...