CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

FARID KAMIL KEMALANGAN MOTOSIKAL PATAH TULANG


Terkini Farid Kamil Kemalangan Accident Motosikal Patah Tulang Bahu!

Blog hiburan Mohdrohaizad.com terkini dimaklumkan artis bekas mat rempit Farid Kamil kemalangan accident motosikal sehingga parah patah tulang dan perlu menjalani beberapa pembedahan! Aksi lagak ngeri Farid Kamil bersama motosikalnya tidak boleh dilupakan oleh bekas mat rempit ini. Farid Kamil juga merupakan ahli pekida, betul ke? Farid Kamil masih lagi tidak serik rempit, lain kali berhati-hati ya Farid Kamil, itu baru patah tulang.. nanti patah yang lain merana isterinya Diana Danielle.

Gambar Farid Kamil Lakukan Pembedahan

Farid Kamil Pembedahan Tulang

Farid Kamil Bertemu Wartawan Mengenai Kes Kemalangannya

Farid Kamil Kemalangan Accident Motosikal Patah Tulang

Farid Kamil Accident Motosikal Aksi Lagak Ngeri

Dalam kegembiraan (Foto) Farid Kamil menyambut kelahiran bayi sulungnya pada 2 Julai lalu, pelakon dan pengarah filem ini sebenar dalam keadaan cedera sejak dua bulan lalu kerana mengalami kemalangan ketika menunggang motosikal. Akibatnya tulang bahu kiri Farid patah dan dia terpaksa menjalani pembedahan left clavicle damage bagi menyambungkan semula tulangnya itu.

"Saya mengalami kemalangan motosikal dua bulan lalu. Saya memang sukakan aktiviti lasak baik dalam filem atau luar filem. Saya pun tak tahu nak klasifikasikan diri saya ni sebagai seorang yang tak reti serik atau apa. Tapi inilah kecederaan paling kritikal yang pernah saya alami.

"Awal bulan depan saya akan jalani satu pembedahan untuk betulkan plat bahu kiri saya", kata Farid turut membeitahu dia mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Buluh, Selangor.

Farid Kamil Pelakon Utama Drama Jodoh Itu Milik Kita

Farid Kamil Pelakon Utama Drama Jodoh Itu Milik Kita

Farid yang merupakan teraju utama drama Jodoh Itu Milik Kita, ditemui pada majlis sidang media drama adaptasi dari novel nukilan Sara Aisha itu, bertempat di Restoran Teeq, Lot 10, malam tadi. 

Disebabkan kecederaan yang dialami, Farid berkata penggambaran yang melibatkan lakonannya terpaksa ditangguhkan sebanyak dua kali. Pun begitu dia akan kembali semula ke set esok (hari ini) bagi menghabiskan penggambaran yang tinggal 10% lagi.

"Oleh sebab dah tangguh dua kali, esok (hari ini) saya terpaksa habiskan penggambaran. Mujurlah banyak babak saya bersama pasangan saya, Tiz Zaqyah telah dibuat dulu sebelum saya ditimpa kemalangan. Jadi hanya tinggal dalam 10% saja lagi penggambaran.


Sinopsis Drama Jodoh Itu Milik Kita

Dalam drama terbitan Pena Creative Pictures Sdn Bhd itu, Farid melakonkan watak sebagai Aariz Daniel, suami kepada Dahlia (lakonan Tiz Zaqyah). Ia mengisahkan konflik dalaman seorang suami (Aariz Danial) yang terpaksa menawarkan dirinya tampil di saat akhir menggantikan tempat adiknya, Shafiq yang sepatunya berkahwin dengan Dahlia.

Konflik dalaman berlaku apabila Shafiq, kembali menagih Dahlia daripada Aariz. Dan Aariz serba salah dengan perasaannya sendiri.

Jodoh Itu Milik Kita turut dibarisi pelakon hebat lain seperti Nabila Huda, Syazwan Zulkifli, Keith Foo, Zul Ariffin, Ziela Jalil dan ramai lagi. Drama ini bakal bersiaran mulai 19 Ogos depan, setiap Isnin hingga Rabu, jam 10 malam di saluran Mustika HD (saluran 134). - MalaysianDigest.

Sinopsis Novel Jodoh Itu Milik Kita

"Kita tidak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai kerana kita akan berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah telah tetapkan sejak azali..."

Siapa sangka itulah yang tersurat buat Dahlia dan Aariz Danial. Ikatan suci yang tercipta antara mereka bukanlah kerana cinta yang menggebu dalam hati, mahupun kasih yang membara. Tetapi kerana sikap mementingkan diri seorang manusia bernama Syafiq.

"Janganlah suka sangat kacau saya, Aariz. Tak larat saya nak layan perangai awak tu, tau. Nakalnya, ya ampun!!" - Dahlia

"Okeylah, okeylah. Just kidding. Dahlia Darius bukan isteri baru yang saya beli. She's a gift. Hadiah paling istimewa yang dihadiahkan Allah untuk saya. Puas hati?" - Aariz Danial

"Aku takkan biarkan kau bahagia, Aariz Danial! Kebahagian yang bernama Dahlia itu....akan aku rampas sekejam mungkin!" - Syafiq

Tatkala persoalan demi persoalan mula timbul di sebalik tulusnya seorang lelaki bernama Aariz Danial, mampukah Dahlia terus teguh berdiri mempertahankan cinta buat suami sendiri? Atau mungkinkah mahligai bahagia mereka rebah menyembah bumi sebelum ianya sempat bermula? Apakah Syafiq yang akan tersenyum puas akhirnya tatkala melihat kehancuran seorang lelaki yang paling dibenci...abangnya sendiri?


VIDEO TRAILER JODOH ITU MILIK KITA (UNOFFICIAL)

+Mohd Rohaizad berharap +Farid Kamil berhati-hati semasa menunggang motosikal, memang Farid Kamil mat rempit dahulu tetapi sekarang sudah boleh berhenti kot membuat aksi lasak lagak ngeri ya. Silap-silap nanti Diana Danielle menjanda awal. Kemalangan accident yang menimpa Farid Kamil sepatutnya menyedarkan dia tetapi masih dok tak serik. Alahai.. Bilalah Farid Kamil hendak berubah?

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

FARID KAMIL KEMALANGAN MOTOSIKAL PATAH TULANG By Mohd Rohaizad. Published: 30.7.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...