CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

FARAH BUKAN PENCURI DUIT & BAJU TETAPI DIKHIANATI


Terkini Bapa Farah Luahkan Perasaan Anaknya Bukan Pencuri Duit dan Baju Seperti Dituduh!

Blog Hiburan Mohdrohaizad.com terkini dimaklumkan bapa Farah menafikan anaknya seorang pencuri duit dan baju seperti yang dituduh! Semua yang berlaku menurut ayah Farah sebagai salah faham dan meminta pihak yang terlibat membersihkan nama anaknya yang semakin tercemar disebabkan isu ini. Bapa mana yang tidak sayang anak kan? Isu Farah mencuri duit, baju dan barangan stesen TV hangat diperkatakan dalam media elektronik, cuma kepastian mengenainya belum terungkai. Pihak Farah sudah menafikan, diharap pihak yang menuduh mengeluarkan kenyataan yang benar andai kes Farah ini sebenarnya tidak berlaku.


Ayah Farah Nafikan Anaknya Seorang Pencuri

"Anak saya bukan pencuri!" Itulah antara luahan yang dikeluarkan bapa kepada penyanyi dan pengacara, (Foto) Farah Diana Anuar, berhubung tuduhan mencuri yang dilemparkan kepada anaknya.

Kesal dengan tindakan segelintir pihak yang cuba memburukkan anak perempuannya itu, Anuar Ali berharap agar tuduhan itu segera dihentikan.

"Sepanjang saya membesarkan Farah, dia bukanlah orang yang sebegitu (pencuri) kerana keperibadiannya cukup baik dan bersih daripada sebarang masalah.

"Saya tak sangka perkara sebegini boleh timbul dan ada pihak yang cuba mengaitkannya. Sebagai bapa, saya sangat terkilan dan kesal.

"Saya berharap agar tuduhan liar ini segera dihentikan demi menjaga nama baik kami sekeluarga. Ianya sangat memalukan!," katanya ketika dihubungi.


Bersihkan Nama Farah Sebagai Artis Pencuri

Jelas Anuar, dia berharap agar perkara ini diselesaikan dengan baik dan dapat membersihkan nama Farah yang terjejas teruk. Blog mohdrohaizad.com turut bersetuju.

"Pun begitu, saya tidak akan campuri urusan itu dan serahkan kepada Farah sepenuhnya untuk selesaikan kes ini.

"Saya sendiri tidak senang duduk bila anak saya dikaitkan dengan perkara yang memalukan sebegini.

"Saya pun tak boleh nak cakap banyak-banyak kerana perkara ini membabitkan Farah. Lagipun, Farah sendiri berada di Pulau Pinang sekarang," katanya yang mengakui anaknya itu banyak berjasa kepada keluarga.


Terkini Farah Dituduh Mencuri Duit dan Baju

Sekitar minggu lalu, nama bekas pelajar Akademi Fantasia Musim Kedua (AF2) atau lebih dikenali sebagai Farah Breep Breep menjadi perbualan hangat apabila dia dituduh mencuri duit dan baju semasa penggambaran sebuah program.

Memandangkan Farah didakwa sering melakukan perbuatan itu, maka ada pihak sengaja menguji kejujurannya dengan meletakkan sejumlah wang ke dalam baju yang dipinjam.


Gosip Hangat: Salah Faham Farah Apabila Hendak Kembalikan Wang

Pun begitu, Farah yang juga isteri kepada usahawan, (Foto) Johan Johari, tampil menafikan dakwaan itu dan mengatakan ianya hanyalah salah faham.

Farah turut memberitahu bahawa niat sucinya untuk memulangkan wang itu melalui bapanya yang juga bekas pengawal keselamatan di TV3, disalahertikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. - Sinarharian.

Bagi Peminat Yang Ingin Mengikuti Biodata Profile Farah Diana Anuar / Farah AF2 / Farah Breep Breep:





VIDEO MAJLIS PERNIKAHAN FARAH AF2 DAN SUAMINYA JOHAN JOHARI

+Mohd Rohaizad berharap keluarga Farah bersabar dengan dugaan dan ujian ini. Memang pada mulanya ramai tidak percaya yang Farah ialah seorang pencuri duit dan baju. Ada maklumat yang menggatakan terdapat rakaman CCTV yang menunjukkan Farah sedang mencuri tetapi sampai sekarang belum didedahkan lagi bukti tersebut. Lebih mengemparkan Farah sebenarnya telah dikhianati oleh rakannya sendiri yang memerangkap dan cuba menjatuhkan reputasi yang dibinanya! Sampai begitu sekali manusia sanggup lakukan kan? Gosip hangat juga memperkatakan Farah dan suaminya Johan tidak membayar hutang majlis perkahwinannya yang besar dulu! Betul ke farah memerlukan duit sehingga sanggup mencuri?

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

FARAH BUKAN PENCURI DUIT & BAJU TETAPI DIKHIANATI By Mohd Rohaizad. Published: 26.7.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...