CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

FARID KAMIL BERGADUH MERTUA DIANA DANIELLE


Terkini Farid Kamil Bergaduh Dengan Mertua Diana Danielle?

Blog Hiburan Mohdrohaizad.com dikejutkan dengan cerita artis Farid Kamil bergaduh dengan ibu Diana Danielle mertuanya Norsiah Ramli, malah pernikahan mereka tidak direstui! Sehinggakan Farid Kamil memberi amaran dan kata dua sebelum berjumpa dengan anak dan cucunya, terlebih dahulu mak mertuanya perlu bersemuka dan menyelesaikan kemelut mereka sebelum ini. Wah! Ini memang macam dalam drama, perkahwinan Farid Kamil dan Diana Danielle tidak disukai oleh keluarga mertua! Apakah yang membuatkan mentuanya tidak menyukai dan memusuhi Farid Kamil? Adakah Farid Kamil bukan menantu pilihan?

Farid Kamil Bergaduh Dengan Mertua Diana Danielle

Farid Kamil Musuhi Ibu Mertuanya, Norsiah Ramli?

Pelakon dan pengarah filem (Gambar) Farid Kamil, 32 tahun, menegaskan sekiranya ibu mertuanya, (Gambar) Norsiah Ramli mahu bertemu dengan isterinya, (Gambar) Diana Danielle, 22 tahun, serta anak mereka, wanita itu perlulah bersemuka terlebih dahulu dengan dirinya.

"Apa yang boleh saya katakan, sekiranya dia (ibu mertua) ingin melihat baby dan berjumpa isteri saya, suruh dia datang jumpa saya dulu. Selagi beberapa perkara belum selesai, adalah lebih baik dia berjumpa saya dulu. Kata Farid Kamil gembira dengan kelahiran anak lelakinya.

"Saya risaukan perkara yang tidak diingini serta kemungkinan-kemungkinan yang buruk akan berlaku pada anak dan isteri saya. Saya dapat merasakan mertua saya akan melakukan sesuatu yang buruk kepada mereka.

Farid Kamil Musuhi Ibu Mertuanya Norsiah Ramli

Farid Kamil Tidak Mahu Ibu Mertuanya Jumpa Diana Danielle dan Cucu?

"Saya bukan berdendam tetapi lebih kepada mahu melindungi anak dan isteri saya. Lagipun sebelum ini saya dengar banyak cerita negatif yang keluar dari mulut ibu mertua saya tentang kami berdua", jelas Farid Kamil dengan panjang lebar. Blog Mohdrohaizad.com difahamkan Farid Kamil takut mertuanya fitnah memburuk-burukkannya bila bertemu Diana Danielle.

Beliau ditemui pada sidang media drama bersiri Jodoh Itu Milik Kita yang diadakan di Restoran Teeq, Lot10, malam tadi.

Farid Kamil popular dalam filem Lagenda Budak Setan sebelum ini mencetuskan kontroversi ekoran beliau meluahkan rasa kecewa terhadap ibu mertuannya itu di laman Twitter. Kata-kata Farid ketika itu seolah-olah menggambarkan dia dan mertuanya itu berdepan dengan krisis. Malah semasa pernikahan Farid Kamil dan Diana Danielle, timbul desas desus Norsiah kononnya tidak merestui perkahwinan pasangan itu.  

Diana Danielle Anak Derhaka

Diana Danielle Anak Derhaka

Ternyata khabar tersebut benar apabila pada pertemuan semalam, Farid turut mendedahkan Diana sangat kecewa dengan sikap Norsiah yang tidak mengambil tahu keadaan anaknya itu. Apatahlagi di saat-saat proses terakhir kehamilan Diana.

"Diana kecewa dengan ibunya sejak dia tidak merestui perkahwinan kami. Saya juga tidak pula pernah mendengar ibu mertua saya telefon bertanyakan khabar kepada Diana", kata Farid Kamil yang bangga sebagai mat rempit

Untuk pengetahuan Farid dan Diana telah berkahwin pada 3 November 2012. Selepas disahkan hamil, Diana berangkat ke Sydney, Australia bagi melanjutkan pelajarannya sehinggalah aktres itu selamat melahirkan bayi lelaki, pada 2 Julai lalu di sebuah hospital di sana. - MalaysianDigest.

Dikemaskini 31 Julai 2013

Reaksi Peminat Di Facebook - Isu Farid Kamil Kurang Ajar Dengan Ibu Mertuanya

Peminat tak setuju tindakan Farid Kamil cuba putuskan hubungan Norsiah dan Diana Danielle

Tindakan Farid Kamil yang menggesa ibu mentuanya, Norsiah Ramli, bersemuka dengannya terlebih dulu jika mahu bertemu anak serta cucunya kurang disenangi peminat.

Reaksi di laman sosial Facebook, semalam, menunjukkan rata-rata peminat tidak menyokong tindakan pelakon itu, walaupun sebahagiannya berpandangan sebaliknya.

Walaupun amanah menjaga isteri, Diana Danielle Danny Beeson, yang juga seorang aktres kini terpikul di bahu Farid, namun peminat berpendapat lelaki itu tidak wajar menggunakan kuasa sebagai suami bagi mengekang kasih sayang antara ibu dan anak.

Peminat dikenali sebagai Sufiah Hamzah Hungerford berkata, Farid harus berlaku adil terhadap ibu mentuanya. Apatah lagi Diana ialah anak tunggal Norsiah, justeru tidak wajar untuknya memutuskan hubungan mereka dua beranak.

Farid Kamil Tidak Adil?

“Farid harus faham dan bersikap adil terhadap ibu Diana, memandangkan isterinya anak tunggal. Kita bukan hanya berkahwin dengan pasangan tetapi seluruh ahli keluarga mereka. Jadi sikap saling memahami itu penting, jangan hanya memikirkan diri sendiri semata-mata.

“Mentang-mentanglah syurga Diana terletak di bawah tapak kakinya, tidak bermakna Farid boleh menggunakan alasan itu sewenang-wenangnya untuk mengawal isteri. Jika dia benar-benar cintakan Diana, berikan ruang serta peluang kepada isteri dan mentuanya untuk bersemuka. Rumah tangga akan lebih berkat jika kita mengalah dengan mentua,” komen Sufiah.

Hak Farid Kamil Lindungi Keluarga (Putuskan Hubungan Ibu dan Anak?) 

Fairuzah CT Hawa dan Resma Mokhtar pula masing-masing berkeyakinan, Farid mempunyai alasan tertentu apabila mengambil tindakan sedemikian.

“Farid berhak melindungi isteri dan anaknya kerana dia ketua keluarga. Kenapa ibu Diana membenarkan mereka berkahwin jika tidak merestui hubungan berkenaan?” soal Resma.

Namun peminat dikenali sebagai Sally Rashid tidak bersetuju dengan tindakan Diana, yang dikatakan terlalu mengikut kata suami.

“Buruk-buruk seorang ibu, esok lusa jika dilanda masalah, dia juga yang kita cari. Lebih-lebih orang perempuan,” komen Sally.

Manakala Shah Remy berpendapat, tindakan Farid yang juga pengarah filem membuka pekung di dada sebagai langkah yang silap. Dia juga tidak bersetuju dengan tindakan lelaki itu yang cuba ‘merampas’ Diana sepenuhnya daripada ibu kandungnya.

Ibu Diana Danielle, Norsiah Ramli Sedih Enggan Komen 

Pendedahan terbuka Farid, seperti disiarkan semalam, mengenai hubungan dingin dengan ibu mentuanya ternyata cukup mengejutkan.

Farid yang berkahwin dengan Diana pada November tahun lalu, dan menimang cahaya mata lelaki pada 2 Julai, menghalang Norsiah daripada bertemu isteri dan anaknya. Tegasnya, Norsiah perlu menyelesaikan beberapa perkara dengannya terlebih dulu sebelum boleh menjenguk Diana dan anak mereka.

Sementara itu, Norsiah yang dihubungi semalam memilih untuk tidak mengulas kenyataan menantunya. Sebaliknya, dalam khidmat pesanan ringkas yang dikirimkan dia hanya berkata: “Salam pada semua yang ingatkan Mama.” - BeritaHarian.

BIODATA PROFILE FARID KAMIL




VIDEO FARID KAMIL GEMBIRA KEHAMILAN DIANA DANIELLE

+Mohd Rohaizad berharap Farid Kamil dan keluarga mak mertuanya duduk berbincang secara baik. Bergaduh dan saling memusuhi juga tidak baik, Farid Kamil tetap kena hormati ibu mertuanya. Manakala Diana Danielle pula jangan bersikap seperti anak derhaka, jika ibunya hendak jumpanya dan cucunya, berilah Norsiah jumpa, mana tahu ibunya akan merestuinya dan mendoakan Farid Kamil dan Diana Danielle kekal bahagia sehingga ke anak cucu. #AnakDerhaka

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

FARID KAMIL BERGADUH MERTUA DIANA DANIELLE By Mohd Rohaizad. Published: 30.7.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...